BAB 13

262 13 0
                                    

Malam itu, Hana dan Emiir berjalan di lorong gelap, bersedia untuk malam yang penuh dengan niat buruk. Langkah mereka senyap, mata mereka tajam, dan minda mereka sudah terfokus pada mangsa seterusnya. Dengan pisau kecil tersembunyi di dalam jaket Hana, mereka mencari sasaran yang sesuai.

Mereka mengekori seorang lelaki yang kelihatan tidak menyedari kehadiran mereka, melangkah tenang di hadapan. Hana, dengan cepat, menghampiri lelaki itu dari belakang, niatnya jelas. Dalam sekelip mata, dia menghunuskan pisau ke arah lelaki tersebut. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku, dia tersasar. Pisau itu tidak mengenai sasaran vital, sebaliknya menikam bahu lelaki itu.

Lelaki itu terjatuh sedikit ke hadapan, mengerang kesakitan. Cahaya samar-samar di jalan mula mendedahkan wajah lelaki itu. Hana terkejut besar apabila menyedari siapa mangsanya; Thaqif!

"Thaqif?!" Hana tergamam, tangan dia menggigil, pisau itu masih terlekat di bahu Thaqif.

Thaqif menahan sakit, wajahnya tegang. "Hana... apa kau buat ni?!"

Panicked, Hana mula mundur, hatinya dipenuhi rasa bersalah dan keliru. "Aku... aku tak tahu... aku tak tahu ini kau!" Hana tergagap-gagap, dia memandang ke arah Emiir, tetapi mindanya kini terlalu kacau untuk berfikir dengan jelas.

"Kau... tinggalkan aku..." suara Thaqif semakin lemah, namun dia cuba bangun, tangan memegang bahunya yang berdarah.

Emiir, yang mula perasan keadaan semakin tidak terkawal, menarik lengan Hana, "Kita kena pergi sekarang! Cepat!"

Tanpa berfikir panjang, Hana mengikut arahan Emiir. Kedua-dua mereka melarikan diri dari tempat itu, meninggalkan Thaqif yang terhuyung-hayang memegang bahunya yang luka. Hana masih belum dapat menerima hakikat yang dia baru saja menikam Thaqif, seseorang yang pernah rapat dengan keluarganya.

"Kenapa dia tak balik Malaysia?!" Hana bertanya kepada dirinya sendiri sambil berlari, hati penuh dengan panik dan penyesalan. Namun, dalam kesesatan minda dan tekanan untuk terus lari, dia tak mampu lagi untuk berhenti dan menoleh ke belakang.

Thaqif pula, dengan sisa-sisa kekuatan, cuba bertahan. Tekadnya kuat untuk bertahan hidup dan mencari tahu mengapa semua ini berlaku. Dia tak akan menyerah begitu sahaja.

---

Thaqif membuka matanya perlahan, keliru dan kelam-kabut. Cahaya putih dari siling bilik hospital menyilaukan pandangannya. Dada terasa sesak dan perit, dan tubuhnya kaku seperti baru bangun dari mimpi buruk. Pandangannya masih kabur, tapi dia dapat melihat dua figura berdiri di sisi katilnya. Qayden Revello dan Xavier Zade, bodyguard setianya, mengawasi dengan penuh teliti.

"Thaqif, you're awake." suara berat Qayden memecah kesunyian, matanya penuh risau.

Thaqif cuba bergerak, tapi kesakitan di bahunya menghentikan usaha itu. Dia tersandar kembali ke bantal, keliru dengan apa yang berlaku. "Apa... apa yang terjadi?" suaranya serak, seperti belum digunakan selama berhari-hari.

Xavier Zade, yang lebih pendiam, memandang tepat ke arah Thaqif. "Kau hampir dibunuh, oleh Hana," katanya ringkas, tetapi tajam.

Thaqif tersentak. Nama itu menghantui fikirannya. Hana. Kenapa? Soalan itu menghantui fikirannya, tapi dia masih terlalu lemah untuk bertanya lebih lanjut. "Hana?... kenapa dia buat macam tu?"

Qayden menggenggam tangan Thaqif perlahan, seolah-olah untuk menenangkannya. "Kami masih cuba dapatkan jawapan. Tapi, nampaknya dia bukan siapa yang kita sangka. Serangan tu... macam dirancang."

Thaqif memejamkan mata, cuba mengingat apa yang berlaku sebelum dia pengsan. Dia teringat pandangan mata Hana yang penuh dendam, bagaimana pisau berkilat itu hampir menembusi dadanya. Jantungnya berdegup kencang, mengingatkan kembali detik-detik cemas itu.

MISSION: SOMBRA | CWhere stories live. Discover now