"Ha ha, betul. Kau aje untuk aku, sayang. Aku setia." March raih tangan Lucy lalu dicium. Senyuman tak lekang daripada bibir. Kemudian mereka terus berjalan beriringan menyusuri pantai berpasir putih gebu tersebut. Petang-petang ramai jugak yang buat aktiviti air seperti parasailing, paragliding dan windsurfing. Tak lupa, banyak siput-siput dan cangkerang-cangkerang yang hidup mengambil angin di gigi-gigi air yang jernih hingga nampak ke dasar. Angin bersepoi lembut, menghadiahkan alunan melodi daun kelapa melambai dan bau masin air laut.
"Wow, diorang buat persembahan! Jom, sayang," March tarik tangan Lucy menuju ke arah sekumpulan penduduk Male yang kebanyakannya berketurunan Indo-Aryan dan beragama Islam itu, dengan niat nak join sekaki melihat mereka menari.
"Tarian Boduberu ni, sayang. Asal dari Afrika, yang ada kaitan dengan keturunan diorang jugak."
"Apa? Bodubiru?" Lucy ulang sebut.
"Boduberu, yang maksud dia, big drum. Diorang suka lagu-lagu Hindi. Kebanyakan lagu-lagu dan tarian diorang lebih kurang macam lagu-lagu dalam filem Hindustan lama. Interesting, right?" March bersuara kuat melawan bunyi lagu daripada tarian tersebut.
"Ye ke..?? Wahh!" Lucy mula teruja. Tambah teruja bila penari tadi tarik tangan dia untuk join sekaki menari bersama.
"Ha ha, cutenya!" sorak March melihat Lucy meniru langkah tarian tersebut. Penonton-penonton lain pun terhibur bersama.
"March! Sini!" Tangannya pula ditarik oleh Lucy.
"Ha ha, tak mau la, aku tak reti," March menolak.
"Shut up, just dance!"
"Aww, suruh shut up. Membakar sungguh! Tergoda aku, sayang," March sengih panjang sambil mengambil kesempatan memeluk pinggang Lucy kemudian menjeling-jeling meniru gaya tarian kumpulan perfomer tadi yang seramai lapan orang; tiga orang bergendang, seorang main tamborin dan yang selebihnya menari dan bertepuk tangan.
"Macam kuda kepang aje, sayang, ha ha!" March ketawa terhibur.
Lucy pun dah upgrade power terujanya. Menari sikit lagi macam nak masuk pertandingan 'So You Think You Can Dance'.
"Ha ha, kau jangan la pijak kaki aku kalau ye pun. Kau ni bukannya ringan, sayangku," ucap Lucy sambil memicit pipi March.
"Ha ha, sorry, sayang." Hati March berbunga mendapat panggilan "sayangku" bersama pakej cubitan di pipi. Dia bahagia melihat senyuman dan ketawa Lucy. Sungguh!
"PHEW, penat la, sayang. Ha ha. Habis berpeluh ketiak."
"Ha ha, ketibas (ketiak basah), mesti ketibus (ketiak busuk)," Lucy menyambut gurauan March.
"Ha ha, ketingi, okey. Nak bau?" March tarik kerusi untuk Lucy duduk sebelum dia duduk berhadapan dengan Lucy. Makan malam mereka di atas pasir putih tepi pantai yang ditemani lilin dengan bulan dan bintang. Ada beberapa tiki torch dipacakkan di beberapa tempat. Ruangan tersebut semakin penuh dengan tetamu lain. Ombak kecil menjadi halwa telinga selain lagu instrumental yang dipasang. Semua bagai menghormati suasana yang tenang dan tidak membuat bising yang melampau.
"Huu, mau pengsan mak nanti."
"Ha ha, kalau kau pengsan, senang kerja aku."
"Kerja apa?"
"Assignment mama bagi, takkan dah lupa?"
"Erm?" Lucy buat muka hairan.
"Assignment 'baby', sayang..." dengan muka tak malu March menjawab. Part tu memang memori dia paling baik sekali.
YOU ARE READING
MARCHMELLOW (TomboyxMakNyah) PUBLISHED
HumorMARCHMELLOW Sinopsis March AKA big bro, atau nama sebenar, Maritza Aafiya yang berpenampilan segak dan bergaya sampai orang keliru dia lelaki atau perempuan. Lucy atau nama sebenar, Ahmad Lutfi pula sebaliknya. Sekali pandang nampak perempuan, pand...