"Senangnya dalam hati~ ohoi." Nyanyi roh Junghwan sambil baring di atas lantai bilik Yoshi. Yoshi pula sedang lena diulit mimpi.
"Emm... Boring nya. Jeongwoo bukan nak teman ngan aku. Asyik berkepit dengan Ruto tu je. Aku pun nak kasih sayang." Monolog Junghwan seorang diri. Panasnya hati bila dia tak dapat perhatian dari kawan-kawannya.
Dia bangun dari pembaringan kemudian berlalu ke ruang tamu. Junghwan ternampak Asahi dan Jaehyuk sedang belajar.
"Tak salahkan kalau aku curi-curi dengar? Huehue."
Roh Junghwan berjalan mendekati meja bulat yang berada di sebelah tangga. Tempat di mana Asahi dan Jaehyuk duduk. Dia berdiri di belakang antara mereka berdua.
Jaehyuk menyiku Asahi. "Weh Sahi."
"Ape?"
"Kau pandai ayat-ayat menyentap perasaan ni kan?" Soal Jaehyuk. Dia masih menulis sesuatu dalam bukunya. Asahi mengangkat kepala.
"Boleh la. Kenapa?" Asahi menyilang tangan.
"Kalau orang ejek kita single kena buat ape ek?" Asahi meraup wajahnya berkali-kali sebelum memandang Jaehyuk semula.
Dia menghela nafas. "Kau single ke?" Soalnya. Lantas Jaehyuk mengangguk.
"Tak perlulah kau kesahkan apa yang dorang kata..." Ujar Asahi tenang. Junghwan yang menyaksikan perkara itu sudah terguling guling di lantai.
"Benda tu tak penting. Nanti jadi macam Hyunsuk hyung. Kesian dia."
"Tapi-" Jaehyuk mahu membangkang.
"... Kau kan ada aku. Single tu untuk orang yang keseorangan. Sekarang kau seorang ke? Kau ada aku kan?" Kata-kata Asahi membuatkan Jaehyuk mati kata. Begitu juga Junghwan.
Jaehyuk mengangguk perlahan.
Asahi mengukir senyuman padanya lalu sambung melukis. Dia bukan ada kerja pun. Saja teman Jaehyuk buat kerja.
Tiba-tiba Jaehyuk meletakkan pen nya. Dia pusing melihat Asahi. Junghwan pula masih fokus memerhati mereka.
Asahi yang perasan Jaehyuk melihatnya hanya membiarkan saja.
"Kau nak apa?"
"Weh, kalau aku kata I love you. Boleh cakap balik?"
Asahi tersengih sebelum mengangguk.
"Hmm... I love you." Ucap Jaehyuk kemudian tersimpul malu.
"Balik." Balas Asahi sepatah. Dia terus bangun dan beredar dari situ dengan kertas lukisannya naik ke tingkat atas.
Jaehyuk memejamkan matanya.
"KAU FIKIR LAWAK KE ✨BOW DOUGH✨?! YAHH ASAHI! KAU TURUN SEKARANG! KITA CLASH!" Jerit Jaehyuk dari bawah sambil menghentak kaki berkali-kali.
Tiba-tiba Junkyu lalu di situ sambil memegang segelas air kosong. Dia melemparkan pandangan annoying pada Jaehyuk. Jaehyuk memberhentikan perbuatannya.
"Hehe annyeong hyung. Bawa apa tu?" Jaehyuk tersengih.
Junghwan facepalm. "Apela ke bodoh sangat Jaehyuk hyung ni? Dah tahu dia pegang segelas air. Pergi tanya juga. Memang satgi kena maki dengan dia."
Junkyu memandang gelas di tangannya. Dia melihat Jaehyuk kembali.
"Takde faedah aku nak jawab soalan kau."
"Hah?"
"Jae. Hyung nak pesan. Simpan bodoh tu elok-elok. Jangan biarkan ia merayau. Nanti tak pasal-pasal kena tibai. Kau dah nampak aku bawak gelas, boleh tanya lagi."
Jaehyuk tersengih.
✦ 𝓣𝓻𝓮𝓪𝓼𝓾𝓻𝓮¹² ✦
"AKU NAK MASUK!" Junghwan ( Doyoung ) menyerabutkan rambutnya. Apa masalah hyung nak halang dia masuk bilik kawan baik sendiri?
Tiba-tiba Doyoung ( Yedam ) memulas tombol pintu bilik Hyunsuk dan masuk ke dalam bilik itu. Jihoon langsung tak menghalangnya.
"Yedam... YEDAM! Hyung, tu Yedam hyung!" Junghwan menunjuk ke arah pintu bilik. Jihoon mengerutkan dahi.
"Kau mengarut apa ni?"
"Betul tad-"
"Sudahlah wey. Kau ni sama macam Doyoung. Suka mengarut." Doyoung tersentak.
Doyoung senyap seketika sebelum perlahan-lahan duduk memeluk lutut sambil sandar pada dinding bersebelahan pintu bilik Hyunsuk.
"Junghwan.. kau-"
"Aku bukan Junghwan! Aku Doyoung! Aku selalu tertanya-tanya. Kenapa susah sangat manusia dalam dunia ni nak percaya aku?" Emosi Junghwan sudah tidak stabil membuatkan Jihoon mati kata.
"Doyoung buat segalanya. Aku buat segalanya termasuk jadi bodoh supaya hyung-hyung beri perhatian pada aku!
Tapi apa yang aku dapat?
Hyung bahan aku. Aku- hiks. Kenapa... Junghwan buat apapun boleh jadi perhatian. Doyoung? KENAPA DIA NI JUGAK DAPAT PERHATIAN!!!" Bentak 'Junghwan' kegeraman dengan muka yang merah. Dia menangis.
Dia memukul tubuhnya sendiri berkali-kali sehingga bahagian kepala. Kemudian di hentak pada dinding.
Jihoon terus memeluk Junghwan lalu diusap belakang kepalanya.
"D-Doyoung-ah. Aku... Aku tak tahu pun kau rasa macam tu..." Junghwan mengelap air matanya dengan lengan baju.
Junghwan menolak tubuh Jihoon perlahan dari terus memujuknya. Dia tak mahu meraih simpati orang.
Dia menggeleng. Nak buat macam mana en? Nasi dah jadi bubur.
"Mianhae hyung. Doyoung jerit kat hyung." Ucap Junghwan. Jihoon memeluknya semula.
"Tak mengapa. Kau berhak mempersoalkan perasaan kau terhadap orang. Lepas ni, jangan pendam apa-apa tau. Aku tak nak kau tahan sakit ni sorang-sorang." Ujar Jihoon.
"Sudah. Senyumlah. Tak comel kalau kau sedih ni. Mana Doyoung yang happy go lucky ni?" Pujuk Jihoon lalu mengusap belakang Junghwan. Junghwan membalas pelukannya.
Tak lama kemudian, mereka berdua suara jeritan dari dalam bilik Hyunsuk.
"YAHH HYUNSUK! IREONNA!"
entahlah.. aku rasa ni mungkin last update, atau satu lagi chap sebelum aku balik asrama... :')
YOU ARE READING
i, alive. ✓
Korku❝ kita sahabat sampai mati dan kita akan mati bersama . ❞ horrorcom treasure fanfiction written melonsy- ©2020 ⛓️ trigger warnings : bromance and language.