ꗃ 04 + kali terakhir, sorry

1.4K 255 110
                                    

Jeongwoo memerhati dari jauh Haruto yang duduk termenung di gazebo sebelum memandang Junghwan semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeongwoo memerhati dari jauh Haruto yang duduk termenung di gazebo sebelum memandang Junghwan semula. Wajahnya tampak resah.

"Kena pergi ke wey?" Soal Jeongwoo kepada Junghwan. Dia mengangguk.

"Sebab kenalah aku tarik kau ke sini. Takpe, aku janji. Ni last aku tarik kau untuk minta maaf dengan Haruto." Junghwan mengeluarkan jari kelingkingnya sambil dirapatkan ke muka lalu bibir dijauhkan.

Jeongwoo mengangkat sebelah keningnya. "Keep your promise. Baiklah. Doakan aku berjaya." Ujarnya penuh semangat.

Junghwan menepuk bahu Jeongwoo berkali-kali bagi memberi lebih tenaga kepada kawannya itu. Jeongwoo menghayun kaki menuju ke gazebo.

"Haruto." Panggilnya tapi tidak diendahkan oleh Haruto. Haruto menongkat dagu membelakangi Jeongwoo.

Keluhan berat dilepaskan.

"Haruto... buat ke-112 kalinya. Aku nak minta maaf. Tolonglah maafkan aku. Kau buat aku tertekan..." Jeongwoo merendahkan suaranya. Haruto masih tidak menoleh.

"Tch, minta maaf pun berkira. Hebat kau ni." Sindir Haruto.

"Bukan ke hyung-hyung kata jangan dekat dengan aku? Nanti kau lagi tertekan, kan? Berambuslah." Kasar percakapan Haruto. Tiada langsung rasa simpati terselit dalam ayat tersebut.

Jeongwoo menggigit bibir. "Mmm... hyung-hyung memang tak bagi aku dekat dengan kau. Tapi yang maknae suruh aku cakap dengan kau."

Haruto pusingkan badannya memandang Jeongwoo yang sedang menunduk kemudian mengalihkan pandangan melihat tingkap rumah di belakangnya.

Junghwan sedang terintai-intai di sebalik langsir. Siaplah budak ni nampaknya.

"Pergilah Jeongwoo. Aku dah bagi amaran. Aku tak nak sakitkan kau."

Jeongwoo menahan geram. "Cuba kau bagitahu. Besar sangat ke salah aku malam tu? Bukan aku yang bunuh Yedam. Dia kemalangan dilanggar lori-"

"Dia takkan kemalangan kalau kau tak jalan macam pondan tengah-tengah jalan tu! Tu pun tak sedar lagi?"

Jeongwoo terdiam. Ada benar juga kata Haruto. Itu alasan paling kukuh untuk mengatakan kematian Yedam ialah salahnya.

"Diam sudah. Terasa ke? Kenapa tak balas? Tolonglah Jeongwoo pergilah. Kau nak apa lagi? Maaf. Ya Jeongwoo, aku minta maaf dan aku maafkan kau. Puas? Sila pergi. Aku tak nak tengok muka kau dah, please."

Jeongwoo menahan air matanya dari mengalir tetapi esakan kecil mula terbit dibibirnya. Dia cuba mengukir senyuman yang paling manis buat Haruto.

"Ya, a-aku dah puas- hiks. Hari ini hari terakhir kau nampak aku kat sini. Esok, kau takkan nampak dah..."

"Just go." Haruto menghalau Jeongwoo dari situ. Dengan hati yang berat, dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Junghwan segera mendapatkan Jeongwoo lalu membawanya ke dalam dakapan. Dia dengar segalanya.

✦ 𝓣𝓻𝓮𝓪𝓼𝓾𝓻𝓮¹² ✦

Flashback Yoshi

"Y-Yedam?"

"That's right." Yoshi dengan berhati-hati berdiri. Terketar-ketar lututnya untuk seimbangkan badannya sendiri melihat Yedam dalam keadaan yang menyeramkan.

Pucat wajah milik Yedam dihiasi dengan urat-urat bewarna biru timbul. Bibirnya merah seperti darah. Matanya berwarna putih tiada langsung iris berwarna hitam. Tubuhnya mengenakan hoodie kuning yang berlumuran darah.

"K-kau na-nak a-apa?" Gugup Yoshi menuturkan kata-kata membuatkan Yedam tertawa kecil.

"Jom." Ajak Yedam sambil menghulurkan tangannya. Yoshi memandang lama tangan Yedam dengan tanda tanya. "Pergi mana?"

"Ikut aku."

"M-maksud kau?" Ish, janganlah gugup. Dia tidak menyambut huluran tangan itu.

Senyuman yang terukir di wajah Yedam perlahan-lahan pudar. "Kau tak kawan aku dah ke? Tak rindu aku?" Soalan Yedam membuatkan Yoshi tersentak pantas menggeleng.

"Mana ada. A-aku rindu kau."

"Jadi? Kenapa kau ada perasaan was-was dengan aku?"

"Kau nak bawa aku pergi ke mana?"

Mereka berdua membalas pandangan antara satu sama lain. "Aku nak bawa kau ikut aku."

"Maksud kau... mati dengan kau?" Terbeliak mata Yoshi apabila melihat Yedam mengangguk. "Woah... No, thank you. Aku tak berminat." Tolak Yoshi.

"Kau dah janji."

"Aku janji ap-"

"Kita kawan sampai mati. Sekarang aku tuntut janji tu." Ujar Yedam. Suaranya bertukar jadi lebih garau dan menyeramkan. Meremang bulu roma Yoshi.

"We are still young. Sanggup kau nak tengok kami mati?"

"Aku hanya menuntut janji untuk dibawa bersama." Yedam menunduk. Suaranya bertukar seperti biasa semula. "Kalau kau tak mahu ikut. Aku bawa yang lain dulu." Sambungnya lalu hilang dari pandangan.

"Andwae..." Gumamnya perlahan.

Tiba-tiba Hyunsuk keluar dari tandas. "Kau sembang ngan sape? Cakap sorang-sorang eh?" Sapanya sambil membetulkan seluar.

"Jom sambung tidur. Kau ngantuk sangat ni. Mengigau HAHAHAHA." Dia tergelak melihat Yoshi yang tersengih lalu mereka naik ke bilik.

End Flashback Yoshi

Yoshi meraup wajahnya berkali-kali. Perasaan menyesal mula menyelubungi dirinya. Dia tak sangka, sekecil-kecil janji biasa tu. Ada banyak makna dan isi tersirat di dalamnya.

 Ada banyak makna dan isi tersirat di dalamnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
i, alive.  ✓Where stories live. Discover now