"kita nak pergi mana ni?" soal Rania.
Rafiqi hanya suruh dia bersiap tanpa bagitahu nak pergi mana.
"Ada la. Ikut je la"
"Bagitahu je la" desak Rania.
"Dah sampai dah" Rafiqi parking kereta lalu handbrake ditarik.
Rania memandang tempat di depannya.
"Pasar malam?" soalnya lalu memandang Rafiqi.
"Ye , kenapa? Kau tak makan makanan pasar malam ke? Berlaga-"
"Eh , bukan berlagak okay. Aku tak suka tempat sesak je" kata Rania. Dia tahu Rafiqi nak kata dia berlagak sebab taksuka tempat macam ni.
"Dah sampai dah pun , jom" Rafiqi menarik jugak Rania keluar dari kereta.
"Ish , suka paksa" muncung mulut Rania kerana dipaksa.
"Panaslahh" celoteh Rania.
Walaupun namanya pasar malam , Rafiqi dengan Rania dah sampai waktu petang.
"Kau ni banyak songeh la" Rafiqi mencabut topi di kepalanya lalu diberi kepada Rania.
"Hehe , thanks" kata Rania tersengih suka.
No more sinaran mentari yang panas.
Rafiqi memegang tangan Rania sebelum masuk ke dalam lautan manusia.
"Aku takut kau hilang nanti susah cari , dahla pendek" jelas Rafiqi tanpa siapa tanya.
Pendek tak pendek , kaki aku ni sampai je setakat nak sepak kau.
"Diam lah , siapa tanya"Setelah lebih kurang setengah jam berada dalam pasar malam yang sesak dengan manusia itu , Rania dan Rafiqi berjaya keluar dengan macam macam plastik makanan di tangan.
"Dah , jom balik"
***
"Penat siott" Rania terus meyandar di sofa macam dia terpaling penat sekali padahal semua benda Rafiqi yang buat termasuk bawa masuk plastik makanan yang diborong di pasar malam tadi.
"Aku yang drive , kau yang over penat" kata Rafiqi lalu meletakkan plastik makanan tadi depan Rania.
"Eleh , drive dekat tu je pun nak dibanggakan. 10 km pun tak sampai"
"Dah jangan banyak cakap , gi ambik pinggan"
Rania pout , lalu dia bangun mengambil pinggan dengan malas di dapur.
"Nanti cuti mid-sem kan ??" soal Rafiqi.
Rania hanya mengangguk.
"Aku nak balik rumah nek Pah" kata Rafiqi.
"Okay , balik la" balas Rania selamba.
Dia tak kisah pun , dia boleh duk sorang.
"Dengan kau" sambung Rafiqi.
Terus terhenti kunyahan Rania.
"Apahal pulak ? Taknak ah" bangkang Rania.
"Ikut je lah"
"Taknak" Rania masih menolak.
"Kau nak duk sini sorang sorang ? Kau berani ke?"
YOU ARE READING
From Hate To Love [✓] republish
Romance(in editing) Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya. Perkara itu lah yang berlaku kepada seorang Rania Evelyn. At the age of 18 , dia telah sah bergelar isteri kepada Rafiqi Firdaus. Hanya kerana mulutnya dengan celupar tanpa b...