Suasana di ruang tamu tadi yang cerah kini menjadi gelap gelita. Jihoon, Junkyu, Mashiho, Jaehyuk, Junghwan, Asahi, Doyoung dan Haruto duduk bersila dalam satu bulatan di tengah-tengah ruang tamu.
Cuma ada cahaya dari lima batang lilin di tengah bulatan mengelilingi papan Ouija itu.
"Hwan. Kau tau ke macam mana nak panggil 'dia'?" Soal Doyoung sambil menilik planchette yang berada ditangannya.
Junghwan merampas planchette itu. "Mestilah aku tahu. Internet kan ada. Kau kuno ke hyung?" Dia tersengih sumbing.
Jihoon menepuk dahi mendengar jawapan Junghwan. "Bro, kalau tak jadi macam mana?" Soal Jihoon dengan nada yang risau. Bulu romanya sudah meremang.
"Hmm.. betul juga cakap Jihoon hyung. Kalau kita salah main. Nanti benda tu akan ikut kita." Jaehyuk menyokong Jihoon.
Mashiho smirk. "Alah, kita nak panggil Yedam kan? Elok lah tu nanti dia duduk dengan kita lagi-"
"Mulut celupar eh kau!" Jihoon membaling kusyen bantal pada Mashiho. Mashiho baru hendak menjerit kerana bantal yang dibaling Jihoon hampir terkena lilin.
Kalau terbakar macam mana? Tak pasal-pasal Yoshi dengan Hyunsuk kena patah balik pergi ke tanah perkuburan sebab mereka mati dalam kebakaran.
Asahi tiba-tiba tergelak sendirian. Jihoon, Mashiho dan Haruto sudah menjauhi Asahi. Junkyu dan Jaehyuk merapatinya.
Dup dap dup dap
Berdebar debar Junkyu melihat Asahi yang menunduk tapi masih ketawa. "A-Asahi. K-kau dah k-kenapa?" Gagapnya.
Jaehyuk cuma menggeleng. Dia dah agak si Asahi ni kena sawan. Dia menepuk belakang kepala Asahi.
"Kau ni, kalau cerah nak bahan gelak camtu tak pelah, kau ni tak kena dengan situasi betul. Kesian Jihoon hyung takut. "
Asahi mengangkat kepala memandang Jihoon. "Lah.. kenapa takut? Aku gelak sebab Jaehyuk ni penakut. Tak sangka Jihoon hyung pun nak join digelakkan sekali." Asahi tertawakan Jihoon.
Jihoon pout. "Kau kurang ajar eh?"
"Brensek punya Asahi. Ingatkan apelah tadi."
"Ingat aku kena rasuk ke? HAHAHAHAHA"
Habis mengalir air mata Asahi. Geli hatinya melihat gelagat kawan-kawannya ini.
"Ish dahlah. Jomlah main. Cepat main, cepat habis. Karang Hyunsuk hyung dan Yoshi hyung datang, tak makan kita esok."
"Nae, nae. Ppaliwa, hold my hand." Junghwan memegang tangan Haruto. Laju Haruto menepis.
Dia kebingungan melihat Haruto. Tadi dia ni yang beria-ria. Junghwan mengangkat keningnya. "Kenapa?"
"Aku tengok dalam TV , semua tangan kena letak dekat planchette ni."
Doyoung menunjal kepala Haruto.
"Apa ke bengap sangat kamu ni? Tu TV la. Ni realiti. Kalau semua letak tangan kat sini, macam mana kita nak baca huruf-huruf tu, bijak." Doyoung kemudian menggoncang tubuh anak Watanabe.
Haruto mencebik tapi dia tak terasa pun dengan perangai Doyoung. Biasalah perangai Doyoung diam diam menghanat.
"Aku betul, kau salah. Sinilah pegang tangan sayang."
Junghwan menghulurkan tangan. "Erk." Perlahan-lahan disambut Haruto.
"Semua dah ready en? Peraturan game ni, jangan bising. Nanti roh tu takut nak datang."
"Yedam?"
Junghwan mengangguk. Dia menghela nafas sebelum membaca mantera. Gementar rasanya.
"Wahai semangat roh, adakah ada roh disekitar kami yang ingin menjawab soalan kami?"
Semua mata tertumpu pada planchette itu. Malangnya, tiada apa yang berlaku. Junghwan mengerutkan dahinya.
Sombong betul Yedam ni.
"Wahai semangat roh, adakah ada roh yang ingin menjawab soalan kami?" Suara Junghwan sedikit keras apabila dia ulang ayat itu buat kali kedua.
"Hwan, mantera kau salah ke?" Soal Junkyu.
Junghwan menjongketkan bahunya. "Macam mana tak jadi ni..." Gumamnya perlahan. Jaehyuk mengusap belakang Junghwan. Dia tahu Junghwan hanya mahu menolong.
"Dahlah tu Junghwan. Syirik semua ni. Panggil syaitan bagai."
"Last je, bagi aku try." Pinta Junghwan. Dia menatap lama wajah hyung-hyung nya. Semua membisu.
"Jebal.."
"Nae." Jawab Junkyu. Jihoon memukul pehanya. "Kau memang gila eh?" Junkyu mengangguk.
"Yeay! Gomawo koala hyung." Mereka pegang tangan antara satu sama lain semula.
"Wahai semangat roh, adakah roh yang mahu menjawab soalan kami?" Ucap Junghwan dengan penuh harapan.
Tiba-tiba planchette itu bergerak ke perkataan 'yes'. Bulat mata semua orang melihat perkara yang baru terjadi itu. Junghwan tersenyum gembira.
"Junkyu hyung." Panggil Junghwan. Junkyu memandangnya. "Tanyalah."
"Hah? Aku?" Junghwan mengangguk.
"Emm... W-wahai roh. Kami sedang bercakap dengan siapa?"
Planchette itu bergerak ke huruf-huruf abjad.
"Y"
"E"
"D"
"A"
"M"
Haruto menekup mulutnya seperti tidak percaya. Ini kali pertama dia main permainan memuja roh.
Semakin takut Junkyu apabila Jihoon menggeletar kuat disebelahnya. Pegangan tangan semakin erat.
"Y-Yedam. K-kenapa kau kembali?" Soalan kedua diutarakan oleh Jihoon.
Mula-mula papan Ouija itu bergoncang lalu berhenti. Kedua kening Jihoon bercantum. Pelik.
Perlahan-lahan planchette itu bergerak.
D E M A N D I N G
"Menuntut? Dia nak tuntut apa? Ilmu hitam Junghwan ke? Ke.. janji?"
Semua hanya mengangkat bahu. Tak tahu apa yang perlu dikatakan.
Tok! Tok! Tok!
YOU ARE READING
i, alive. ✓
Horror❝ kita sahabat sampai mati dan kita akan mati bersama . ❞ horrorcom treasure fanfiction written melonsy- ©2020 ⛓️ trigger warnings : bromance and language.