Thaqif bangun dari tidur, menyedari bahawa dia hanya bermimpi. Mimpinya begitu nyata, dan saat itu dia tahu, Hana tidak akan pernah membiarkannya memeluknya.
"Mimpi," Thaqif mengeluh, meraba wajahnya yang basah dengan peluh.
"Kenapa rasa macam real?" Thaqif berkata kepada dirinya sendiri, keliru dengan perasaannya.
Dia tersentak apabila teringat tragedi di Moscow. Memori itu menghantui fikirannya, menampilkan gambaran yang tidak boleh dilupakan; tubuhnya yang lemah terbaring di atas jalan, darah mengalir, dan pisau di tangan Hana, seolah-olah mahu mengakhiri segala-galanya.
"Why won't you just go away!" Thaqif merengus, memegang kepalanya dengan kuat, berusaha mengusir bayangan yang menghantui.
"Papa, are you okay?" Suara lembut dari anaknya, Thafierah, menyedarkannya dari lamunan. Wajah polosnya penuh keprihatinan, dan Thaqif dapat merasakan hatinya bergetar melihat anak yang tidak berdosa itu. Dia tahu betapa Hana membenci Thafierah, walaupun anak itu tidak bersalah dalam segala apa yang berlaku.
"Papa okay, sweetheart. Just nightmares," jawab Thaqif dengan suara yang lembut, berusaha menenangkan anaknya.
"Are you sure, papa?" Thafierah memandangnya dengan mata yang bersinar, penuh kejujuran. Thaqif merasakan beban di hatinya semakin berat. Dia tidak mahu anaknya merasa takut atau tertekan kerana masalah orang dewasa.
"I'm sure, sweetheart. Now go to sleep," Thaqif menyuruhnya dengan senyuman, walaupun dalam hatinya penuh dengan keraguan.
"Where's mama? She's not sleeping with us?" Thafierah bertanya dengan nada ingin tahu.
"Umm... Mama dia pergi berbual dengan Uncle Emiir sekejap je," Thaqif menjawab, berusaha untuk tidak menunjukkan kebimbangan. Dia tahu yang Thafierah merindui ibunya, dan dia tidak ingin anaknya merasa terabaikan.
Thafierah mengangguk, tetapi masih kelihatan risau. "Okay, papa. But I want mama to come back soon," katanya dengan suara lembut.
"Of course, sweetheart. Mama akan kembali," Thaqif menjawab, cuba meyakinkan dirinya sendiri juga. Dia tahu, dalam hatinya, tiada siapa yang lebih penting daripada Thafierah dan Hana, walaupun keadaan antara mereka kini penuh dengan ketegangan.
Setelah beberapa ketika, Thafierah akhirnya berbaring semula, tetapi Thaqif tidak dapat menutup matanya. Dia memikirkan segala yang telah berlaku dan bagaimana hidupnya telah berubah. Trauma yang dihadapinya di Moscow bukan sekadar luka fizikal; ia mengganggu ketenteraman jiwanya.
Hatinya penuh dengan keraguan, adakah dia mampu melindungi Thafierah dari semua bahaya ini? Dia teringat kembali kepada Hana, bagaimana cinta mereka pernah kuat, namun kini semua itu hancur oleh hanya kehadiran seseorang.
“Ya Allah, berikan aku kekuatan,” bisiknya dalam hati, berharap agar dia dapat mengharungi cabaran ini demi anaknya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan cuba menenangkan dirinya, berharap agar mimpi buruk itu tidak kembali lagi.
Saat malam semakin larut, Thaqif teringat kembali kepada kenangan manis bersama Hana sebelum semua ini berlaku. Dia berdoa agar suatu hari nanti, mereka boleh kembali kepada kehidupan yang mereka impikan, walaupun dia tahu ia mungkin mustahil.
Dengan pemikiran itu, dia menutup matanya, berharap untuk menemui sedikit ketenangan dalam tidur, walaupun bayang-bayang lalu terus menghantui.
"Stop crying for me, papa. Papa kena strong, tau!" Thafierah menunjuk ke arah Thaqif, yang baru berusia dua tahun dengan wajah polosnya.
"Im not crying, I never cried," Thaqif menjawab sambil memandang anaknya, berusaha untuk kelihatan kuat.
"Dah tua pun pandai menipu, ish ish ish!" Thafierah menjawab, tanpa mengendahkan raut wajah ayahnya.
YOU ARE READING
MISSION: SOMBRA ✔️
RomanceFarhana Erlyna, wanita yang tiada tandingannya; cantik, berani, dan tidak gentar menolak sesiapa yang cuba mengawalnya. Thaqif Alvarez pula jatuh hati tanpa sedar, terpikat oleh karisma dan keberanian Farhana. Namun, di sebalik senyuman Farhana, ter...