MARCH masuk dan menyepak meja sehingga terpelanting. Perbuatannya mengejutkan semua pekerja di gudang tersebut. Mereka mula mengeluarkan senjata masing-masing.
"Mana bos kau? Aku dah lama piss off dengan korang ni." Geng Vengeance yang ada tiga cawangan sebelum ni dah musnah semua, tapi tak sampai ke akar umbi. Waris dia ambil alih dan balas dendam. Beberapa projek besar Sniper tergendala kerana Vengeance.
"March... March... berani kau datang sorang?" Freeze menyoal. Lelaki tersebut turun dari tingkat atas biliknya.
"Mangkuk, aku tak kacau bisnes kau, kau tak perlu kacau bisnes aku!"
"Kau tak kacau bisnes aku... tapi, kau bunuh abang aku, kau ingat apa?!"
"Bangsat tu yang cari pasal dengan aku dulu, kau jangan lupa tu, beb." March menjawab.
"Adakah aku perlu bunuh kau pulak sekarang?" Rokoknya dibuang ke tepi.
Dengan isyarat mata Freeze, anak buahnya terus menyerang March sekali gus. Katana dihunus sepantas kilat dan dalam masa kurang lima minit, 13 orang tumpas. Darah bersemburan merata tempat. Pengalaman dia dengan katana dah agak lama, katana tu memang mainan dia sejak 10 tahun yang lalu. Wajah Freeze bertukar.
"Kalau kau ada anak bini, semua aku akan musnahkan."
"March, aku menyesal kenapa aku tak suruh orang bunuh Lucy." Freeze mengeluarkan revolver.
"Kau jangan sesekali sebut nama dia, apalagi kau nak sentuh dia!" Hujung katana menyentuh leher Freeze dan muncung revolver mengarah ke kepala March. Mata bertentang mata.Hammer revolver ditarik dan picu ditekan, namun katana lebih cepat beraksi. Dan kepala terpisah daripada badan. "Don't you ever say you would lay any finger on him."
March keluar meninggalkan gudang tersebut. Settled.
*Dark side March, sweet eh ha ha! :p
Thank you so much para followers novel Arisa, sudi baca walaupun mengarut tahap dewa. jangan lupa dapatkan versi printed ye nanti! Muah! Love you all, xoxo!
YOU ARE READING
MARCHMELLOW (TomboyxMakNyah) PUBLISHED
HumorMARCHMELLOW Sinopsis March AKA big bro, atau nama sebenar, Maritza Aafiya yang berpenampilan segak dan bergaya sampai orang keliru dia lelaki atau perempuan. Lucy atau nama sebenar, Ahmad Lutfi pula sebaliknya. Sekali pandang nampak perempuan, pand...