Mempunyai kembar bukannya senang, muka yang hampir sama membuat semua orang susah untuk membezakan mereka. Tetapi disebabkan perangai yang berbeza, senang untuk bezakan mereka. Lahir dengan kembar bukan pilihan Dahlia, kalau boleh dipilih dia tak mahu ada kembar. Sebab apa? sebab kembarnya sendiri yang menghancurkan hidupnya. Sehinggalah dia berjumpa dengan Iskandar semasa cuti semester bersama-sama kawan kampusnya. "Aku? suka dekat dia? lambat lagi! " - NUR DAHLIA ATASHA Tersengih Iskandar dibuatnya dengan ayat-ayat Dahlia itu. Cukup banyak drama yang terjadi waktu pertama kali berjumpa. "Jangan sakitkan diri kau hanya disebabkan lelaki yang tak pandai menghargai kau. " - MUHAMMAD ISKANDAR Siapa sangka? Lelaki yang dia hina itu doktor yang sedang menjaga dia selepas dia menyakiti dirinya sendiri selepas tahu seseorang tidur dengan kekasihnya. Sakit, kecewa dan benci semua ada di hati Dahlia. "Kau tak faham! aku sayangkan dia sangat.. " - NUR DAHLIA ATASHA "Don't waste your time for something useless. Kau tak perlukan dia, kau ada aku dekat sisi kau. " - MUHAMMAD ISKANDAR "Selagi aku hidup, aku sanggup berkorban untuk kau. You deserved a happiness, and I'm the one who going to make you happy until the rest of your life. " - MUHAMMAD ISKANDAR Siapa sangka? lelaki yang dianggap sombong itulah akan menemaninya sehingga hujung hayatnya.