EPISODE 12 : LITTLE GIANT

10 1 0
                                    


EPISODE 12 : LITTLE GIANT

*PAAAAMMMM!!!*

"SATU LAGI SERVIS ACE DARIPADA ILHAN!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SATU LAGI SERVIS ACE DARIPADA ILHAN!!"

Semua penonton bersorak dan melonjak kegembiraan.

Kedengaran pasukan sorak dari pasukan USP menepuk-nepuk gendang dengan kuat sambil memberi kata-kata semangat.

"SEKALI, SEKALI LAGI ILHAN, GOOOOO USP!" jerit pasukan sorak

Pasukan USP mendahului permainan dengan jurang mata yang sangat besar iaitu
23 berbalas 9.

"ni dah kali ke 11 ilhan dapatkan mata dari servis ace saja" kata faisal.

"ehh kau biar betul, aku rasa dah tak terkira lahh" kata fathu pula.

"ahh aku tau lah aku kira" marah faisal.

"perlu ke kira benda tuh" fikir aqil.

"Tapi..ilhan memang betul-betul tak boleh dihentikan.. walaupun setiap pukulan dan lompatan dia yang kuat dan tinggi, gaya permainannya tetap nampak tenang dan tidak tergopoh-gapah" fikir aqil.

Dari sebelah kiri tempat duduk penonton.

"diorang ni memang betul-betul tak bagi belas kasihan, diorang dah confirm menangkan, santuy jelah" kata ashraf.

"nak tenang macam mana?" nizam mencelah.

Semua memandang nizam.

"Dalam setiap permainan, selagi tidak sampai penghujungnya, selagi tu lah kita perlu berusaha dengan lebih kuat, setiap langkah, setiap perbuatan, semua kena tingkatkan dari satu masa ke satu masa"

"aku rasa pasukan USP tau apa makna yang aku katakan nih"

"SEBABTU DIORANG DIGELAR JUARA"
kata nizam.

Semua ahli pasukannya hanya tergamam.

"Kalau macam tuh, kita cuma kena berusaha lebih kuat lagi jelah kan?" syafiq bersuara.

"Kalau kita terus berusaha dalam setiap permainan, setiap set, takde masalah lah untuk kita nak menang" katanya lagi.

Semua terpegun.

"tak sangka kembar aku nih pandai bercakap" bisik shamin.

Nizam tersenyum.

"ya" katanya.

*PRRRTTTT*

SET PERTAMA BERKAKHIR DENGAN KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA PASUKAN USP.

Kedua-dua pasukan keluar dari court seketika sementara lantai di lap untuk set yang kedua.

OUR LOVE NEXT DOOR x HAIKYUU •• COMPETITION OF LOVEWhere stories live. Discover now