Bermulanya detik pertama Lee Min sebagai isteri kepada Park Jimin a.k.a Ex Head Boy Next Door a.k.a jembalang tanah.
Isteri la sangat. Isteri atas kertas je!Hari Isnin,Lee Min bersiap untuk ke pejabat seperti biasa. Keluar saja dia dari biliknya,Lee Min bertembung dengan Jimin. Lelaki itu hanya berpakaian santai,tee putih dan tracksuit hitam.
Tak kerja nampaknya mamat ni. Ehh dia kerja apa ya sebenarnya? Dalam diam Lee Min berfikir sendiri. Dia berpura-pura tidak nampak saja Jimin di hadapannya,cuba untuk melintas lelaki itu secepat mungkin.
"You tak cuti ke hari ni?" Tiba-tiba soalan dari Jimin menghentikan langkah Lee Min. Dalam mendengus dia menjawab. "Pehal pulak aku nak kena cuti?"
"Yeahh.. I thought you cuti sebab semalam kan baru je majlis kita. Mana tau you penat ke." Senada je Jimin membalas.
"Aku penat ke aku tak penat ke,itu hal aku la. And perlu ke aku ambik cuti semata-mata sebab aku kawin semalam?" Dalam nada jengkel Lee Min menjawab. Wajah Jimin langsung tidak dipandang malah dia sempat berpeluk tubuh pula. Kerek gitu.
Jimin diam. Berjeda seketika. "Yelah. I terpikir je. Bukan I nak menyibuk pun. You kan sekarang bawah jagaan I." Dalam nada yang sama Jimin berkata.
Jagaan? Jimin jaga Lee Min? Sepantas kilat aja Lee Min menoleh memandang wajah Jimin dengan raut wajah berang terukir di wajahnya.
"Jagaan? Kau jaga aku ke? Kau ingat kau sape je nak jaga aku? I dont need you,man!" Lee Min menghambur geram.
"Amanah. You tu amanah I. Eomma,appa and your siblings amanahkan I untuk jaga you. So you memang bawah jagaan I lah kan?" Masih lagi dalam riak yang sama Jimin mematahkan hujah Lee Min yang naik angin.
Lee Min mencebik menyampah. "Itu kata kau. Kata aku,aku tak perlukan kau sekelumit pun. So simpan jelah niat kau tu ye. Aku tak teringin pun." Dengan dingin Lee Min berkata sebelum dia pantas berpaling dan berjalan pergi.
Cakap dengan si jembalang tanah ni pagi-pagi memang betul-betul buat mood Lee Min spoiled. Betul-betul monday blues la macam ni. Huh!
🏙🏙🏙🏙🏙
Sampai saja di pejabatnya pagi ini,Lee Min terus menuju ke kubikel pejabat tempat dia bekerja. Dia duduk dengan wajah yang masam mencuka sambil terus membuka dan membelek fail-fail kerjanya.
"Huk alohh pagi-pagi lagi muka dah masam mencuka! Pehal kau do?" Tiba-tiba je kedengaran satu suara menegur. Siapa lagi kalau tak lain tak bukan gerangannya Min Yoongi.
Lee Min angkat kepala,memandang sekilas sebelum dia kembali fokus pada fail di tangannya.
"Amboii.. Kemain kau jeling aku pulak! Kenapa ni Min?" Yoongi tak berputus asa menyoal. Tak faham kenapa pagi-pagi dah mood swing si minah ni sorang.
Wajah masam Lee Min direnung lima saat sebelum pandangan matanya jatuh ke jari manis Lee Min. Ada sebentuk cincin berlian berkilauan di situ.
Aneh. Sejak bila si Lee Min Na suka pakai barang kemas ni? Berlian pulak tu. Kening Yoongi terjungkit seketika sambil memikir.
YOU ARE READING
My Ex Head Boy Next Door + PJM (SLOW UPDATE)
Hayran KurguJodoh sebelah rumah? Dan jodoh tu pulak kawan zaman kanak-kanak? Yang paling tak diduga,jodoh itu adalah bekas ketua pelajar sekolahnya dulu? Apa yang lebih teruk,satu ketika dahulu,dia pernah membuat cubaan memikat lelaki itu. Yang kini akan menjad...