PART13:ANOTHER LIFE

28 3 3
                                    

Sebulan sudah berlalu sejak Lee Min kembali dari Jeju. Sebulan jugaklah dia berubah menjadi semakin pendiam,mudah tertekan dan murung.

Meskipun begitu,ketika di pejabat Lee Min akan sedaya upaya menceriakan dirinya. Dia tidak mahu sesiapa pun sedar dengan perubahan emosinya itu.

Dengan Jimin pula.. Lee Min memang tidak bercakap langsung dengan lelaki itu. Menegur pun tidak. Perasaan bencinya pada Jimin makin bertambah sejak peristiwa di Jepun dulu.

Jimin adalah juga cuba-cuba menegur Lee Min,cuba mengajak Lee Min bersembang dengannya tetapi gagal dengan kedinginan Lee Min itu.

"Min. Kau.. Okay ke?" Satu suara datang menegur Lee Min menyedarkan dirinya yang ralit termenung jauh. Cepat-cepat Lee Min panggung kepalanya sebelum wajah Yoongi  menjengah panca inderanya.

"Kenapa? Aku nampak tak okay ke?" Lee Min kembali bertanya sambil mengerutkan dahinya.

"Memang tak okaylah kot. Dah aku tegur kau tiga kali baru kau sedar." Jawab Yoongi beria-ia.

"Ohh.. Aku okaylah. Betul,aku okay." Mendatar saja suara Lee Min cuba meyakinkan Yoongi di hadapannya ini.

"Okay mende kau. Lately ni kau satu macam kau tahu tak? Dengan muka pucatnya,dengan berserabutnya. Kenapa eh? Nak kata kau serabut sebab handle kes berat,macam tak je. Sekarang kau handle kes biasa-biasa je kan." Panjang lebar hujah Yoongi pada Lee Min.

Kerutan di dahi Lee Min kian menjadi-jadi. Betul ke Lee Min macam tu? Pucat dan berserabut? Teruk sangat ke dia?

"Teruk sangat ke weyy?" Lee Min meminta kepastian. Tidak mahulah masalah peribadinya terbawa-bawa hingga ke tempat kerja.

"Ye,teruk. Kau ada masalah ke kawan? Kalau ada,kau nak share dengan aku tak? Aku boleh je dengar prob kau tu." Yoongi lagak bagaikan cuba memujuk,bernada lembut sahaja.

Lee Min menarik nafasnya dalam-dalam sebelum melepaskan perlahan. Dia diam memikir. Masih belum masanya untuk diceritakan masalahnya pada sesiapa termasuk Yoongi.

Biarlah semua masalah Lee Min yang tanggung sendiri. Dia tidak sanggup membuka cerita apa-apa.

"Aku.. Err.. Tak apalah. Aku okay je. Takkde apa pun untuk dikongsi. Betul." Lee Min cuba meyakinkan Yoongi. Satu senyuman palsu dilemparkan buat sahabatnya itu.

Yoongi pandang wajah Lee Min dengan muka curiga. Lama ditenung. Satu keluhan terlepas dari bibirnya.

"Okaylah. Hari ni aku percaya yang kau takde apa-apa masalah. Tapi,next time kalau kau betul-betul perlukan seseorang untuk dengar masalah kau,aku ada. Okay?"

Lee Min terdiam. Satu senyuman kecil,kali ini ikhlas dilemparkan pada Yoongi sebelum dia mengangguk beberapa kali.

🌌🌌🌌🌌🌌

Lee Min jatuh sakit lagi. Entah sudah kali ke berapa dia sakit sejak kembali dari Jeju. Kali ini demamnya agak teruk,tidak kebah-kebah biarpun sudah berbiji ubat demam ditelannya.

Dengan kudrat yang tidak seberapa Lee Min capai dompet dan kunci kereta sebelum dia menapak keluar dari bilik.

Suasana rumah ketika itu sunyi sepi. Jam di dinding menunjukkan ke jam 11 pagi. Park Jimin pastinya ketika ini berada di tempat kerjanya. Lee Min pula,sedari semalam lagi sudah menghantar mesej pada Yoongi memaklumkan dia tidak bekerja hari ini.

My Ex Head Boy Next Door + PJM (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now