"hantar dekat sini je cukup" kata Rania menyuruh Rafiqi menurunkan dia di hujung lorong rumahnya.
"Why?"
Geram pulak Rania. Dia ni buat-buat bodo ke memang bodo ?
"Nanti mama nampak macam mana?" Raniab layankan jugak soalan kurang bijak dari Rafiqi itu.
"Biarlah , mama belum kenal menantu dia ni kan"
Rania pandang Rafiqi macam nak telan hidup-hidup.
"Tak kelakar" kata Rania dengan riak serius. Buku teks yang berada dalam bakul motor Rafiqi diambil.
"Bye"
"Hm" Rania terus berjalan balik ke rumahnya.
Dilayan Rafiqi macam kawannya sahaja. Lantakla , sapa suruh kau beria nak kahwin dengan aku.
***
"Lewat balik. Gi dating ke?"
Baru selangkah kaki Rania dimasukkan ke dalam rumah , ada je lalat berbunyi.
Bingit lah.
"Haah , kenapa? Nak ikut ke?" balas Rania sinis kepada adiknya , Laura.
"Kau ni apahal biadap sangat?" marah Laura.
"Oh , macam kau tu terlebih adab dengan aku?" balas Rania malas mahu melayan lalang di depannya itu.
"Kau tunggu aku bagitahu mama!" ugutnya.
"Dipersilakan tuan puteri.." balas Rania dengan wajah manis. Badannya ditundukkn dengan tangan seperti mempersilakan Laura untuk berjumpa mama memberitahu perihalnya.
"Ee takguna punya perempuan!" bentak Laura geram lalu terus ke dapur.
Rania tersengih sinis. Dia ingat aku nak takut ke ?
Baru Rania nak naik ke atas , tiba-tiba suara mama memetir.
"Rania!" panggil mama garang.
"Ye ma?" sahut Rania sopan.
"Eh sopan pulak kau depan mama. Dasar fake!" tempelak Laura.
Rania memandang tajam ke arah Laura. Dah tu kau nak suruh aku tengking dia ke anak setan ?
"Kenapa kau cari pasal dengan Ara?" marah mama.
"Bila masa ? Nia tak-" belum sempat Rania membela dirinya , mama pantas memotong.
"Habis tu kau nak kata dia saja reka cerita ke?"
IYA IBUNDAKU ! MEMANG ANAK KESAYANGANMU ITU REKA CERITA.
Teringin Rania nak balas begitu.
Tapi dia tak berani , jadi dia hanya diam.
"Nia minta maaf , ma" akhirnya Rania mengalah.
"Minta maaf dekat Ara ni sekali!" suruh mama.
Rania akur "akak minta maaf , Ara"
Dia nampak Laura tersenyum sinis ke arahnya.
Takguna lah budak ni. Kalau aku boleh cekik , aku cekik dah.
YOU ARE READING
From Hate To Love [✓] republish
Roman d'amour(in editing) Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya. Perkara itu lah yang berlaku kepada seorang Rania Evelyn. At the age of 18 , dia telah sah bergelar isteri kepada Rafiqi Firdaus. Hanya kerana mulutnya dengan celupar tanpa b...