BAB 6

112 22 0
                                    

Ryujin p.o.v

    " Unnie, kenapa unnie duduk kat luar seorang diri? Sejuk ni.." Ryujin memandang ke belakang mendengar suara kecil yuna bertanya. Dia tersenyum apabila yuna mengambil tempat di sebelahnya.

    " Takde. Saja je duduk kat luar ni.. Best sejuk-sejuk ni.." Jawab Ryujin. Yuna menatapnya pelik. Entahlah.. Dia pun tak berapa faham sangat Cik Shin Ryujin ni.. Pelik sangat. Lia unnie je yang faham ryujin ni.. Itupun sikit-sikit je. Tak banyak.

     " Hidung unnie merahlah.. Unnie makin sejuk ni. Unnie tak nak masuk?" Soal Yuna. Dia sendiri rasa sangat sejuk duduk diluar. Ryujin menggelengkan kepala. Yuna mengangguk dan meminta diri meninggalkan semula ryujin diluar. Sebaik sahaja yuna hilang, sebutir air mata mengalir perlahan di pipi ryujin. Dia menekup mukanya dan air matanya mengalir laju di pipi dan menitisi di pahanya. Ryujin sedang menangis tanpa diketahui sesiapa.

Sementara itu, di dalam rumah,

Lia p.o.v

    " Yun, panggil ryu makan.. Ryu kat mana?" Soal Yeji yang baru selesai menyediakan makanan tengah hari mereka berlima bersama chaeryeong dan lia. Mereka bertiga memandang yuna yang baru masuk ke dalam rumah dalam keadaan menggigil.

    " Ada kat luar. Katanya nak duduk kat luar lagi. Kejap lagi masuklah tu.. Unnie masak apa?" Soal Yuna semula selepas menjawab soalan Yeji tadi.

    " Masak simple je.. Tak banyak makanan basah tinggal. Nanti yun keluar dengan lia pergi beli makanan basah boleh?" Yuna hanya mengangguk melihat makanan tengah hari mereka. Hanya Nasi putih, ikan goreng dan sup sayur.

    " Ryu, dah tahu awak tu tak boleh tahan sejuk sangat.. Yang pergi duduk luar tu kenapa? Chaery, ambilkan air suam letak dalam mangkuk dengan satu kain bersih. Jangan panas sangat. Letak sekali air suam panas dalam cawan untuk ryujin. " Arah Lia. Muka Ryujin kemerahan. Chaeryeong membawa apa yang diminta oleh lia tadi ke ruang tamu. Ryujin meneguk sedikit air suam yang diberi chaeryeong.

    " Ryu, kenapa ni? Mesti ada sesuatu tak kena kan? Cerita kat unnie apa jadi.. Sini bagitahu. Unnie boleh dengar." Pinta Lia perlahan. Ryujin tak dapat menahan lagi air matanya. Dia akhirnya memuntahkan semua air mata yang ditahan sebentar tadi di hadapan sahabatnya yang baru itu.

    " Nenek me...ninggal... Ryu... Tak... Sem... Pat.. Nak.. Jumpa... Nenek... Pak.. Cik.. Dah.. Ta...Nam.. Sekarang ni Semua.. Tengah... Berebut... Harta.. Nenek.. Kenapa diaorang buat macam tu unnie? Diaorang tak kesian ke kat nenek sedih tengok anak-anak dia berebut harta milik dia? Kenapa manusia ni macam ni unnie? Kenapa diaorang tak sedekah je harta tu semua kat orang yang lebih memerlukan? Kenapa diaorang sanggup putuskan hubungan persaudaraan semata-mata demi harta?" Soal Ryujin bertubi-tubi. Lia memeluknya dan mengusap belakangnya untuk menenangkan rakan sekelasnya yang sepatutnya rakan sekelas chaeryeong itu.

   " Dah.. Dah tu ryu.. Jangan nangis lagi.. Doa je supaya nenek ryu pergi dengan aman dan tenteram. Dan untuk mak cik dengan pak cik ryu tu.. Doa harapkan mereka sedar yang putuskan hubungan persaudaraan tu salah ye.. Dah jangan nangis lagi. Tak cantik dah ryujin ni.. Jom makan tengah hari eh. Semua orang dah tunggu ryu.." Ajak Lia menarik lengan Ryujin ke dapur. Rakan-rakan yang lain tak sedar tentang ryujin menangis tadi.

    " Hidung unnie makin merahlah.. Mesti tak tahan sejuk tapi degil nak duduk luar kan?" Gurau Chaeryeong. Kata-katanya mengundang senyuman manis di bibir ryujin.

    " Tulah.. Orang dah kata masuk tak nak dengar. Nah unnie.. Yang tu jangan ambil tau.. Yeji unnie goreng sampai hangit. Sibuk mesej dengan abang dia sampai hangit ikan goreng dia.." Kata Yuna menunjukkan ke arah ikan goreng yang rentung itu. Yeji memuncungkan bibirnya tanda merajuk dengan yuna.

CHANGEWhere stories live. Discover now