"Rania , dah siap ke?" soal Farhan.
"Dah , jom" Rania menggalas beg lalu keluar dari kelas dengan Farhan.
Hari ni , dia nak ke bookstore dengan Farhan. Tapi dia tak bagitahu Rafiqi lagi pun.
"Nia"
Rania menoleh ke arah suara yang memanggilnya.
"Ya?" soalnya kepada Rafiqi.
"Jom balik" ajak Rafiqi.
Rania menoleh ke arah Farhan.
"Han , kau tunggu aku dekat gate la. Nanti aku gi kat sana je" kata Rania.
"Okay. Qi , aku gerak lu" kata Farhan sambil mengangkat tangan ke arah Rafiqi.
"Okay , nanti roger"
Farhan terus turun untuk menunggu Rania di pagar.
"Kau nak gi mana mana ke dengan Paan?"
"Haah , nak gi bookstore"
"Kenapa tak bagitahu?"
"Tengah bagitahu la ni"
"Sebab aku tanya ? Kalau aku tak tanya , memang kau takkan bagitahu la?"
"Kalau tak bagitahu kau sekarang , nanti aku chat la bagitahu"
"Kau perlukan izin aku , lupa ke?"
"No , it's not the time to argue for that issue" kata Rania. Dia taknak mula bergaduh hal yang tak sepatutnya dia fikir.
Izin suami. Aku tak sepatutnya memerlukan benda tu diusia sekarang. Who force me into it ? Rafiqi. Dia paksa , dia tanggung la.
"You know you wrong , that's why you don't want to argue about that cuz you will lose"
"Shut up. I gotta go" Rania membuka langkah untuk pergi dari situ. Makin lama di situ , makin lama dia bergaduh dengan Rafiqi.
"Nak ikut"
"No" bantah Rania.
"Why not? Takut aku kacau korang dating ke?"
"Glad you know it" balas Rania sarkastik.
Biar Rafiqi rasa apa dia rasa masa tengok Rafiqi dengan Sarah.
Kau gedik dengan perempuan lain , aku pun boleh.
Rania tak tahu kenapa dia kena buat macam tu.
"Suka hati kau la" Rafiqi terus meninggalkan Rania.
Rania terkedu melihat wajah tegang Rafiqi. Dia nampak marah.
***
Selepas 2 jam , baru Rania sampai rumah.
Sebaik saja Rania masuk ke dalam rumah , Rafiqi terus melangkah ke dapur.
Rania tertanya. Dia elak aku ke ? Rania masuk ke dapur untuk letak makanan yang dia beli tadi untuk Rafiqi.
"Qiqi , ni ada makana-"
Belum sempat Rania habiskan ayatnya , Rafiqi terus ke depan semula.
Berkerut dahi Rania. Dia marah sangat ke ?
Rania ikut Rafiqi ke depan.
"Qiqi , dekat dap-"
"Diam lah" kata Rafiqi mendatar tapi jelas kekerasan dalam nadanya.
"Kau kenapa ? Aku nak bagitahu dekat dapur tu ada makanan untuk kau je" kata Rania.
Rafiqi tak membalas. Dia hanya diam.
YOU ARE READING
From Hate To Love [✓] republish
Romance(in editing) Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya. Perkara itu lah yang berlaku kepada seorang Rania Evelyn. At the age of 18 , dia telah sah bergelar isteri kepada Rafiqi Firdaus. Hanya kerana mulutnya dengan celupar tanpa b...