Sebulan kemudian...
"Apa doktor cakap?" Soal Yoshi pada Junkyu. Junkyu mematikan panggilan terlebih dahulu sebelum pusing memandang Yoshi.
Jihoon, Hyunsuk, Yoshi dan Junkyu duduk di gladiator. Mereka tak mahu bincang dalam rumah. Pasti ada yang curi dengar.
Ketiga-tiga pasang mata tertumpu pada Junkyu.
"Doktor kata, kalau malam ni Asahi masih tak sedar. Mereka akan tutup terus bantuan alat pernafasan. Lagipun, bil rawatan dia juga akan bertambah." Ujar Junkyu.
Hyunsuk meraup wajah berkali-kali begitu juga Yoshi dan Jihoon. Sedih. Mereka bukan orang berada. Tapi tak mahu hilang kawan juga.
"Jom... Main Ouija tu semula." Cadang Jihoon. Hyunsuk menepuk peha Jihoon. "Apa kau gila ke?"
"Kita mesti bincang dengan Yedam."
"Yedam kata dia takkan pulangkan Asahi." Bantah Yoshi pula.
"Kita mesti cuba. Tolonglah." Rayu Jihoon. Tiba-tiba Yoshi berdiri sambil kepalanya memandang bawah.
"Tak perlu. Biarkan saja Asahi pergi. Selamanya." Yoshi terus beredar dari situ. Dia melangkah menuju ke pintu rumah. Jihoon mengejarnya kemudian memegang tangannya. Menahan Yoshi dari masuk.
"Kau tahu rasa kehilangan tu Yoshi. Tapi kenapa kau selfish ek?"
"Baik Asahi pergi. Aku tak sanggup tengok jasad dia cuba bertahan padahal roh tiada."
Yoshi tersenyum tawar seraya meleraikan pegangan tangan Jihoon. Dia masuk ke dalam rumah meninggalkan Jihoon yang terpinga-pinga.
"Yah Jaehyuk-shi! Jomlah main masak-masak dengan aku."
Jihoon menoleh memandang Mashiho yang sedang menarik tangan Jaehyuk. Yeah, Jaehyuk sudah lain. Dia lebih banyak termenung dan diam saja.
Itu yang membuatkan Jihoon sebak.
Sakitnya rasa kehilangan kawan.
✦ 𝓣𝓻𝓮𝓪𝓼𝓾𝓻𝓮¹² ✦
"Kau tak ada apa-apa yang mahu kata dekat aku?" Soal Yedam sambil menyilang tangan. Dia melihat Yoshi yang baring di atas katil tapi membelakangi nya.
Yedam nampak terhinjut-hinjut bahu Yoshi. Pasti dia sedang menangis.
"Yoshi..."
"Pergilah, kau dah dapat apa yang kau nak."
"Tapi itu bukan yang dia nak."
Yoshi terdiam seketika. Dia menyeka sisa air matanya sebelum duduk menghadap dinding. Yedam berdiri di belakangnya.
Yoshi mengerling sekilas ke arah jam di tangannya. Tanpa memandang Yedam, dia terus bangun untuk bersiap.
Yedam terkilan dengan kelakuan Yoshi. "K-kau nak pergi mana?" Soalnya.
"Hospital. Doktor akan hentikan alat bantuan pernafasan Asahi malam ni jika dia masih tidak sedarkan diri. Kami dah tak ada duit untuk tanggung kos rawatannya."
"Ouhh..."
Yoshi tersenyum sinis kemudian berdiri di hadapan pintu biliknya. Dia memegang tombol pintu.
"Asahi bukan kawan kau saja. Bukan kawan Jaehyuk. Dia kawan kita. Takde sesiapa berhak kongkong dia. Kawan takkan buat macam tu." Yoshi memulas tombol pintu dan keluar dari situ.
Yedam berdiri ditengah-tengah bilik Yoshi. Dia meraup wajah berkali-kali. Fikirkan Yoshi mahu berbincang dengannya. Dia dengar perbualan mereka di gladiator.
Itu dia muncul.
"Aaaa aku benci diri aku sendiri." Yedam menghilangkan diri dalam kepulan asap. Dia mahu pergi ke hospital juga.
Ingatkan dia boleh buat kawan dia bahagia apabila pergaduhan sudah tamat. Tak sangka, dia silap.
YOU ARE READING
i, alive. ✓
Horror❝ kita sahabat sampai mati dan kita akan mati bersama . ❞ horrorcom treasure fanfiction written melonsy- ©2020 ⛓️ trigger warnings : bromance and language.