Bab 1 (I)

926 41 0
                                    

"AKU terima nikahnya, Maritza Aafiya binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya, tiga ratus ringgit tunai," pucat Lucy melafazkan ayat keramat tu. Itu pun dah masuk kali ketujuh baru lepas. Afdal tu tujuh kali!

Adeh la. Hilang terus debar aku nak jadi 'isteri' sebab debar tu sampai kali ketiga tak jadi aje, lepas tu debar terus ganti dengan geli hati sebab berpeluh-peluh ni ha Si Lucy nak menyebut! Alahai, sayang, sayang. March berbisik sendiri sambil tersengih memandang ke arah Lucy yang nampak sungguh jambunya dengan bersongkok dan berbaju Melayu bagai. Tapi risau jugaklah sikit kalau-kalau dia frust lepas tu terus tak jadi nak kahwin, mana tahu. Ui, sadis tu kalau jadi macam tu! Pengantin lelaki lari sebab tak lepas ucapan akad nikah. Entahla apa yang susah sangat tu, ha ha, alahai.

Pagi tadi pun dah gigih dia minta Si Lucy pakai baju singlet binder untuk tutup 'dada' tak ori dia tu. Tak ke pelik kalau pengantin lelaki ada 'bukit'? Tinggi pulak tu, aiseh.

"Wei nok, habis la 'bukit' aku.... Penat aku gemburkan tau untuk jadi macam sekarang ni!" Lucy mendecit. "Alaaa, tak boleh ke kalau tak pakai?? Seriuslah ni." Lucy sambung bebel dengan lenggok gediknya bila March hulurkan sehelai singlet. Dahi dia berkerut seribu, dah lepas kalau nak iron ni. Kemudian, singlet tu dicapai dengan hujung jari aje sambil tertilik-tilik merenung, hampeh betul.

"Habis tu, takkan kau nak akad nikah pakai gaun kut? Kalau nak resepsi tak apa la, ni nikah. Terpaksa la kau yang pakai binder, bukan aku."

Lucy muncung mendengar ayat March.

"Alaalaa, muncung-muncung ni nak mintak kiss ke? Nanti baby bagi ye, sayang... ha ha ha!" March bantai gelak bila muncung Lucy makin panjang mendengar pujukan atau lebih pada usikannya tu.

"Tak baik tau kau gelakkan aku," Lucy jeling sambil picingkan mata. Aku terkam secara rakusnya nanti, baru kau tau, March!

"Ha ha... okey, okey, sorry. Beb, nanti dah habis akad ni, kau bukak la, keh. Lepas tu, kita pakai gaun dengan tuksedo, boleh?"

Lucy kerling aje dari hujung mata, sambil menggerak-gerakkan bibir dan badan pandang cermin. Nak jugak tu pakai bulu mata dengan foundation, padahal nak akad nikah aje. Haih, gasak kau lah, Lucy! March geleng-geleng. Jangan tok kadi pengsan sudah.

"Nok, ketat la benda ni," adunya sejurus selepas keluar dari bilik air dengan memakai binder. "Tak lepas aku nak bernafas, tau??"

"Ha ha, sekejap aje, kan? Tak apa la, tak terasa pun masa berlalu...."

"Huh, mengendur la 'bukit' mak ni, nyah," bebelnya lagi sambil membetul-betulkan singlet putih berkenaan. "Macam mana kau boleh pakai sampai berapa jam sehari?? Ee, taubat aku!" ujarnya lagi.

March cuma diam, senyum dan geleng. Dalam dunia ni ada banyak pilihan, dah kalau kau pilih pilihan yang macam tu, kena terima lah segala sebab dan akibatnya. Ha ha, kan?

"Alhamdulillah, lepas pun akhirnya."

Semua yang hadir senyum-senyum mengucapkan syukur.

March ketap bibir bila sampai masa nak sarung cincin. Dalam hati berdebar sedikit sebanyak. Entahlah apehal nak debar sangat ni, padahal acara melamar hari tu lagi dahsyat kut.

"Kau nampak cantik, nyah..." bisik Lucy sambil sarungkan cincin. Dia tersenyum nipis. Rasanya ini kali pertama dia tengok March pakai selendang, ayu semacam, siap touch-up dengan gincu bagai. Katanya March terpaksa pakai selendang, kalau tak mama nak dia pakai rambut palsu. Lagi la tak logik, baik banyak kut pakai selendang daripada rambut palsu asal mana pun tak tahu tu. Ye la, tak sesuai langsung pakai kebaya putih dengan rambut pendek macam lelaki, kiri kanan memang nampak kulit kepala, dah la bahu pun lebar lain macam. Mengalahkan mak nyah tak sempat baligh tak pasal-pasal nanti.

MARCHMELLOW (TomboyxMakNyah) PUBLISHEDWhere stories live. Discover now