Hari telah cerah ketika Lee Min tersedar dari lenanya. Dengan bersusah payah dia cuba mencelikkan matanya. Kepala Lee Min terasa sangat berat,bagai dihempap seketul batu besar. Dengan bersusah payah juga Lee Min cuba bangkit dari pembaringannya.
Tetapi.. Ada sesuatu yang dirasakannya tidak kena. Pertama,Lee Min merasa kesakitan yang luar biasa di bahagian kewanitaannya. Dan kedua,hakikat yang pada ketika itu dia tidak berpakaian. Langsung.
Cuma sehelai selimut tebal bewarna putih sahaja yang melindungi tubuh kecilnya. Lee Min mendadak berpaling ke sisi apabila menyedari dia tidak keseorangan.
Benar. Di sisi Lee Min kini kelihatan Park Jimin tenang di dalam lenanya. Dan lelaki itu juga pastinya.. Tidak mempunyai serurat benang pun di tubuh.
Sesuatu di dalam diri Lee Min seolah-olah jatuh merudum. Fikirannya bercelaru. Tiba-tiba Lee Min terasa dirinya kotor. Dada Lee Min terasa memberat. Dia sebak. Antara keinginan untuk menjerit dan membentak dan juga keinginan untuk tinggal diam.
Dengan tubuh yang menggigil teruk dan tangan yang terketar-ketar,Lee Min bangkit berdiri dengan susah payah. Kain bajunya yang berselerakan di atas lantai di kutip ketika Lee Min membawa langkahnya perlahan ke bilik mandi.
'BANG!!'
Hempasan pintu bilik air yang kuat membuatkan lena Jimin terencat. Pantas dia bangun terduduk sambil mengosok matanya sendiri.
"Min..?" Serak suara Jimin menyeru perlahan. Sisi tempat tidurnya ditoleh sekilas. Kosong. Jimin bangun menyelimuti tubuhnya dengan selimut ketika dia menyedari sesuatu di atas cadar katil. Setompok darah.
Sekali lagi Jimin menoleh ke muka pintu bilik mandi. Lee Min.. Baik-baik sahaja,ke? Jimin mendekati pintu bilik mandi dengan rasa cuak.
"Min.. Are you okay?" Soal Jimin lembut.Tiada jawapan.
Hanya pancuran air dari pili air yang kedengaran. Jimin menunggu. Dan masih juga tiada respons dari isterinya itu. Keadaan kekal begitu untuk beberapa ketika.
Selepas sedetik, atau mungkin juga selepas beberapa lama,barulah bunyi pancuran air terhenti sebelum pintu bilik mandi terbuka,mempamerkan Lee Min yang lengkap berpakaian dengan rambut yang masih basah.
Air mukanya beku. Matanya sembab menandakan dia menangis entah berapa lama. Bibir Lee Min tergetar perlahan.
"Min?" Jimin masih juga mempamerkan sikap prihatinnya. Prihatin yang menjengkelkan Lee Min.
"Dont touch me!" Lee Min tegar memberi amaran ketika jari-jemari Jimin cuba menggapai tangannya.
"Min..."
"Dont say anything! Just...dont. Aku tak fikir aku kuat untuk dengar apa-apa dari kau." Mendatar benar suara Lee Min ketika dia sudah duduk di sisi katil namun matanya tertancap pada tompokan darah di permukaan cadar putih.
Serentak itu Lee Min teresak kuat. Benar. Memang benar Lee Min tak kuat. Dia tak kuat untuk mendengar apa yang terjadi. Malahan Lee Min terasa teruk teramat kerana dia langsung tidak ingat apa-apa!
"Apa kau dah buat? Kenapa? Why..me?" Tanpa rela soalan-soalan itu meluncur laju dari bibir Lee Min. Tatapan matanya sayu tetapi tunak di wajah Jimin. Entah kenapa,lelaki itu kelihatan agak tenang.
YOU ARE READING
My Ex Head Boy Next Door + PJM (SLOW UPDATE)
FanfictionJodoh sebelah rumah? Dan jodoh tu pulak kawan zaman kanak-kanak? Yang paling tak diduga,jodoh itu adalah bekas ketua pelajar sekolahnya dulu? Apa yang lebih teruk,satu ketika dahulu,dia pernah membuat cubaan memikat lelaki itu. Yang kini akan menjad...