🖇 › six.one

60 13 360
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Keempat-empat pekerja Starry Night berkumpul di dalam bilik meeting untuk membincangkan tentang pembahagian tugas di antara mereka.

"Okay, kita bahagi dua kumpulan, jadi senang sikit. Hana dengan aku, jaga Hyunjae, Seul Rin, Yerin dengan Areum." ujar Yeosang. Hana mengangguk.

"Jimin, Yoora, korang jaga June, Eun Byeol, Iseul dengan Minje.e" Hana memberikan Yoora kunci ward mereka. Yoora dan Jimin mengangguk.

"Boleh tengokkan Seul Rin tak? Dia tak makan ubat dia. Ah ya, lelaki-lelaki tu dekat mana? Macam tak buat kerja je. Makan gaji buta agaknya. Dah aku nak pergi jumpa CEO Kim-" Yoora menyepak kaki Jimin.

"Yah."

"Ah, lelaki-lelaki tu ada sekali nanti. Boleh tolong suruh dorang tulis bucket list sekali?" Tanya Hana. 

Jimin dan Yoora menunjukkan thumbs up. Yoora mencatatkan arahan yang diberikan di atas clipboardnya. Takut terlupa.

"Alright. Ada apa-apa lagi ke?" Tanya Yoora. Yeosang menggeleng.

"Aku dengan Yoora gerak dulu." Jimin memegang tangan Yoora. 

Yeosang dan Hana menggeleng. Baru sahaja mereka berdua mahu berpegangan tangan, Wuyoung berdiri di tengah mereka.

"Disebabkan aku tak ada kerja. Aku ikut korang," Wuyoung senyum ke arah Yeosang dan Hana.

"Okay," jawab Hana sambil tersenyum manakala Yeosang pula mencebik. 

Apa ni? Baru nak berdua, ada yang ketiga pula.

"Wuyoung, setakat ni, siapa yang kau rasa ada masalah?" Tanya Hana.

"Rahsia, Hana. Aku tak boleh bocorkan rahsia pesakit aku." ujar Wuyoung. 

Wuyoung kemudiannya memandang Yeosang yang diam.

"Yah, aku kacau kau ke?" Tanya Wuyoung. Yeosang menggeleng.

"Hana, saya gerak dulu. Takut dorang buat hal." ujar Yeosang lalu berjalan pergi. Hana menggeleng.

"Marah la tu."

"Biar. Lepasni dia okay je."

- - -

"Wah ! Besar gila bilik korang!" Jake masuk ke dalam ward di mana Minjee, Eun Byeol, Iseul dan Joon Young ditempatkan.

Eun Byeol menggeleng kepalanya. Dia terus duduk di katilnya.

"Eun Byeol, kau tak nak makan ubat ke?" Tanya Rowoon. Eun Byeol hanya mengangguk. Dia menutup matanya.

"Nanti lah," balas Eun Byeol.

"Weh. Kau nak tidur ke?" Tanya Rowoon. Eun Byeol membuka matanya. Dia menjeling Rowoon.

"Dah tu, kau nampak aku tengah buat apa? Mandi?" Jawab Eun Byeol dengan kasar. 

★彡 starry night ➼ multi af ༉‧₊˚✧Where stories live. Discover now