"Yoshi~~"
"Pstt Yoshi~~"
Yoshi terjaga dari tidurnya akibat bisikkan yang memanggil namanya. Siapa pula yang kacaunya pagi-pagi buta ni?
Dia menenyeh matanya sebelum mengalih pandangan memandang seseorang yang duduk di birai katilnya. Gelap.
Yoshi tak nampak siapa yang mengejutnya. Lantas dia mencapai jam di atas meja bersebelahan katilnya.
4.04am.
Mok hang. Awal lagi. Kalau orang itu mahu ajaknya ke tandas memang minta santau. Orang dahlah mengantuk main bantal dengan Hyunsuk semalam...
Eh, Hyunsuk.
"Weh, teman aku pergi tandas. Tak tahan dah ni." Hyunsuk tersengih sambil tangannya menarik ibu jari kaki Yoshi.
"Mengantuklah! Pergilah sorang-sorang. Hantu pun tak hamaklah nak geget kau yang kecik tu." Yoshi menarik selimut sehingga menutup kepala. Dahlah kejut orang main bisik-bisik. Buat dia takut saja.
Hyunsuk berdecit. Dia mencapai tangan Yoshi memaksanya untuk bangun. Dia dah tak tahan, boleh pula Yoshi buat drama.
"Alaaaaa..." Yoshi mengeluh tapi dia tetap bangun kerana ditarik oleh Hyunsuk. "Bukan ada benda pun kau ni."
"Teman jelah. Kalau jadi apa-apa kat aku. Tak ke kau yang susah." Yoshi mendiamkan diri. Apa kena mengena pula dengan dia? Malas pula dia nak melayan. Ada saja yang dibalas balik.
Hyunsuk menarik tangan Yoshi sehingga ke tandas yang berada di dapur kerana bilik Yoshi tiada tandas. Bilik lain ada, tapi mereka kunci pintu.
"Dah dah. Pergilah cepat." Ujar Yoshi dengan mata yang tertutup. Hyunsuk tercuit melihat perangai Yoshi pagi-pagi buta ni.
"Tunggu tau. Tunggu. Kalau kau tak tunggu. Nanti dalam T-Map aku bagi challenge paling susah-"
"Paliwa!" Laju tangan Hyunsuk menutup pintu tandas apabila melihat Yoshi mendekatinya untuk mengunci pintu. Garangnya dia ni.
Sebuah keluhan meluncur keluar dari mulutnya. Dia penat berjaga sehingga pukul 3 pagi dodoikan si Hyunsuk tu. Sekarang temannya ke tandas pula, kurang dari sejam mereka terlena.
Yoshi berjalan menuju ke peti ais yang berada bertentangan dengan pintu tandas kemudian dibuka. Botol air mineral dicapai. Air mineral tadi diteguk.
"Woi." Panggil seseorang. Laju kepalanya menoleh melihat tandas. Hyunsuk masih belum keluar lagi. Bulu romanya meremang sambil memerhati segenap dapur.
"What the hell..."
"Kau mencarut?"
"HUWARGHHHHH!!!" Tubuh Yoshi jatuh terduduk ke lantai. Terkejut dia apabila terlihat susuk tubuh yang menegurnya tadi.
Dia memandang Yoshi dengan mata berwarna putih bersama senyuman dibibirnya. Rindu dengan manusia di hadapannya ini.
Berombak dada Yoshi. Nafasnya diatur semula. Bulat matanya merenung wajah dia. Rindu, takut, sedih. Itulah perasaannya sekarang.
"Jangan takut. Aku ni..."
"Y-Yedam?"
✦ 𝓣𝓻𝓮𝓪𝓼𝓾𝓻𝓮¹² ✦
Doyoung melaga sikunya dengan siku Mashiho. Mashiho menjelingnya kerana mushroom sup yang dicedoknya tumpah atas seluarnya.
"Kau nak apa sia?"
"Kenapa dengan Yoshi hyung?" Soal Doyoung sambil menjuihkan bibir ke arah Yoshi yang dari tadi menguis sup itu. Mashiho mengangkat bahu.
"I don't know duck-"
"Tolonglah tanya. Hyung kan tua. So, orang tua kena bicang dengan yang tua." Mashiho menarik nafas kemudian hembus. Sabar sajalah dengan budak ni.
"Kau nak kata aku tua lah ni?"
"Kenyataan. Sila terima. Beza setahun saja en dari Yoshi hyung? Aku dua tahun."
Mashiho memberikan jelingan buat kali kedua tapi tidal diendahkan oleh Doyoung. Dia mencapai tangan Yoshi lalu digenggam.
"Hyung okey? Makanan tu basi ke?"
"Basi apanya? Aku baru masak la hanat." Balas Hyunsuk. Mashiho tersengih kepada Hyunsuk yang sedang menyumpah seranahnya.
"Mianhae hyung. Patutlah sedap- uwerk. Aduh, aduh. Sakit perut pula tiba-tiba." Ujarnya kemudian terus berlalu ke tandas yang berada di dapur.
Kesemua mata memandang Hyunsuk. Terkebil-kebil dia dibuatnya.
"Ayok hyung. Mashi dah sakit perut." Jaehyuk memprovok Hyunsuk.
"Haahlah hyung. Alamak, Hwan pun dah rasa mual-mual lah." Tambah Junghwan tapi semua mengelakkannya.
"Kau mengandung ke bodo?" Asahi mentertawakan Junghwan. Teruk kesalahan tatabahasa dia ni.
Junghwan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hyunsuk paling galak menggelakkan Junghwan. "Tulah kau. Nak provok aku lagi. Tatabahasa pun salah!"
"Eh tapi betullah. Sup ni pelik sebab rasa masam je. Jenama sup apa kau pakai ni? "
"Kimbaling. Aku nampak tin sup ni dalam almari. Tak berusik pun dari awal tahun lepas."
"WHAT??" Bulat mata Junkyu sebelum memandang antara satu sama lain. Hyunsuk masih kebingungan.
"Doakan aku- aku cop tandas bilik Jaehyuk!" Berlari Junkyu naik ke tingkat atas menuju ke bilik Jaehyuk apabila perutnya tiba-tiba memulas.
"Hyung! Tandas akulah. Keluar sekarang!"
"Apalah ke pandai sangat kau ni pun Hyunsuk hyung? Baik hyung goreng ikan yang aku beli dua tahun lepas dalam peti ais tu." Perli Asahi sambil mencubit pipi Hyunsuk.
Hyunsuk mencebik. "Dahlah! Aku taknak dah masak. Merajuk cemni... Hiks."
YOU ARE READING
i, alive. ✓
Terror❝ kita sahabat sampai mati dan kita akan mati bersama . ❞ horrorcom treasure fanfiction written melonsy- ©2020 ⛓️ trigger warnings : bromance and language.