Mashiho mencelikkan matanya. Dia melihat keadaan sekeliling sebelum pandangannya jatuh pada Jihoon yang baring disebelahnya.
Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. "Macam mana aku boleh ada dekat dalam bilik sendiri ni? Bukan ke... Aku ikut dorang jumpa bomoh..." Monolognya sendirian.
Mashiho menarik-narik bajunya supaya angin masuk. Tiba-tiba bilik ni rasa panas. Dia melihat Jihoon seketika.
Lantas dia menolak badan Jihoon jatuh ke bawah. Terkebil-kebil Jihoon terjaga lalu mengangkat kepala melihat Mashiho yang buat muka innocent.
"Ape masalah kau? Penat-penat aku heret kau balik rumah, macam ni kau balas kat aku? Dasar kawan tak kenang budi." Omel Jihoon kemudian berdiri.
Mashiho menutup telinga menggunakan bantal busuknya. Posisi baringnya membelakangi Jihoon.
Jihoon mengetap bibir. Ade juga yang kene hempuk ni.
"Mashiho, jom main badminton." Ajaknya. Mashiho pusingkan badannya memandang Jihoon. Lalu memejamkan mata. Tengah hari buta ni jugak lah nak ajak main badminton.
"Taknak." Tolak Mashiho. Jihoon mencebik. Dia mendekati Mashiho dan menarik tangannya.
"Jomlah. Kajja!"
"Badminton tak elok lah untuk kesihatan!" Jawab Mashiho. Jihoon menghentikan perbuatannya tadi kemudian memaksa sel-sel otak supaya berhubung.
Macam mana nak berfikir. Ini bukan badannya. Haih, antara dilema roh yang asyik bertukar badan.
"Kenapa tak elok? Apa masalah kau ni?" Soal Jihoon. Rasa ringan je tangan nak betulkan pula sel-sel otak Shiho ni.
Mashiho tersengih sebelum bersila di atas katil menghadap Jihoon. "Kalau dia elok, mesti nama dia goodminton bukan badminton haa- woi sakit syaiton!"
Jihoon menghempuk kepala Mashiho menggunakan album 'Blackpink The Album' yang ada di atas meja belajar Mashiho.
"Haa rasakan. Main badminton senaman kot. Kau dah la gemuk- eh terjujur. Kau dah la boroi."
"Kurang ajar. Aku selalu dance kot. Kalau ye pun, aku pun tak sanggup nak tengok cermin time menari sebab perut aku ikut bergoyang sekali." Ujar Mashiho.
Yedam- alamak no no.
Jihoon mengukir senyuman. Ade juga yang kene ketuk lagi sekali ni. Tiba-tiba satu idea bernas muncul dari kepala otaknya.
Tak sempat dia nak ajak Mashiho ke suatu tempat, tubuhnya di tolak sehingga merempuh dinding. Jihoon mengerang kesakitan.
"Berhentilah Yedam." Ujar Jaehyuk sambil melihat Yedam di dalam badan Jihoon. Dia mengukir senyuman sinis. Jihoon merentap pergelangan tangan Jaehyuk dan tarikhnya keluar dari bilik Mashiho.
"YAH!"
"Okey, kalau kau nak aku berhenti. Kau jawab soalan bahasa English aku dulu." Ujar Jihoon ( Yedam ). Lantas kepala Jaehyuk mengangguk.
"Kalau aku salah?"
"Kau jangan kacau aku dan Asahi akan ikut aku. Kalau kau betul. Aku akan stop, dan roh korang akan pulang je jasad masing-masing. Deal?"
"Baiklah." Nampaknya, nasib kawan-kawannya terletak di tangannya.
Jihoon mahu saja hamburkan tawanya melihat keyakinan Jaehyuk. Dia takkan berjaya punya.
"Soalan paling mudah. Dalam adverb, small jadi smaller dan big jadi bigger. Kalau perkataan far?" Jihoon mengajukan soalan.
Jaehyuk menggaru kepala seketika sebelum membuka mulut untuk menjawab. "Farther." Jawabnya.
Jihoon menggeleng perlahan. Walaupun pada hakikat, jawapan Jaehyuk memang betul. Tapi, ada dia kesah?
"Salah. Jawapannya, farker (fcker). Oh, Jaehyuk-shi, why you so farker? Annyeong."
Jihoon menolak roh Jaehyuk jatuh dari tingkat dua ke bawah. Roh itu hilang dalam kepulan asap.
Dia mengibas-ngibas tangannya. Sekarang, tiada siapa boleh mengganggu nya. Jihoon memulas tombol pintu. Kepalanya menjenguk melihat Mashiho yang turut memandang pintu.
"Jom dance. Aku cabar kau yang kau boleh buat terbaik dari aku." Mashiho tersenyum. Ini dia mahu dengar. Laju saja Mashiho berdiri dan mendekati pintu.
YOU ARE READING
i, alive. ✓
Horror❝ kita sahabat sampai mati dan kita akan mati bersama . ❞ horrorcom treasure fanfiction written melonsy- ©2020 ⛓️ trigger warnings : bromance and language.