18 .

323 46 31
                                    

" Jihyo " Puan Park menegur seraya melabuhkan duduk disebelah menantunya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Jihyo "
Puan Park menegur seraya melabuhkan duduk disebelah menantunya itu . Sedari datang ke hospital Jihyo duduk menunggu di depan bilik bedah . Langsung tidak berganjak walaupun jam sudah menginjak ke pukul 10:00 pagi . Dari semalam dia tidak menjamah apa-apa makanan . Tidak kisah tidur ruang yang disediakan oleh pihak hospital bersama pelawat lain . " Appa ada belikan sup rumpai laut . Jihyo makan dulu ya " ujar Puan Park .

Jihyo toleh pandang Puan Park .
Kepala digeleng perlahan .
" Jihyo tak nak makan selagi tak tengok Jimin " balas Jihyo lirih . Tangan naik menyeka airmata yang terus menerus mengalir tanpa henti .

" Tak boleh macam ni .
Jihyo kena makan .
Nanti Jihyo sakit macam mana .
Jimin perlukan Jihyo untuk menjadi kekuatan dia . Kalau Jimin tahu Jihyo macam ni mesti dia sedih " Puan Park menasihati lembut . Dia turut risaukan Jihyo . Tidak mahu kesihatan Jihyo terganggu akibat permakanan yang tidak teratur .

" Annyeonghaseyo "

Jihyo dan Puan Park menoleh .
" Eomma , appa "
Jihyo terus berdiri dan meluru laju kearah kedua ibubapanya itu . Jihyo memeluk Puan Song sambil menangis . Tuan Song menepuk pelan bahu anaknya itu .

Puan Park berdiri dan mendekati mereka bertiga .
" Kamsahamninda , kerana sudi datang " ucap Puan Park . Terharu kerana keduanya tetap datang ke hospital walaupun macam-macam berlaku . Jihyo meleraikan pelukan .

" Kita berbesan .
Anak awak anak kami juga .
Walaupun Jimin tu menantu , tapi saya dengan suami sudah anggap serupa anak sendiri " ujar Puan Song seraya memegang tangan besannya itu .

" Betul tu .
Hari ni mungkin awak sekeluarga kena ujian . Mana tahu nanti giliran kami sekeluarga pula . Sebab kita hidup sentiasa akan ada ujian . Tidak boleh menongkat langit " sambung Tuan Song pula . Sebagai seorang manusia memang salah satu tugas kita berbuat kebaikan sesama manusia .

Dimana lagi kita berpijak kalau bukan bumi yang kita kongsi dengan seluruh manusia . Jadi buat apa meninggi diri andai kita berteduh dilangit yang sama . Kita manusia bagaikan satu keluarga . Yang susah dibantu , yang bahagia dikongsi . Kerana kita tidak selalu diatas . Jika mahu jatuh hanya dalam sepantas cahaya .

Terukir kecil senyuman dibibir Jihyo .
Merasa begitu bertuah mempunyai ibubapa sebaik kedua ibubapanya . Mereka akur dengan segala kepahitan hidup . Mereka mudah memaafkan dan senang mengasihani orang lain .

" Kejap ya .
Saya nak pergi tandas "
Puan Park meminta diri dan melangkah pergi .

" Eomma , oppa tak datang ? "

" Oppa cakap dia nak datang .
Tapi sekarang dia dekat pejabat ada mesyuarat " jawab Puan Park seraya mengosok pelan lengan anaknya itu .

" Dia datang terpaksa ke ? "
Tanya Jihyo dengan nada tertahan . Jauh disudut hati dia mahu Song Jae Chan datang . Tapi bukan kerana terpaksa . Biarlah dengan seikhlas hati.

𝙏𝙝𝙚 𝙒𝙞𝙣𝙙 𝘽𝙡𝙤𝙬𝙨 | 𝙅𝙄𝙈𝙄𝙉  ✔︎Where stories live. Discover now