ꗃ 13 + hyunsuk dan doyoung

1.1K 185 54
                                    

Hyunsuk membuang pandangan keluar jendela

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hyunsuk membuang pandangan keluar jendela. Bayu malam menampar lembut pipinya. Telefon yang berada dalam genggaman Hyunsuk dikuatkan lagi.

Dia duduk di birai depan katil berhadapan dengan dinding. Dia mengetap bibir. Air mata cuba ditahan dari tumpah.

Hyunsuk menatap skrin telefon yang memaparkan sebuah video dari Instagram. Video yang memalukannya. Semua ni dirancang oleh teman wanitanya, Myunrin.

"Sampai hati kau buat aku macam ni..." Gumam Hyunsuk dengan suara yang serak. Memori pagi tadi bermain di fikirannya.

Myunrin menolak cintanya kemudian menyimbah air sirap selasih atas kepalanya lalu membuka tentang keburukannya.

Dia membaling iphone 5s pada dinding. Malangnya, telefon itu tidak berkecai tapi terpelanting semula mengena dahinya.

"Aduh! Hiks, sampai ke telefon nak benci aku. Tak guna." Hyunsuk mengusap dahinya. Habis benjol.

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar. Dia nampak susuk Doyoung sedang menutup pintu lalu berjalan mendekatinya.

Hyunsuk tahu tu bukan Doyoung. Bulu romanya menegak. Dia mengensot atas katil ke belakang perlahan-lahan.

Doyoung ( Yedam ) berhenti kemudian mengerutkan dahi tanda hairan. Kemudian senyum padanya.

"Dah tahu, ya?"

"K-kau na-k apa se-tan?" Terketar-ketar mulut Hyunsuk bertanya. Dahlah bilik tengah gelap. Pastu, hantu Yedam menyamar menjadi Doyoung masuk ke dalam biliknya, mahu membunuhnya.

MANA TAK KECUT.

Doyoung melangkah mendekati Hyunsuk yang berselubung dengan selimut. Perlahan-lahan selimut itu di tarik oleh Doyoung sebelum dilemparkan ke bawah.

Hyunsuk memeluk lutut dan menutup wajahnya. Hakikat perasaannya sekarang, dia mahu menangis.

Doyoung mengelus lembut rambut Hyunsuk. "Janganlah takut. Anggap saja aku macam Doyoung." Ujar Doyoung dengan suara yang garau.

"Jangan kacau aku... Eomma..." Pinta Hyunsuk. Dia menangis ketakutan. Doyoung melepaskan keluhan.

"Aku tak nak kacau kau pun. Aku nak bawa kau pergi ke satu tempat." Hyunsuk mengangkat muka memandang wajah Doyoung.

Takkan wajah macam itu nak menipunya.

Hyunsuk duduk bersila. Dia menghulurkan tangannya pada Doyoung. Kalini, dia terpaksa serah diri. Dia tak sanggup nak hadap dunia yang kejam ni.

Yedam keluar dari jasad Doyoung. Dia duduk bersila di hadapan Hyunsuk. Dia memandang kedua mata kuyu Hyunsuk sebelum mengusap belakang badannya.

"Dah lah. You deserve the world. And she will deserve a curse." Kata-kata Yedam membuatkan Hyunsuk tersenyum nipis.

"Jom."

"Kau baik, tapi kenapa kau buat semua ni?"

Yedam berdiri. Dia mengukir senyuman pada Hyunsuk. "Nanti kau taulah." Yedam mencapai tangan Hyunsuk kemudian menariknya.

Roh Hyunsuk terkeluar dari jasadnya yang sudah terbaring tidak bernyawa. Yedam masuk semula dalam tubuh Doyoung.

Dengan langkah yang lemah dia merapati jasad Hyunsuk di atas katil. Dia tak mahu orang lain rasa sakit. Baik mereka mati sepertinya.

Tanpa sedar air mata Doyoung ( Yedam ) mengalir di pipi. "Perempuan tu patut mati juga." Monolog Doyoung perlahan.

Dia cepat-cepat lap air mata tadi lalu memangku kepala Hyunsuk. Dia tak boleh biarkan orang syak dia yang buat.

"YAH HYUNSUK IRREONA!!!"

✦ 𝓣𝓻𝓮𝓪𝓼𝓾𝓻𝓮¹² ✦

Junghwan merempuh pintu bilik Hyunsuk. Dia terpaku apabila nampak Hyunsuk sudah baring di atas pangku Doyoung.

"KAU BUNUH DIA!"

"Kau senyap boleh tak?!" Tengking Doyoung pada Junghwan dengan muka yang sembab. Dia menangis ke?

"Yedam... Kau menangis ke?" Doyoung tundukkan kepalanya. Junghwan memegang kedua pipi Doyoung iaitu jasadnya. Rasa macam awkward pula.

"Jangan menangis-"

"Dan kau janganlah judge aku." Sampuknya terlebih dahulu sebelum Junghwan menghabiskan ayatnya.

Junghwan menghadiahkan senyuman lalu mengangguk. "Baiklah!"

Doyoung mengangguk kemudian memanjangkan lehernya mengintai belakang Junghwan. Cantik, pintu tertutup.

"Aku nak tangan kau." Pinta Doyoung. Junghwan mengerutkan dahinya.

"Kau nak buat ape?"

"Aku nak settlekan masalah kau dengan tuan jasad ni. Lagipun, kau mesti nak jasad kau semula kan?" Laju kepala Junghwan mengangguk.

Tangan dihulurkan kepada Doyoung. Doyoung sedaya upaya sorokkan senyuman sinisnya. Dia mengetap bibir.

Doyoung memegang tangan Junghwan.

"Aku nak kau jumpa Junghwan. Dan luahkan perasaan kau kat dia. Lagi satu... Aku akan kembalikan roh kau ke jasad semula bila tugas aku selesai."

"Sekejap-"

Terlambat.

Doyoung terlebih dahulu menarik tangan Junghwan. Roh Doyoung keluar dari jasad Junghwan.

Yedam juga keluar dari jasad Doyoung dan berpindah semula ke jasad Junghwan.

Yedam juga keluar dari jasad Doyoung dan berpindah semula ke jasad Junghwan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
i, alive.  ✓Where stories live. Discover now