INTRO

213 27 0
                                    

  Chaeryeong p.o.v

  " Auch! Sakitlah.. Slow-slow lah yun.. Nak aku mati cepat ke?" Keluh chaeryeong sebelum menolak tangan yuna yang menyapu ubat di mukanya. Yuna menahan gelak yang hampir terkeluar dari mulutnya sebelum membuat muka serius.

   " Padan muka! Yang unnie kata kat quenka dengan kingka kita terima cabarang diaorang tu kenapa?" Balas yuna sebelum plaster dilekatkan di dahi chaeryeong selepas ubat selamat disapu. Chaeryeong mengeluh perlahan.

   " Terpaksalah.. Yuna nak ke kita dibuli oleh diaorang lagi hari ni? Seksa tau tak. Tak ingat ke macam mana diaorang boleh buli kita? Tak pasal-pasal masuk hospital karang..." Balas Chaeryeong semula. Mereka berdua memalingkan muka ke arah kertas poster yang berada di atas meja itu. Yuna mengeluh sebelum membaca kertas itu manakala chaeryeong teringat kejadian petang tadi.

Flashback,

    " Auch!! Yah, jangan pukul yun!" Halang chaeryeong sebelum mempertahankan rakan baiknya itu walaupun darah sudah mengalir dari dahinya. Ditahan rasa sakit untuk kebaikan kawan baiknya itu. Namun, soyeon di depannya langsung tak rasa bersalah malah dia mencekik kolar baju chaeryeong dan menariknya.

   " Kau senyaplah sebelum lagi teruk kau kena. Yeonjun, give me the 'thing'." Kata soyeon sambil menghulurkan tangannya kepada yeonjun. Yeonjun mengelurkan sesuatu dari kertasnya dan meletakkan ke atas tangan soyeon. Chaeryeong dah menutup mata tanda takut.

   " Wei, buka matalah. Aku tak gila lagi untuk bunuh kau tengah-tengah rooftop ni. Nah, ambil ni. Ini cabaran kitaorang untuk kau." Soyeon melepaskan kolar baju chaeryeong sebelum meletakkan kertas itu di tangan chaeryeong. Perlahan-lahan chaeryeong membuka kertas itu. Kpop dance festival? Dia memandang muka soyeon tak faham.

    " Haih.. Bengap betul. Itupun tak faham. Eh, bodoh... Inilah cabarannya. Korang masuk pertandingan ni, korang menang juara.. Kitaorang takkan kacau korang lagi, buli lagi and macam-maca lagi. tapi, korang kena patuhi syarat-syarat pertandingan ni lah.. Macam mana?" Chaeryeong dan yuna memandang sesama sendiri. Yuna mengisyaratkan supaya menggeleng. Chaeryeong memandang wajah miyeon yang menerangkan tadi.

   " Kitaorang terima cabaran korang. Asalkan korang tak main tipu." Senyuman sinis dihadiahkan pada dua orang mangsa buli itu. Mereka berlalu turun dari rooftop. Sempat lagi beg milik chaeryeong dan yuna disepak sebelum mereka ke pintu. Chaeryeong sempat memandang bekas kawan baiknya taehyun yang sedang berjalan dengan shuhua. Sebab shuhua tu kau sanggup tinggalkan aku, tae? Mana janji kau dulu? Dia mengeluh sebelum yuna menolognya turun dari roftop.

Flashback end

    " UNNIE!" Suara yuna mengejutkan dia dari angannya. Yuna membuat muka seposen apabila chaeryeong menjelingnya tajam. Sakit telinga apabila  yuna mejerit.

   " Sorry unnie. Unnie asyik termenung, kita tegurlah.." Balas yuna. Chaeryeong hanya menggeleng sebelum tersenyum.

   " Dah kau pergi masuk tidur. Esok kita fikir pasal ni.. Masuk tidur cepat. Esok sekolah!" Arah chaeryeong. Yuna memuncungkan bibirnya.

   " yelah unnie.. Good night.." Kata yuna sebelum keluar dari bilik chaeryeong.  Chaeryeong menutup lampu biliknya dan memejamkan mata. Good night world. Have a nice dream.. Lama kelamaan, chaeryeong pun dah dibuai mimpi.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


CHANGEWhere stories live. Discover now