side casts' chapter
"Yoora, jomlah kita keluar. Harini kan hari jadi-"
"Shh! Awak nak semua tahu ke apa?"
Jimin memuncungkan bibirnya ke arah Yoora yang masih tidak lekang dengan kerjanya. Jimin menyembunyikan sebuah senyuman rahsia lalu dia memeluk Yoora daripada belakang sambil si gadis itu duduk.
"Awak tak nak . . . tengok surprise yang saya dah lakukan untuk awak?"
Yoora yang mendengar perkataan 'surprise' itu menoleh ke belakang sambil pipinya berlanggaran dengan bibir Jimin. Jimin pula hanya tergelak manakala Yoora terus bangun daripada tempat duduk dan mengambil kotnya yang terbiar di atas meja.
"Eh jap, awak nak pergi mana-"
"Awak kata nak bawa saya keluar kan?"
Jimin mengangguk sambil melihat Yoora berjalan ke arah luar hospital, menyembunyikan pipinya yang sedang berona merah itu.
"Jadi, kenapa lambat sangat jalan?"
Lelaki yang baru sedar tentang maksud sebalik pengelakan Yoora daripadanya hanya tergelak kecil. Jimin berlari mengikuti teman wanitanya itu, ke arah kereta mereka yang diberikan oleh Seokjin .
YOU ARE READING
★彡 starry night ➼ multi af ༉‧₊˚✧
Fiksi Penggemar┋ starry night :; a place that can heal you before you die . ˚ ༘✧ ˗ ˏˋ ೃ࿔ ━ ↯ 𝐈𝐍 𝐖𝐇𝐈𝐂𝐇 lapan lelaki kacak ditugaskan untuk menjaga lapan perempuan di sebuah hospital . ...