"Ikan, ikan, ikan, sepanjang minggu~" Taehyung memberi makanan kepada ikan-ikan peliharaannya.
"Joey, Clara, jangan gaduh. Aku nak kekuar cari kerja. Nanti tak termakan pula korang" Taehyung meletakkan plastik berisi makanan ikan di tepi akuariumnya.
"Ei. Comel betul Joey dengan Clara ni" Taehyung memerhati ikan emasnya iaitu Joey dan Clara yang berenang di dalam air, tidak berbuat apa-apa.
"Anak aku dah gila. Haih" Puan Kim memandang Taehyung yang sedang asyik bercakap dengan ikan-ikan peliharaannya. Dia menggeleng kepalanya.
"Patut la kau ni tak dapat kerja. Duduk termenung tengok ikan je. Mana saru jantan mana satu betina tu" Puan Kim mengintai ikan-ikan enas Taehyung yang sibuk berenang.
"Ni Joey. Dia jantan. Yang ni pula Clara. Dia betina" terang Taehyung.
"Sama je dua-dua tu" ujar Puan Kim.
"Mana ada. Tengok Joey dia ada—"
"Kalau kamu mengarut lagi, mama halau kamu. Cuba lah buat benda berfaedah. Pergi cari kerja sana" halau puan Kim.
"Ala mama. Nanti Taehyung tak ada masa untuk ikan-ikan Taehyung. Siapa nak bagi dia makan? Siapa nak belai dia? Bacakan dia buku cerita?" Taehyung memandang ibunya. Puan Kim menggeleng.
"Taehyung, mama kenak psiakitari terkenal. Kamu nak—"
"Tae tak gila la mama! Ish ye la. Tae pergi cari kerja. Byebye Joey, Clara. Muah!" Taehyung memberi flying kiss kepada ikan-ikan peliharaannya. Puan Kim menepuk dahinya.
"Anak aku ni, dah kenapa sebenarnya"
"Hai dunia! Aku disini ingin mencari kerja untuk menyara ikan-ikan kesayanganku !" Taehyung keluar daripada rumahnya.
"Kejap, nak cari kerja apa eh. Masatu aku dah cuba mohon kerja cafe. Tapi aku kena pecat sebab main dengan ikan dekat kedai tu" Taehyung berjalan. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Ahjussi."
Taehyung memandang budak kecil di hadapannya. Dia tersenyum.
"Cari apa?" Tanya Taehyung. Dia mencangkung di hadapan budak kecil itu.
"Ahjussi cari apa? Mama kata ahjussi ni gila sebab cakap sorang-sorang—"
"Eh Rang! Sini. Kan mama dah kata jangan cakao dengan orang yang kita tak kenal!" Seorang perempuan datang ke arah mereka. Dia menarik budak kecil itu.
"Haih. Kenapa lah orang asyik kata aku ni pelik. Aku ada family juga. Ikan-ikan aku memerlukan makanan untuk hidup" Taehyung membebek sendirian. Perempuan dan budak kecil itu tadi perlahan-lahan berjalan pergi jauh daripada Taehyun.
"Encik nah, datanglah ke Starry Night" seorang perempuan menyerahkan flyer kepada Taehyung.
"Tempat ni boleh jaga ikan-ikan aku tak? Aku kena cari kerja. Nanti, tak ada sesiapa nak tengok ikan aku. Mak aku pun tak nak jaga dorang" Hana tersenyum kekok ke arah Taehyung.
YOU ARE READING
★彡 starry night ➼ multi af ༉‧₊˚✧
Fiksi Penggemar┋ starry night :; a place that can heal you before you die . ˚ ༘✧ ˗ ˏˋ ೃ࿔ ━ ↯ 𝐈𝐍 𝐖𝐇𝐈𝐂𝐇 lapan lelaki kacak ditugaskan untuk menjaga lapan perempuan di sebuah hospital . ...