PART14:WHY EVERYONE SIDING WITH JIMIN?

36 3 0
                                    

Hujung minggu tiba lagi. Hari ini Lee Min rasa agak sihat. Demamnya sudah lama kebah. Badannya tidak terlalu lemah seperti selalu.

Mujurlah,Lee Min tidak mengalami sebarang alahan ataupun morning sickness. Mungkin anak ini faham akan kesusahan ibunya ketika ini.

Oleh kerana agak bosan terperuk di rumah pada hari minggu,Lee Min berkeputusan untuk keluar mengambil angin ataupun sekadar window shopping di luar.

Setelah bersiap seringkas mungkin,kunci kereta dan beg tangannya dicapai sebelum Lee Min keluar dari bilik. Di anak tangga paling akhir,Lee Min bertembung dengan Jimin.

Lelaki itu nampaknya baru kembali dari luar dan masih lengkap berpakaian sukan. Seketika,dia cuba tersenyum pada Lee Min namun Lee Min pura-pura tak nampak.

"Nak pergi mana ni?" Tanya Jimin lembut sambil mengerling jam di tangannya. Jam 11 pagi. Kemana tujuan Lee Min awal pagi ini?

Lee Min sekadar mendengus,tidak menjawab sepatah apa pun. Wajahnya beriak bosan sambil matanya diputarkan ke atas.

"Hmm? Pergi mana? Pagi lagi ni.." Jimin tidak berputus asa sekalipun Lee Min tidak mengendahkan soalan pertamanya.

"Pagi apanya. Sejam lagi dah nak masuk tengahari dah pun." Sungut Lee Min perlahan saja namun masih sempat ditangkap telinga Jimin.

Jimin tersenyum kecil sambil kepalanya ditundukkan sedikit. Nasib Lee Min tak nampak dia senyum-senyum saat ini. Kalau tak,lagi bengkeng angin Lee Min yang memang langsung tak suka akan dirinya ini.

"Boleh tepi sikit tak? Nak lalu." Pinta Lee Min pada Jimin ketika laluannya dihalang lelaki itu.

"You tak jawab lagi soalan I. Nak pergi mana ni?" Masih lagi mencuba nasib untuk bercakap dengan Lee Min si Jimin ini.

"Yang kau sibuk pehal?" Naik angin juga Lee Min dengan telatah si Jimin. Entah kenapa entah. Psiko betul.

"I sibuk sebab you tu wife I. Kalau apa-apa jadi dekat you dekat luar sana,I yang kena tanggungjawab tau." Suara Jimin masih lagi lembut. Apahal sabar sangat mamat ni hari ni?

Lee Min mendengus lagi. Jimin ini sama saja macam eomma dan Leeteuk. Suka sangat sebut perkataan husband wife tu. Benci betullah Lee Min dengar.

"Baiklah Mr. Park Jimin. Saya bosan. Saya nak keluar kejap. Ambil angin. Boleh?" Dengan sarkastik dan tidak beriaknya Lee Min meminta izin. Siap dengan sebab lagi.

Jimin renung wajah Lee Min beberapa ketika. Sampai Lee Min naik rimas dan lemas. 'Apa ushar-ushar. Cucuk bijik mata tu karang.' Detus hati Lee Min. Eii akulaa mamat ni.

"Okay,boleh. Pergilah. Tapi kalau you dalam kesusahan nanti,please call me first. Boleh?" Pinta Jimin perlahan. Matanya masih melekap pada wajah Lee Min.

Sekali lagi Lee Min memutarkan matanya ke atas. Duh! Dah mula la tu. Nak control-control Lee Min. Mamat ni memang tak boleh nak buat baik langsung!

"I can take care of myself." Sepatah-sepatah Lee Min tekankan ayatnya. Bagi si Jimin ini faham. Sibuk jelah nak jaga Lee Min. Lee Min dah besar kot! Dah dewasa apa!

My Ex Head Boy Next Door + PJM (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now