12

375 52 53
                                    

Bunyi pecahan kaca bergema di dalam bilik milik Bong Sera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bunyi pecahan kaca bergema di dalam bilik milik Bong Sera . Berkecai gelas yang dibalingnya akibat terlampau marah apabila tahu akan hubungan baik antara Jimin dan Jihyo . Sungguh dia tidak mampu untuk menyembunyikan kemarahannya apabila mengetahui akan hal itu .

" Argh--- "
Bong Sera bertepik kuat dan menyelerakkan meja soleknya . Habis berterabur semua alat solek diatas meja tersebut . Berselerak diatas lantai bilik . " Song Jihyo--- tak guna ! " jerit Bong Sera kuat seraya melabuhkan duduk dibirai katil .

" Kau tu kotor .
Tak layak dengan Jimin "
Tekan Bong Sera sambil menyerabutkan rambutnya . " Aku tak akan biar korang bahagia " ujar Bong Sera . Telefon dia ambil dan menghantarkan sms kepada seseorang.

Setelah itu , Bong Sera bangun dan jalan berlenggang keluar dari bilik turun ke tingkat bawah . Sesekali dahi itu berkerut .s sedang memikirkan idea untuk memisahkan Jihyo dan juga Jimin .

Jiwanya meronta untuk mendapatkan Jimin . Bong Sera sudah terlanjur cinta akan Jimin dan tidak mampu berpatah balik . Sejak pertama kali bersua dia sudah cinta . Bong Sera seorang yang akan mendapatkan apa juga dan siapa jua yang dia sukai dengan apa cara sekalipun .

Bagi Bong Sera , Jimin adalah lelaki yang cukup tepat dengannya kerana Jimin memiliki segalanya . Harta benda , pangkat dan ketampanan semuanya ada pada Jimin . Pakej yang cukup lengkap akan membuatkan seluruh hidupnya bahagia .

Bong Sera meneguk segelas soju hingga habis . " Kalau tak mampu nak buat Jimin bencikan Jihyo , jadi aku akan buat Jihyo bencikan Jimin " ujar Bong Sera sambil senyum sinis . Akan merencana rancangan dengan penuh teliti .










" Jihyo--- "

Jihyo senyum .
" Nae , eomma "
Langkah diatur menghampiri Puan Park yang sedang membuat daun-daun kering di dalam pasu bunga . " Tak pergi sekali dengan Jimin ke ? " tanya Puan Park seraya bangun dari mencangkung .

" Tak , dia dah pergi dah sebab pagi ni dia ada jumpa klien dekat luar .
Jihyo seharian dekat pejabat "

" Oh , okay---
Jihyo hati-hati drive " pesanan Puan Park diangguk oleh Jihyo . Dia masuk kedalam kereta .

Sudah tiga hari , Jihyo tinggal di teratak indah keluarga Park . Diatas kehendak Puan Park yang mahu tinggal serumah dengan Jihyo bertujuan merapatkan hubungan keduanya yang renggang sebelum ini . Jihyo menurut sahaja kerana dia tidak berdendam walau bagaimana sikap mentuanya itu terhadapnya sebelum ini .

Jihyo menerima Puan Park dengan sepenuh hati . Dia tidak menyimpan marah sedikitpun .


Sampai di tempat parking , Jihyo keluar dari kereta . Baru sahaja mahu melintas seorang lelaki datang menarik tas tangannya .

" Yaaa--- lepas ! "
Jihyo menjerit sambil menarik kembali tas tangannya itu . " Tolong ! " Jihyo jerit meminta tolong .

" Lepas ! kalau kau tak nak cedera "
Ujar lelaki bertopeng itu bersama amaran keras . Jihyo tidak mempedulikan amaran tersebut . " Degil kau ya ! " pisau dikeluarkan dari dalam poket seluar dan dihalakan kepada Jihyo .

𝙏𝙝𝙚 𝙒𝙞𝙣𝙙 𝘽𝙡𝙤𝙬𝙨 | 𝙅𝙄𝙈𝙄𝙉  ✔︎Where stories live. Discover now