Teaser 4

729 25 12
                                    

"Duh, beb, kau pregnant ke? Aku dengar orang pregnant ni moody... kejap okey, kejap tak," Ed mencungkil rahsia.

"Weh, agak sikit!"

"Ha ha ha!" Ed menyapu kepala sendiri selepas kepalanya disekeh oleh March. Kemudian, dia mencuri pandang ke arah March yang banyak termenung. Gadis tu pernah dipuja dulu, tapi dia dilayan macam kawan-kawan semata, jadi dia kuburkan niat untuk meluahkan perasaan. Masih lagi perasaan tu bersisa di hati.

"So, amacam dah kahwin? Dah lama aku tak jumpa kau, tup-tup muka kau macam ni, mana aku tak risau, beb."

"Okey la, beb." March berbohong. Dia membetulkan duduknya. Pemandangan malam dari bukit tersebut agak menarik. Nampak bandar Melaka yang berwarna-warni disimbah cahaya lampu. Dengan Menara Taming Sari yang berputar-putar di udara.

"Bini kau cantik, weh. Kalau betul-betul wanita, dah lama aku sapu."

"Kau jangan, eh! Kau sapu dia, aku sapu kau, hantar pergi Ethiopia, biar mampus tak makan kat sana."

"Ha ha ha, kejam gila, dowh!" Ed gelak sebelum mengeluarkan beberapa tin minuman daripada beg plastik. "Dah, beb. Minum."

"Kata no alcohol, ni apa ni?" March berkerut bila Ed langgar janjinya tadi.

"Lepak la, bro. Bukan selalu, bukan power pun," ujarnya sambil membuka penutup tin Beer yang dibeli di kedai tadi sebelum naik ke sini.

"No, aku tak nak mabuk."

"Okey, okey. Nah, kau minum la ni," Ed sua setin air cincau kepada March selepas melihat riak wajah March. Kalau dipaksa, elok la kau kena buang terus dari atas ni on the spot.

"Aku, kan... pelik la dengan kau ni. Kau kata kau tak minat dengan gadis-gadis, habis, kau kahwin dengan bini kau tu pun, gadis jugak what?"

"Dia lain.... Aku sayang dia sejak dulu lagi, sebelum dia jadi transformer macam sekarang."

"Huh, transformer?"

"Ye la, last aku jumpa dia, dia tak pakai macam sekarang, dada rata lagi. Just badan dia memang kecik macam tu, dengan muka dia yang comel dan bibir yang merah. Kadang-kadang aku terfikir jugak, aku dengan dia ni termasuk dalam badan yang salah ke? Heh," March komen paling panjang untuk malam tu. Dia tersengih sendiri walaupun tawar tak berasa.

"Habis, kau boleh pulak terima badan dia yang dah transform tu? Tak ke maknanya kau boleh tolerate dengan gadis-gadis jugak?"

"Haish, kau ni. Otak kau ni memang kuning la. Kuning pekat, kau tau?"

Ed gelak mendengar komen March.

"Pada aku, dia tak sama dengan gadis-gadis, kau faham? Entah la, mungkin sebab aku memang cinta mati kat dia yang buat aku terima dia walau macam mana pun bentuknya, weh. Dalaman takkan berubah walaupun luaran berubah... betul tak?"

"Haih, macam-macam la kau ni, beb. Complicated."

MARCHMELLOW (TomboyxMakNyah) PUBLISHEDWhere stories live. Discover now