Part4(Unexpected)

193 12 31
                                    


         Lee Min mula berlari-lari anak,penuh semangat. Jalan menuju ke taman rekreasi berdekatan rumahnya mula dituju.

Hari ni Lee Min bukan main bersemangat lagi ingin berjoging di hujung minggu. Siap berpakaian sukan lengkap berjenama Puma berwarna putih lagi.

       Langkah kakinya diatur lagi sambil sesekali Lee Min meregangkan ototnya. Sehelai tuala putih bersama sebotol air minerel turut dibawa bersama.

Sebaik saja tiba ditaman,Lee Min sekali lagi meregangkan ototnya bagi memanaskan badan. Selepas itu barulah dia mula berjoging di atas trek taman yang disediakan.

        Larian Lee Min cuma terhenti sebaik saja masuk ke pusingan kelima. Lee Min mula tercungap-cungap kepenatan. Dia duduk sebentar di bangku simen bagi melepaskan lelah.

Lee Min menjeling jam di pergelangan tangannya. "Eh,dah pukul 10!" Dia terjerit kecil. Cepat-cepat Lee Min bangun dari duduknya,ingin mula beransur dari situ.

        Bukan apa,kejap lagi siaran kartun kegemaran Lee Min bakal ditayangkan di televisyen. Haa kau,jangan ingat dah umur 25,kerja peguam macam Lee Min tak layan kartun ya. Layan sangat! Tu perangai macam tak berapa matang tu.

Lantak kaulah Min 😌.

         Lee Min berjalan bersenang hati menuju ke rumahnya. Tak perlu tergesa-gesa. Masih ada setengah jam lagi. Sesekali,Lee Min mengelak lopak air yang terdapat di atas jalan yang dilaluinya itu.

Semalam hujan lebat. Makanya itu,jalan masih basah dan berlopak pagi ni. Sedang elok Lee Min melayan bluesnya pagi ini,sebuah kereta tiba-tiba laju saja membelah dari belakang.

         Min melompat ke tepi dalam cubaan mengelak dari dilanggar,namun kereta itu pula elok saja melanggar lopak air besar di tepi jalan sebelum mengenai Lee Min.

Lee Min terkelip-kelip. Seluruh tubuhnya kini basah bermandi lopak air yang berselut. Lee Min cuma mampu memerhatikan kereta terbabit membelah laju di hadapan.

        "Hoi!! Tak guna punya kereta!!" Lee Min memekik selepas reda dari kejutannya. Lee Min sempat mengecam jenis kereta terbabit. Sebuah kereta Volkswagen Jetta berwarna kuning Bumblebee.

"Setan betul. Dia buat bodoh je. Pikir ni jalan bapak dia punya?!" Lee Min masih sakit hati. Dengan geram yang masih membara,Lee Min menuju kerumahnya.

         Ketika melalui kawasan hadapan rumah keluarga Park,langkah Lee Min tiba-tiba terhenti di hadapan pintu pagar rumah jirannya itu. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kereta Volkswagen Jetta kuning!

        "Huh! Macam nak kenal je kereta ni?" Dalam hatinya,Lee Min bersoal jawab sendiri. Kereta siapa ya? Takkan Encik Park nak pakai kereta macam ni? Puan Miso lagila. Dahtu sape? Takkan Jiwoo pulak?

Dalam keadaan bingung dan tertanya-tanya,Lee Min menapak masuk ke dalam rumahnya. Kedengaran suara orang berbual-bual di ruang tamu rumahnya,namun Lee Min abaikan.

        Dia perlu segera naik ke bilik dan mencuci dirinya yang gila punya selebet ni.

"Haa Min,dah balik?" Tanya Puan Lee tanpa memandang Lee Min betul-betul. "Mari sini,eomma nak kenalkan Min dengan... APA DAH JADI NI??!" Tiba-tiba suara Puan Lee terpekik besar sebaik saja memandang Lee Min sekali lagi.

My Ex Head Boy Next Door + PJM (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now