BAB 9

213 12 5
                                    

Rania bangun setelah alarmnya berbunyi. Matanya digosok sehingga segar. Rafiqi disebelah masih lena diulik mimpi.

Malas Rania nak kejut. Nanti alarm dia bunyi , bangunlah sendiri. Lalu Rania bangun masuk ke dalam bilik air.

Lepas dia selesai mandi pun , Rafiqi masih tidur. Dia ingatkan Rafiqi akan bangun masa dia tengah mandi. Dipaksakan dirinya untuk mengejut Rafiqi.

"Qiqi.. bangun"

Entah macam mana Rania boleh menyebut nama tu.

Macam comel pun ada.

Secara spontan terkelu dari mulut dia.

Masih tiada respon daripada Rafiqi.

"Qiqi.." badan Rafiqi ditolak sedikit.

Masih sama.

Sabar Rania makin hilang.

"RAFIQI!!" kejut Rania kuat , badan Rafiqi ditolak kasar.

"Raf ngantuk lagi la nek Pah.."

Rania terdiam.

Dia ejek nama aku ke nek Pah?

"Tak kelakar langsung. Bangun cepat , nanti kau lewat nak gi sekolah" kata Rania.

"Nek Pah dah buat sarapan ke? Mommy dah pergi ke?"

Makin berkerut dahi Rania.

Siapa nek Pah ? Aku tak rasa dia ejek aku. Macam mamai je dia ni.

"Lantak kau la. Bual la dengan nek Pah kau , aku gi dulu. Bye" Rania terus menggalas beg sekolah lalu keluar dari rumah.

Dia pergi sekolah naik grab seperti selalu.

***

Rania melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah longlai. Penat seharian di sekolah harini , dengan balik lewat sebab ada perjumpaan pengawas.

"Rania" panggil Rafiqi.

"Apa?"

"Asal lewat?"

"Ada perjumpaan tadi" balas Rania.

"Tadi aku nampak Paan. Kenapa dia balik awal?" Rafiqi mula curiga dengan Rania.

"Dia tak terlibat. Pengawas perempuan je" balas Rania.

Farhan tu kawan Rafiqi , kawan Rania jugak sebab dorang sama-sama pengawas.

Rafiqi hanya mengangguk mendengar jawapan Rania. Malas mahu menyoal lebih banyak.

"Siapa nek Pah?" terkeluar soalan tu dari Rania.

Dari pagi tadi dia tertanya.

Tersentak Rafiqi.

"Macam mana kau kenal?"

Dia rasa dia tak pernah bercerita hal keluarga dia kepada Rania.

"Kau asyik sebut je pagi tadi"

"Oh"

"Siapa dia?"

"My second mom i guess , haha" Rafiqi menutup ayatnya dengan gelak yang sangat awkward.

From Hate To Love [✓] republishWhere stories live. Discover now