Tiga belas tahun yang lalu...
(Sekolah Tinggi Elit Seokwon)Lee Min Na masih lagi mundar-mandir di sekitar sekolah yang besar itu. Sesekali tangannya menilik kertas yang merupakan panduan kedudukan setiap bangunan sekolah di tangannya itu.
"Dewan besar.. Dewan besar.. Yang mana satu ni? Duh,boleh sesat dibuatnya!" Lee Min Na merungut sendiri.
Tiba-tiba....
'Gedebuk!'
Lee Min Na dapat rasakan dirinya dilanggar seseorang sebelum tubuhnya melayang jatuh ke satu sudut.
"Adoi!" Lee Min Na terjerit kecil sebelum dia menggosok-gosok sendiri sikunya yang perit.
"Sorry sorry! Saya tak sengaja!" Kedengaran satu suara meminta maaf sebelum Lee Min Na dibantu berdiri oleh seseorang itu.
Kini Lee Min Na sedang mendongak memandang seorang gadis yang mungkin sebaya Lee Min Na,tapi dia lagi tinggi sekepala dari Lee Min Na.
"Awak okay?" Tanya dia prihatin.
"Okay. Takde pape. Sakit sikit je." Jawab Lee Min Na sambil tersengih.
"Mian ya. Owhh,nama saya Kim Hyun Ah. Pelajar tingkatan satu. Awak?" Ramah si Hyun Ah mengenalkan dirinya.
"Saya Lee Min Na. Tingkatan satu jugak." Jawab Lee Min Na pula.
"Hei nama kita nak dekat sama! Heheh. Awak nak pergi mana ni?" Tanya Hyun Ah lagi. Banyak tanya kan. Haha.
"Err.. Saya cari dewan besar. Katanya orientasi dekat dewan kan untuk pelajar baru?"
"Yup,betul tu. Jomlah kita cari sama-sama. Saya pun belum jumpa lagi dewan tu sebenarnya. Kenapalah sekolah ni besar sangat ya.." Hyun Ah merungut sebelum dia menarik tangan Lee Min Na untuk berjalan bersama-samanya.
Selepas beberapa ketika..
"Lahh... dekat sini rupanya dewan besar! Penat berjalan.." Rungut Lee Min Na pada Hyun Ah sebelum mereka mula masuk ke dalam dewan yang telah sedia dipenuhi pelajar tiga belas tahun bagi sesi oreintasi.
Lee Min Na dan Hyun Ah duduk di celah-celah pelajar yang lain sebelah menyebelah sebelum mengeluarkan buku nota dan pen untuk mencatat apa-apa yang perlu nanti.
"Hei..awak duduk kelas mana nanti?" Tanya Hyun Ah tiba-tiba,berminat untuk tahu.
"Emm? Lupa pulak. Jap saya cek. Awak pulak kelas mana?" Lee Min Na kembali menyoal Hyun Ah sebelum mereka sama-sama menyelongkar beg sekolah mereka.
"Kelas 1A3!"
"Kelas 1A3!"Serentak kedua-dua Lee Min Na dan Hyun Ah berkata selepas membelek kertas putih berkenaan. Seketika kedua-duanya tersengih gembira.
"Kita classmate lah nanti nampaknya. Baguslah,dah ada kawan. Duduk sebelah-menyebelah kita nanti ya?" Teruja Lee Min Na berkata pada Hyun Ah.
YOU ARE READING
My Ex Head Boy Next Door + PJM (SLOW UPDATE)
FanfictionJodoh sebelah rumah? Dan jodoh tu pulak kawan zaman kanak-kanak? Yang paling tak diduga,jodoh itu adalah bekas ketua pelajar sekolahnya dulu? Apa yang lebih teruk,satu ketika dahulu,dia pernah membuat cubaan memikat lelaki itu. Yang kini akan menjad...