Kereta milik Park Jimin berhenti tepat di hadapan sebuah butik pengantin di tengah-tengah bandar. Lelaki itu keluar dari kereta terlebih dahulu tanpa banyak bicara.
Lee Min pula sengaja melambat-lambatkan geraknya. Perlahan-lahan dengan malas dia menapak keluar dari kereta sebelum membuntuti langkah Park Jimin.
Kedua mereka masuk ke dalam butik tersebut sebelum pandangan mata Lee Min meliar ke seluruh ruangan butik itu. Hiasan dalamannya kelihatan elegan dan mewah.
"Selamat datang ke butik pengantin kami. Boleh saya bantu?" Satu suara datang menyapa mereka.
Lee Min menoleh memandang wajah si pemilik suara itu sebelum dia kaku terkejut.
"Min?!"
"Seokjin? Namjoon?!" Lee Min turut menegur.
Kedua-dua insan di hadapan Lee Min dan Jimin mengangguk laju.
"Butik pengantin ni korang punya ke?" Lee Min menyoal kaget.
"Kau ke yang nak kawin Min?" Soal Namjoon kembali tanpa menjawab soalan Lee Min.
Soalan Namjoon membuatkan Lee Min terdiam terus. Wajah kayu dan bersahaja Jimin di sebelah dikerling sekilas.
"Err.. Kita sembang kat situlah." Seokjin mencelah teragak-agak sambil menunding ke arah sofa ketika pandangannya asyik berlari dari wajah Lee Min ke wajah Jimin. Macam kenal je jantan dengan Min ni!
Lee Min angguk laju sebelum dia menonong laju membuntuti Namjoon dan Seokjin tanpa mempedulikan Jimin di sebelahnya.
Seokjin menarik Lee Min duduk betul-betul di sebelahnya manakala Namjoon mengepit di sebelahnya juga membuatkan Lee Min tersepit di antara mereka. Jimin pula mengambil tempat tidak jauh dari mereka.
"Apa cer Min? Tup tup nak kawin dah ni? Si Shin pun belum nak kawin kau dah potong dia eh.." Laju aje si Seokjin mula membuka mulut.
Seokjin dan Namjoon sebenarnya merupakan senior Lee Min di sekolah tinggi dahulu. Satu batch dengan Lee Shin dan merupakan BFF Lee Shin,abang Lee Min itu juga.
Kiranya,dorang junior Park Jimin jugak lah. Duh.
"Aku tak tahu pun korang bukak butik ni?" Lee Min tidak menjawab tetapi turut menyoal kedua lelaki itu. Mereka bertiga memang beraku-kau sahaja walaupun berbeza umur.
"Jawab soalan Jin dululah,Min." Namjoon pula mencelah perlahan bila Lee Min pusing cerita lain.
"Jantan tu..." Perlahan Namjoon bersuara sambil menjeling Jimin yang membelek Iphonenya dalam senyap. ".... Park Jimin kan,Min?" Sambung Namjoon dengan sangat perlahan.
"Aah la Min. Tu Ex Head Boy batch 2007 kan? Park Jimin?" Seokjin menyampuk,juga dengan sangat perlahan suaranya.
"Apa cer Min. Duduk tak duduk tahu-tahu kau dah nak kawin. Dengan si Head Boy tu pulak tu? Sejak bila kau couple dengan dia doe?" Tanpa memberi peluang untuk Lee Min menjawab,Namjoon menyoal lagi.
"Heyya... Satu-satulah bro! Mana satu aku nak jawab ni kalau korang soal tak berhenti macam ni?" Lee Min bersuara akhirnya,bengang. Jimin yang bagai stonecold dikerlingnya sekilas.
YOU ARE READING
My Ex Head Boy Next Door + PJM (SLOW UPDATE)
FanfictionJodoh sebelah rumah? Dan jodoh tu pulak kawan zaman kanak-kanak? Yang paling tak diduga,jodoh itu adalah bekas ketua pelajar sekolahnya dulu? Apa yang lebih teruk,satu ketika dahulu,dia pernah membuat cubaan memikat lelaki itu. Yang kini akan menjad...