EPISODE 15 : A THREAD FROM THE TWINSUATU KETIKA DULU
*paaamm*
"wahhh shamin powernya kau spike bola tuh,aku nak try jugak" puji syafiq
"heh bukan senang nak spike bola tau,nasib baik setter pandai bagi bola" kata shamin
"penting ke setter nih?" tanya syafiq.
"kau cakap ape nih, setter lah paling penting tau, setiap lambungan kena lah cantik dan tepat kepada si penyerang, barulah kita senang spike bola" terang shamin.
Syafiq menumpukan perhatiannya kepada setter yang duduk di hadapan jaring.
"kau kena cari satu position yang sesuai dengan diri kau, baru boleh masuk club bola tampar nih" teringat kata-kata shamin kepadanya.
"position" bisiknya.
"SHAMIN!!" jerit setter tersebut lalu melambung bola ke arah shamin.
"Cantiklah!" jerit shamin lalu melompat dan memukul bola tersebut dengan mudah.
Syafiq melihat lambungan tersebut dengan penuh teruja.
Selepas habis latihan.
Shamin menghampiri kembarnya yang berada di luar gelanggang bola tampar.
Syafiq melihatnya.
"aku nak jadi seseorang yang sangat penting dalam pertandingan." kata syafiq.
"position?" tanya shamin.
"SETTER!" kata syafiq dengan bangga.
Shamin tersenyum bangga.
Kembali kepada perlawanan.
UITMP VS UCYP SET-2
MATA TERKINI
UTIMP 4 - UCYP 8
Zain melakukan servis tepat ke arah atas net.
"erghh!" aiman yang berada di hadapan terpaksa menyambut bola tersebut.
"FOLLOW FOLLOW!" jeritnya.
"ashraf sambut.."
"AKU DAPAT!" syafiq berlari ke arah bola tersebut.
"SHAMIN!!!" jerit syafiq.
*BAAMMM!*
"WAARGH!!" penonton sekali lagi terpukau dengan aksi hebat ditunjukkan oleh pasangan kembar tersebut.
Aiman melihat dengan penuh keraguan, rasa tidak sangka menjalar kedalam dirinya.
"mustahil"
"tak pernah lagi aku tengok seorang blocker lompat dari depan ke belakang semata-mata nak bagi bola pada spiker." ragu aiman.
YOU ARE READING
OUR LOVE NEXT DOOR x HAIKYUU •• COMPETITION OF LOVE
Teen FictionDIINSPIRASIKAN DARI CERITA ANIME TERKENAL *HAIKYUU* . 6 RAKAN LELAKI YANG DUDUK SERUMAH INGIN MENCAPAI KEMENANGAN DALAM KEJOHANAN BOLA TAMPAR DIANTARA SETIAP UNIVERSITI. SETIAP PASUKAN MEMPUNYAI PELBAGAI TEKNIK DAN BANYAK PEMAIN HANDAL MENJADIKAN K...