EPISODE 10 : MANAGER !

7 0 0
                                    


EPISODE 10 : Manager!

1 Hari Sebelum Pertandingan.

Di Rumah Sewa.

Pagi yang gelap, kini sudah terang.

Mereka  berenam berkumpul di meja makan sedang menikmati sarapan pagi.

"haa??!!" jerit danish.

Faisal mengangguk kecil.

"dah mana pulak kita nak cari manager dalam masa satu hari nih" kata danish.

"itulah masalahnya, aku tak sangka pulak kita boleh lupa hal hal macam nih" jawab faisal.

"tak boleh ke kita masuk pertandingan tanpa manager?" tanya aqil.

"mana boleh, kita memang kena ade manager untuk jadi ketua dan pembawa pasukan kita dalam sesebuah pertandingan" jelas faisal.

"Dah tuh, buat jelah macam dulu, kau je jadi manager, benda ni bukan pentingpun, macam jadi Captain Court jugakkan" fathu memberi pendapat.

"Dulu memang lah, sekarang peraturan dah berubah, kita perlu cari orang lain selain daripada kita yang akan ada dalam gelanggang nanti" terang faisal lagi.

"ahh macam macam lah pulak" marah fathu.

Mereka terdiam.

"Naim takboleh jadi manager ke?" tanya danish

"Tak boleh jugak, sebab naim tuh dah dikira sebagai Coach" balas faisal.

Mereka semua terdiam .

"Saya ade idea!" irfan tiba-tiba bersuara.

Tv di ruang tamu terbuka walaupun tiada siapa yang melihatnya.

Matahari sudahpun terpacak di tengah-tengah langit.

Mereka berenam sudahpun berkumpul di luar kawasan rumah sewa perempuan.

"Oii faisal, kau rase kita dapat ke pujuk salah sorang nih" tanya danish.

"Belum cuba belum tahu, lagipun ni je peluang yang ada, nak cari mana lagi dalam masa satu hari nih" kata faisal.

Hanna yang keluar dari rumah segera berlari anak membuka pintu pagar rumah sewanya.

"Haa masuklah, jangan malu-malu" kata hanna

"haha terima kasih lah, sebab.."

Belum sempat faisal menghabiskan ayatnya.

*wushhh*

Fathu dan Danish sudah pun berlari masuk ke dalam rumah sewa perempuan.

"Yuhuuu!!" jerit fathu dan danish.

Sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Terus melilau mata melihat sekeliling kawasan rumah tamu.

Yasmin dan athirah yang duduk di ruang tamu terkejut beruk setelah melihat fathu dan danish yang masuk melulu kedalam rumah sewa mereka.

"Hoi mana adab korang haa!!" marah yasmin.

"Danish jom tengok tingkat atas" kata fathu.

"Ohh let go!!" kata danish.

*DUSHH DUSHH*

Faisal dari belakang menyekeh kedua kepala danish dan fathu.

Daniel aqil dan irfan menahan ketawa mereka.

"Maaf lah ye, dua beruk nih selalu buat hal" pinta faisal.

Yasmin dan Athirah hanya mengangguk kecil.

OUR LOVE NEXT DOOR x HAIKYUU •• COMPETITION OF LOVEWhere stories live. Discover now