"Naik la," March bersuara selepas dia memanaskan enjin motosikal LC tersebut.
Lucy kelip-kelip.
"Ke kau nak bawak? Aku naik belakang," March sengih.
"Tak nak la," balasnya. Mamat ni bukan boleh kira. Karang tangan dia ada la nak merayap sana sini, mahu tergolek atas jalanraya tak pasal-pasal. "Tapi macam mana ni, nok?? Macam mana nak duduk? Takkan nak tayang kaki aku ni, kut??" sambungnya lagi.
"Sayang, memang kain kebaya kau tu dah terbelah pun, kan?"
Lucy mencebik.
MEREKA sampai di rumah abang yang dimaksudkan March, di hujung kampung, dekat dengan sawah bendang. Lucy yang tak nak duduk mengangkang dengan baju kebayanya duduk mengiring ke sebelah kiri March, dah tutup-tutup mata bila lalu denai kecil sebelum sampai ke rumah itu tadi. Kejadiannya;
"Tak ada jalan lain ke, nok?!"
"Em, entah la."
"Mustahil tak ada! Mustahil!"
March dah gelak-gelak.
"Peluk kuat-kuat sikit, jangan bergerak sangat. Kalau tak, kita pergi beraya dengan selut bersama, ye sayang."
"Uhh, nightmare gila! Nightmare, sumpah!!" Lucy mengeras di belakang.
"Ha ha," March ketawa sambil terus fokus ke arah denai yang semakin lama semakin kecil.
"Sayang, dah sampai. Tak nak turun ke? Nak peluk aku sampai bila ni? Eheh," tangan Lucy yang ketat memeluk pinggangnya diusap lembut. Lembutnya tangan... wangi pulak tu, bisik March sendiri. Ahai, bahagianya dipeluk seerat ni oleh sang pujaan hati. March teruskan sengihan. Ini kalau termasuk dalam sawah pun memang habis berbaloi la.
"Uuu, betul dah sampai??"
"Ye, sayang." Kau tak sedar ke motor dah lama berhenti, sayang oi.
Lucy buka mata dan terus terjun ke atas tanah. Rumah di hujung kampung tersebut agak besar. Banglo setingkat. March turun kemudian dan membetulkan baju Melayunya.
"Nok! Banglo kut! Kau jangan buat cerita tak ada jalan lain selain denai kecik mampus tu!"
"Ha ha, shortcut, sayang. Diskaun minyak petrol."
Lucy kecilkan mata sebelum terdengar satu suara menyampuk.
"Itza?"
March berpaling ke arah suara tersebut dan tersenyum lebar.
Oh myy!! What?? Itza?!! What a cute little kitten on earth?!! Lucy menjerit kuat dalam hati!
LUCY buat muka bosan. Sekejap bersimpuh ke kiri, sekejap ke kanan. Meluat sungguh tengok jantan tak cukup bulu ni bersembang dengan 'laki' aku. Itza konon, ee, please la.
"Sayang okey?"
Lucy mencebik. Aku dah mengira waktu aje nak arwah bosan gila babun kat sini, kau baru nak tanya, March??
"Erm," balasnya sambil memasukkan kuih raya ke dalam mulut. Dah berkilo-kilo kuih-muih masuk ke perutnya.
"Kau tak diet dah?"
"Aku nampak macam diet ke sekarang?" monoton dia menjawab. Dia pandang mamat yang dipanggil dengan gelaran "abang" oleh March dengan mesranya itu tersenyum memandang ke arahnya. Menyampah gila okey tengok muka dia! Lucy menyumpah.

YOU ARE READING
MARCHMELLOW (TomboyxMakNyah) PUBLISHED
Hài hướcMARCHMELLOW Sinopsis March AKA big bro, atau nama sebenar, Maritza Aafiya yang berpenampilan segak dan bergaya sampai orang keliru dia lelaki atau perempuan. Lucy atau nama sebenar, Ahmad Lutfi pula sebaliknya. Sekali pandang nampak perempuan, pand...