EPISODE 9 : ABILITY

8 2 0
                                    


EPISODE 9 : Ability

*Wuihh Pakk*

"Block untuk dapatkan mata adalah lebih baik daripada spike" kata zul

Mereka tergamam.

"jarang aku nampak block macam nih, bukan, aku tak pernah nampak block macam nih, tindakan dia tadi tu bukan setakat baca serangan aku, tapi dia juga buat soft block supaya aku tiada pilihan melainkan pukul bola ke arah kiri. Macam mana dia boleh fikir semua tu dalam sekelip mata?" fikir fathu.

Izzue akan melakukan serve, Pukulan dibuat.

"Aku dapat" jerit fathu.

"Daniel last" jerit aqil sambil mengangkat tangannya.

Daniel memandang fathu.

Fathu berlari di belakang untuk melakukan serangan bersama aqil.

"arghh, double attack" keluh ilhan.

"HAHA, naif" kata zul.

Daniel bersedia untuk melakukan lambungan.

Setara dengan lontaran bola daniel, zul dengan pentas pergi ke arah aqil.

"ehhh"
"Arghh!"

Fathu dan daniel terkejut.

*Wuihhpakk*

Pukulan aqil pula berjaya ditahan oleh zul.

Mereka bertiga tergamam melihat teknik pertahanan zul tersebut.

Zul menaikkan kedua belah tangganya lalu menunjukkan 'peace'

"YAHOOO!!!✌️✌️✌️" jeritnya.

Fathu menahan kemarahannya.

Ilhan tersenyum.

"Sekarang baru kau kenal siapa zul" ilhan berkata dalam hati.

"semakin kau marah, semakin kau terburu-terburu..lagi senang pikiran kau dimainkan oleh zul."

Izzue melakukan serve tepat ke arah daniel.

"Lepas daniel" jerit fathu lalu menyambut bola tersebut.

Fathu dengan sengaja menerima bola sedikit depan untuk memudahkan daniel melakukan lontaran.

Sekelip mata posisi yang pecah sebentar tadi terus kembali sempurna.

"Sial, cepat betul diorang in position semula" keluh izzue.

Daniel menganalisi kedudukan pihak lawannya.

Zul memerhatikan daniel.

Dia mengambil 2 langkah kebelakang.

Daniel melihat pergerakan zul lalu melompat dengan tinggi.

"Ahh jump set ke?!!!" fikir izzue

Izzue dan ilhan dengan pantas pergi ke arah kiri untuk menjaga di posisi aqil.

TIBA-TIBA..

*piuh*

Daniel menukarkan arah badannya dan melakukan 'Setter Dump'

Ilhan dan izzue terperanjat.

Malah Aqil yang sudah bersedia untuk melakukan serangan pun terkejut dengan tindakan daniel.

"BIJAKLAH DANIEL KITA BOLEH SKOR!!" fikir fathu.

Namun....

"ahh jangan harap!!" jerit zul.

Zul dengan pantas melakukan dive untuk menyambut bola yang hampir jatuh ke lantai.

"Woooww!!" jerit izzue.
"Lawoo la zul!!" jerit ilhan.

OUR LOVE NEXT DOOR x HAIKYUU •• COMPETITION OF LOVEWhere stories live. Discover now