"Lambat datang" tegur Rania sebaik saja nampak Rafiqi masuk ke perkarangan sekolah sambil menolak motornya.
"Hm , bangun lewat" balas lelaki itu mendatar.
Eh , takde mood ke ?
Ke dia still marah dengan aku sebab kemarin ?
Lantak la , rajin pulak nak fikir pasal dia.
"Nanti datang awal sikit , lagi 5 minit je pagar nak tutup ni" pesan Rania.
"Isn't it your job to wake me up?" usik Rafiqi.
Terus pandangan Rania terarah kepada Rafiqi.
Rania memandang Husna disebelah takut dia terdengar apa Rafiqi cakap nanti timbul salah faham. Tapi dia seperti tidak dengar apa-apa.
"Cut the nonsense. Masuk cepat" arah Rania.
Rafiqi tergelak kecil melihat wajah cantik itu menggelabah.
"See me after school"
"Taknak" seperti biasa , Rania menolak semua permintaan Rafiqi.
"I will wait for you at your class" balas Rafiqi selamba , masih mahu berjumpa Rania.
"Ish , taknak. Tunggu dekat gate je"
Rafiqi terus pergi tanpa membalas apa-apa.
"Jom weh , dah 7.30 ni" kata Husna.
"Ha jom" Rania menutup pagar lalu berjalan ke kelas dengan Husna.
"Kau gi naik kelas dulu la , Una. Aku nak gi tandas jap" Rania guna jalan belakang padang , sebab dekat sikit nak ke tandas guna jalan tu.
Tetiba jumpa Rafiqi tengah bersantai sambil smoking dengan sorang kawannya.
Sebaik saja nampak Rania , kawan dia dah cabut lari dulu.
Rania menghampiri Rafiqi.
"Masuk kelas" arah Rania. Sekarang memang waktu belajar , apa lagi dia buat dekat sini.
Rafiqi mencampak puntung rokok dia ke tanah , lalu menenyeh dengan tapak kasut.
Rania melalukan tangannya seperti menghalau asap rokok yang datang ke arahnya.
"Busuklah!" marah Rania.
"Sorry" Rafiqi menyembur perfume ke baju sekolahnya dan kepada Rania.
"Apa ni ? Nanti bau laki la"
"Biar lah , bau suami kau jugak" balas Rafiqi selamba.
"Kau ni annoying nak mampus lah"
Baru Rania nak pergi dari situ , Rafiqi menarik lengan bajunya.
"Apa lagi?" rungut Rania.
"Kau reti ikat tie tak?" soal Rafiqi sambil menghulurkan Rania tie miliknya.
"Ish ! Menyusahkan orang lah" Rania ambik lalu mengikat tie tersebut di leher Rafiqi.
Dia reti sebab setiap hari Isnin dia kena pakai baju kemeja which is formal untuk perhimpunan jadi dia belajar untuk buat sendiri.
Mamat ni kena pakai hari hari , tah kenapa dia tak reti.
"Tunduk la sikit , kau tu tinggi" Rania menarik kasar leher Rafiqi supaya menunduk rendah. Jenuh dia jengket nak samakan tinggi dengan Rafiqi.
"Auu , sakitlah" Rafiqi menggosok perlahan lehernya akibat ditarik oleh Rania.
Muka Rafiqi terlampau rapat dengan Rania.
YOU ARE READING
From Hate To Love [✓] republish
Romance(in editing) Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya. Perkara itu lah yang berlaku kepada seorang Rania Evelyn. At the age of 18 , dia telah sah bergelar isteri kepada Rafiqi Firdaus. Hanya kerana mulutnya dengan celupar tanpa b...