ꗃ 09 + keluar masuk

1.3K 224 238
                                    

"Kan senang kalau kau ikut aku dari awal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kan senang kalau kau ikut aku dari awal. Takde lah mereka semua hidup dalam ketakutan." Ujar Yedam lalu menyilang tangan. Dia melempar senyuman sinis pada Yoshi tanda kemenangan.

Yoshi melihat wajah Yedam sekilas dari tepi. Apabila Yedam mahu melihatnya dia cepat-cepat memandang bawah. Dia rasa gerun mahu menatap wajah Yedam lama-lama.

"Aku tak nak." Balasnya.

"Lama-lama nanti kau nak lah tu. Tunggulah bila semua dah tiada dan hanya tinggal kau seorang." Ujar Yedam tenang. Dia malas nak paksa orang paling rapat dengannya.

Eh tak paksa ke selama ni? Mana ade. Tarik-tarik je.

"Kau kenapa panggil aku aku?" Yedam menyoal sambil terbang sekeliling melihat bilik Yoshi.

"Mana badan Junghwan? Aku nak tanam." Soalan Yoshi membuatkan tawa Yedam terhambur. Kenapa dia perlu tanam jasad tu kalau masih boleh digunakan?

"Hyung nak tanam jasad Hwan?" Junghwan tiba-tiba muncul dan duduk disebelahnya. Terhinjut sedikit tubuh Yoshi kerana terkejut. Ada yang sekeh ni kang.

Yoshi mengurut dada lalu mengangguk.

"Ada dalam kabinet atas."

"Kau buat ape bodoh kat atas tu?" Tanyanya pelik. Tingginya jasad budak ni pun sampai dalam kabinet dapur atas.

"Yedam hyung. Dia terkejutkan aku time nak ambil lilin dalam kabinet atas. Aku pun apa lagi, teruslah panjat." Terang Junghwan.

Yoshi senyap seketika sebelum kembali membuka mulut. "Kau... tak nak balik ke?" Soalnya. Junghwan menggeleng.

"Tak nak. Semua selalu kata aku bodoh dan menyusahkan. Lagipun, aku boleh terbang kat sini, kacau hyung-hyung."

"Tapi kau tak payah risau. Aku dah kata dorang tak boleh kacau korang selagi aku tak suruh." Ujar Yedam. Yoshi mengigit bibir bawah. Hatinya gusar.

"Hyung, hyung, hyung, hyung, hyung, hyung, hyung, hyung, hyunggggg~~~" Panggil Junghwan dengan penuh berirama. Kepala Yoshi menoleh melihat Junghwan yang duduk di sebelahnya.

Junghwan menarik lidahnya sehingga hampir mencecah lantai kemudian lidah itu diflip dan diletakkan di atas kepalanya.

Yoshi membuat muka jijik. 'Apalah yang dia nak tunjuk kat aku ni?'

"Tadhaaaa~ uka aut uka comle. (tadaa! aku tau aku comel) "

Yoshi membuat muka sebelum mengetawakannya. Dia tahu Junghwan cuba nak buat lawak tapi hambar.

Yedam tersenyum di penjuru bilik berdekatan dengan pintu. Sebelum seseorang datang padanya.

"Weh, macam mana nak terbang- hshssbahwhsbshsjs"

i, alive.  ✓Where stories live. Discover now