Ryujin p.o.v
" Pft.." Ryujin menahan gelak yang hampir terburai saat menyaksikan kejanggalan tiga manusia yang dah kini menjadi kawan baiknya. Lia yang janggal berjalan tanpa cermin mata, chaeryeong dan yuna yang tidak lagi memakai baju nerd-nerd. Mesti first experience. Apatah lagi mata semua orang melekat pada mereka berlima.
" Janganlah jalan macam robot. Jalan macam biasa jelah.. Buat macam biasa." Yeji bersuara. Lia, yuna dan chaeryeong mengangguk perlahan. Ryujin membuka jaket yang dipakai sebelum dia mengikatnya di pinggangnya.
" Jom kita pergi kelas dance. Mesti ramai yang dah datang.." Ajak ryujin. Mereka berlima perlu mengikuti 3 kelas yang akan melayakkan mereka menyertai acara Kpop Dance Festival itu. Kelas Dance, kelas Rap dan kelas Vocal. Apabila mendapat kebenaran dari ketiga-tiga guru yang mengendali kelas itu, baru mereka akan bertanding dalam pusingan kelayakan melawan kumpulan lain.
Kelas Dance,
" Ew... Budak-budak mentah ni dah sampailah.. Ingat cantik ke pakai macam tu? Cantik lagi kita kan?" Suara shuhua membuatkan itzy rasa menyampah.
" Uwek.. Rasa nak muntah dengar sampah bercakap. Senior rasa benda yang sama kan? Sampah bergerak bercakap." Ucap ryujin berpura-pura menahan rasa nak muntah. Gidle mengetap bibir geram mendengar ayat ryujin.
" Ceh. Kalau dah tak cantik, tu tak cantiklah je lah.. Tak payah nak puji diri sendiri macam orang bodoh." Sambung gadis berambut pendek bewarna blonde itu. Senyuman sinis terukir di bibir. Dia tahu yang gidle takkan berani untuk membalas percakapannya atau memukulnya. Dia kan gangster sekolah? Siapa yang nak mati, datanglah dekat.
" Heh.. Kitaorang cantik tau. Semua orang setuju. Korang je yang bodoh dan buta. Tak nampak semua orang memuji kitaorang." Balas soojin. Ryujin menjelingnya tajam.
" Kau cakap kat diri sendiri ke apa? Aku tak pernah dengar lagi orang puji ikhlas dari hati yang korang cantik. Yang selalu aku tengok, kena paksa cakap korang cantik adalah.." Tiba-tiba yuna menyampuk. Kenyataannya memang macam tu.
" Hahaha.. Dasar perasan sendiri." Tambah ryujin untuk menyakitkan hati gidle lagi. Belum sepat gidle nak membalas, cikgu yang dimanahkan untuk bahagian dance iaitu Cikgu Wooyoung melangkah masuk ke dalam bilik tarian itu. Dia memandang ke arah itzy dan gidle yang dah senyap walaupun masih lagi bergaduh.
" Okey. Semua group dah ada kat sini ye? Baguslah.. Sekarang kamu perlu perform lagu dalam kumpulan. Kumpulan yang takde lagu sendiri akan cover lagu artis lain. Namun, markah akan seidkit kurang. Kumpulan yang ada lagu sendiri je lah yang mungkin memenangi banyak markah." Ugut Cikgu wooyoung. Banyak kumpulan yang kelihatan risau sementara itzy hanya tenang.
" Cikgu, semua kami kat sini takde lagu sendiri? Kumpulan mana yang mungkin ada lagu sendiri?" Tanya Soobin. Matanya bertemu dengan mata Lia yang leka menatapnya sebelum lia tersedar soobin memandangnya. Dia memandang ke depan semula tanpa menghiraukan soobin.
YOU ARE READING
CHANGE
RandomYUNA DAN CHAERYEONG TELAH MENYAHUT CABARAN QUENKA DAN KINGKA SEKOLAH MEREKA UNTUK MEMASUKI PERTANDINGAN KPOP DANCE. MASALAH TERBESAR YANG MEREKA HADAPI KETIKA ITU BUKANLAH TARIAN ATAU RAP ATAU VOCAL NAMUN MASALAHNYA ADALAH AHLI MEREKA. PERTANDINGAN...