Part5(Sulking)

63 3 1
                                    

        Suasana hening sebuah kediaman di kota kelihatan aman. Tanpa duka lara dan nestapa cewahhh. 😑

"Nak kek coklat." Pinta Lee Min.

        Satu tangan menghulur sepotong kek coklat pada Lee Min. Pantas saja Lee Min mencapai tanpa mengalihkan pandangannya dari kaca tv.

Mulutnya pantas mengunyah. Sesekali Lee Min tergelak-gelak sendiri bila ada aksi yang kelakar yang ditontonya.

         "Nak air oren." Lee Min meminta lagi. Pun tangan tadi pantas juga menghulur. Lee Min meneguk pantas.

"Hmm,hulurkan jajjangmyeon tu." Sekali lagi Lee Min meminta dan tangan tadi terus menghulur. Segera Lee Min menjamah dengan lahap. Seolah-olah macam orang kebuluran tak makan seminggu. Dah macam perlarian!

           "Aiskrim coklat dalam freezer ada lagi kan?" Lee Min menyoal selepas semangkuk besar jajjangmyeon habis dibedalnya.

"Hmm.. Ada." Pantas partner sebelah Lee Min yang dari tadi menemaninya bangkit menuju ke dapur. Dia kembali seketika kemudian dengan sebekas sederhana besar berisi aiskrim coklat.

        Terus si dia menghulur pada Lee Min. Lee Min kembali menyambut tanpa tanpa menoleh langsung. Laju saja tangannya menyuap dan bibirnya mengunyah. (Eh,aiskrim boleh kunyah ke?😂😂)

"Banyaknya makan. Awak ni bela saka ke?" Si dia tadi akhirnya bersuara. Dah tak dapat menahan bibirnya. Kali ni baru Lee Min menoleh pantas. Buat lipat maut.

         "Eii apa oppa ni cakap macam tu kat adik sendiri. Tak baik tau!" Tingkah Lee Min garang. Kemudian dia memuncungkan bibirnya tanda protes. Kau pikir comel?

"Dah tu.. Asyik makan je.. Dah seminggu macam ni. Makan makan makan. Sampai bila nak macam ni?" Si abang juga turut bertindak memprotes.

          Lee Min diam. Pandangannya kembali ke kaca tv.

"Dah seminggu Lee Min lari dari rumah. Seminggu jugak Lee Min tak pergi kerja. Bagi mc je kat ofis. Lepas tu dah seminggu jugak tak contact eomma. Nak jadi apa?"

         Lee Min kembali memandang. Wajahnya tampak berkecil hati. "Kalau oppa tak suka Min tinggal sini,cakap jelah. Min boleh je pergi tempat lain." Detusnya dalam rajuk. 

Leeteuk menghembus nafas berat. Susah betul nak cakap dengan si adik emosi macam ni. "Bukan oppa tak suka. Tapi cara macam ni bukannya boleh selesaikan masalah pun. Masalah tetap tak selesai." Tegas Leeteuk berkata.

          "Kenapa semua orang tak faham Min? Min taknak kawin! Taknak okay!? Tambah pulak kawin dengan si jembalang tanah tu!" Suara Lee Min meninggi geram.

"Apa yang Min menyampah sangat dekat Jimin tu?" Soal Leeteuk ingin tahu.

        "Oppa jangan nak sebut nama dia ya.. Meluat tau Min dengar nama tu! Spoiled betul!" Bentak Lee Min keras. Mukanya berona merah kerana marah.

Leeteuk terdiam. Seketika dia hanya menggeleng. "Bukan ke pilihan ibubapa tu selalunya tepat? Jodoh yang diberkati? Tak gitu?" Leeteuk cuba berdiplomasi.

        Lee Min buat muka meluat. "Oppa please jangan buat Min muntah kat sini boleh tak? Pilihan tepat apanya? Pilihan yang kacau bilau adalah! Min takkan kawin dengan dia,okay. Dahlah dia tu annoying! Bajet bagus! Lepastu,Min ni langsung takde perasaan cinta dekat dia tau! Nak kawin macam mana?!" Bengang saja Lee Min menuturkan.

"Cinta kan boleh datang kemudian. Boleh dipupuk. Dengan izin Tuhan,Min akan bahagia nanti. Berkat Min,kawin dengan pilihan orangtua ni." Leeteuk masih berlembut memujuk.

My Ex Head Boy Next Door + PJM (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now