EPISODE 1 : SUMMER TIME!

45 3 0
                                    


EPISODE 1 : SUMMER TIME!

Irfan,Aqil,Faisal,Danish duduk di ruang tamu menonton television sambil menikmati hidangan keropok lekor yang dibeli oleh faisal di luar kaki jalan rumah.

*dumdumdumdum*

"Korang dengar tak tu?" tanya aqil.

"dengar apa?" tanya faisal semula.

*dumdumdum*

"bunyi cerita nih lahh,dah jangan bising aku nak fokus nih" marah danish.

"hurmm macam lain je" aqil pelik.

*BAMMMM!!*

"IIIGHH!!" irfan menjerit

Pintu rumah sewa mereka terbuka dengan kuat selepas fathu menendangnya dari luar.

Fathu dengan pantas masuk kedalam dan mengambil nafas panjang akibat penat berlari.

"Korangg!, huhh penatnyaa" keluh fathu.

"Kau ni dah kenapa masuk macam pencuri nih, buat terkejut kitorang je lah" marah faisal.

"entah,kalau ye pun ketuk lah pintu dulu" sambung danish.

Fathu terpaku menjeling ke arah danish.

Aqil melihat sekeping kertas putih pada tangan kanan fathu tertulis sesuatu.

"Apa dekat tangan kau tuh?" tanya aqil.

Semua mata tertumpu ke arah kertas tersebut.

"Meh sini" danish cuba merampas kertas tersebut.

"ehh sabar lah kejap, aku nak bagitau kat korang la nih" kata fathu.

"dah tuh bagitau lah cepat" marah danish tak sabar-sabar.

"okayy macam nih, minggu depan kan kita dah mid sem break kan, so surat aktiviti masa sem break dah keluar!!" kata fathu teruja.

"HAAA, jangan jangan!" mata danish dan faisal membulat.

"PERTANDINGAN BOLA TAMPAR!!" jerit fathu,danish dan faisal serentak.

Daniel yang baru bangun dari tidurnya turun dari tangga sambil mengusap-usap matanya.

"amenda lah yang korang bising nih haa"
marah daniel.

"Yess kita ade daniel pulak tuh, memang tahun nih kita boleh menang jawabnya." kata danish.

"ehh apa korang merepek nih, menang apa?" pelik daniel.

"apa lagi pertandingan bola tampar laa" kata danish lagi.

"ehh, taknak aku masuk, buang masa aku je" rungut daniel.

Belum sempat daniel naik semula ke tingkat atas.

"NANTI DULU!!" jerit fathu.

"haaihh mula dah" keluh aqil.

Fathu mengeluarkan sekeping kertas dari dalam begnya.

Mata daniel tiba-tiba bulat melihat surat tersebut.

"HA HA HA HA, terkejut?" kata fathu dengan nada jahat.

4 Bulan Lepas.

"okay sekarang,korang isi borang nih" kata faisal.

"Borang apa nih?" tanya aqil.

"ni borang untuk kemasukan kelab bola tampar dekat U kita." kata faisal.

"memandangkan korang bertiga budak baru, korang wajib masuk satu kelab untuk markah keaktifan dalam U nih faham tak" jelas fathu lagi.

OUR LOVE NEXT DOOR x HAIKYUU •• COMPETITION OF LOVEWhere stories live. Discover now