"Oh swear not by the moon,oohhh. Lalalalala." Lee Min menyanyi-nyanyi kecil menuju ke bilik tidurnya ketika menyedari pintu bilik Lee Shin kelihatan terbuka. Siapa di dalam? Rasanya jembalang tanah tu baru je keluar pergi rumah eommanya tadi.
Kerana perasaan ingin tahunya yang kuat,Lee Min mendekati bilik itu dengan langkah perlahan. Kelihatan belakang satu tubuh yang sangat dikenalinya.
"Shin oppa?" Tegur Lee Min perlahan. Tubuh itu berpaling dan benarlah,itu Lee Shin. Lelaki itu tersenyum pada Lee Min sekilas. "Hai,budak cengeng." Sapanya sambil mendepangkan kedua belah tangannya.
Lee Min menghampiri Lee Shin sebelum tubuh genitnya tenggelam dalam pelukan abangnya itu. "Bila oppa balik ni?" Tanya Lee Min ingin tahu kerana seingatnya Lee Shin ada kerja di Jeju selama seminggu yang bermula minggu lalu.
"Baru je sampai ni. Penat pun tak habis lagi." Jawab Lee Shin ketika dia sibuk mengemas pakaiannya keluar dari beg separa besar.
"I thought oppa seminggu kat Jeju? Ni baru lima hari kot? Dah balik? Dah siap ke kerja oppa tu?" Bertalu-talu soalan Lee Min berikan.
"Dah siap la sayang. Sepatutnya oppa balik lusa. Tapi sebab dorang cuma buat aktiviti santai je takda kerja dah nak kena buat,so oppa decide baik oppa balik je." Jelas Lee Shin satu persatu.
"Oooooo." Itu sahaja jawapan dari Lee Min ketika dia melabuhkan punggungnya di birai katil Lee Shin.
"Kenapa? Macam tak suka pulak oppa balik?"
"Haishh,mana ada. Min tanya je. Sebab selalunya oppa akan kerja lama. Contoh la oppa kata seminggu,kadang tu seminggu plus three,sepuluh hari baru oppa balik." Ujar Lee Min pula.
"Sajalah oppa balik awal. Lagipun ingat lepas ni nak pergi shopping baju sikit. Nak beli baju baru untuk majlis reunion highschool oppa." Jawab Lee Shin sebelum dia ikut duduk di sebelah Lee Min.
Lee Min angkat sebelah keningnya. "Reunion? Reunion apanya?" Sejak bila pulak ada majlis reunion sekolah ni. Kenapa Lee Min tak tahu apa-apa?
"Eh Min ni. Reunion sekolah kita la. Sekolah Tinggi Elit Seokwon. Tahu ke tak tahu?" Soal Lee Shin sambil menjentik dahi Lee Min perlahan.
"Sakitlahh.." Sungut Lee Min sambil mengosok dahinya perlahan. "Min tak tau pun ada majlis reunion kejadah semua tu?" Sambungnya lagi.
"Ah. Mungkin la Min tak tahu. Sebab reunion ni untuk batch oppa je. Dan err.. batch Jimin." Teragak-agak seketika Lee Shin ketika menyebut nama Jimin.
Dengar saja nama Jimin,terus Lee Min mendengus. Matanya diputarkan ke atas,menunjukkan rasa tak sukanya.
"Dahlah. Min masuk bilik Min dulu." Katanya sambil pantas bangun dan menuju keluar.
"Eh,tapi oppa belum habis cerita lagi ni!" Cepat-cepat Lee Shin cuba menahan Lee Min dari melangkah pergi.
"Lain kali jelah oppa cerita ya. Bye." Tanpa cuba mendengar penjelasan Lee Shin,Lee Min tetap berlalu pergi sebelum kedengaran pintu biliknya dihempas kuat.
"Tapi oppa belum cerita lagi yang setiap ex student kena bawak pasangan." Perlahan Lee Shin menyambung ketika melihat pintu bilik adiknya itu sudah tertutup.
YOU ARE READING
My Ex Head Boy Next Door + PJM (SLOW UPDATE)
FanfictionJodoh sebelah rumah? Dan jodoh tu pulak kawan zaman kanak-kanak? Yang paling tak diduga,jodoh itu adalah bekas ketua pelajar sekolahnya dulu? Apa yang lebih teruk,satu ketika dahulu,dia pernah membuat cubaan memikat lelaki itu. Yang kini akan menjad...