BAB 10

63 8 0
                                    

Lia p.o.v

     " Baliklah Lia... Appa dah rindu kau sangat. Dia sakit sekarang ni... Baliklah..." Akibat desakan dari Soobin dan Ryujin yang memaksanya balik ke Rumahnya semula, di sinilah dia berdiri akhirnya. Di depan Rumah Keluarga Choi. Mukanya datar tanpa perasaan dan menunjukkan yang dia tak suka pun berada di situ.

     " Jisu? Kamu dah balik? Oh Jisu! Auntie rindu kamu sangat-sangat...." Badan kecil Lia dipeluk oleh wanita yang merupakan pembantu rumah itu dan wanita yang menjaga Lia sejak kecil. Lia memeluk wanita itu kembali dan tersenyum kecil.

    " Jisu pun rindu Auntie juga. Sangat-sangat... Boleh Jisu masuk?" Wanita itu mengangguk dan menarik Lia ke dalam rumah. Rumah itu masih sama macam kali terakhir dia masuk ke rumah itu. Gambar-gambar masih tersusun kemas tapi sekarang dah ditambah dengan beberapa gambar baharu. Gambar dia dengan kakaknya masih lagi ada di situ.

    " Unnie? Lia Unnie?" Dia berpaling ke belakang dan memeluk Yunjin yang tiba-tiba memeluknya. Gadis yang berumur 14 tahun itu memeluknya sungguh erat seperti tak nak lepaskan Lia lagi sampai bila-bila. Lia perlahan-lahan meleraikan pelukan adiknya itu. Adik dari lain ibu tapi sama ayah.

      " Unnie pun rindu adik. Mana Appa?" Soal Lia perlahan. Jinni menarik tangan kakaknya naik ke tingat dua dan mereka memasuki bilik Omma dan Appa mereka. Nayeon ada di dalam bilik bersebelahan dengan Scoups sambil menyuapkan suaminya bubur ketika anak tirinya melangkah masuk ke dalam bilik. Lia memandang ayahnya dan langsung tak memandang Nayeon walaupun sedikit. Begitu teruk dia bencikan ibu tirinya itu.

     " Lia... Anak Appa..." Lia memanjat katil milik ayahnya dan menyalam tangan lelaki itu perlahan. Senyuman tak ikhlas diberikan kepada ayahnya. Kalau bukan sebab paksaan dari Ryujin, memang dia takkan jejak kaki langsung ke dalam rumah ni. Tak berguna pun dia datang ke sini setakat nak buat dia sakit hati melihat wajah ibu tirinya dan abang tirinya.

       " Lia sihat? Dah makan ke belum? Lama Lia tak balik rumah. Masih marah kat Appa ke?" Soal Scoups satu persatu. Lia mencebik kecil sebelum menggeleng perlahan dan mengukir senyuman singkat.

      " Takdelah. Lia tak marah Appa pun. Lia cuma agak sibuk beberapa hari kat sekolah. Lepas tu, dengan aktiviti sekolah lagi sebab tu Lia dah lama tak melawat Appa... Dahyun Unnie kata dia tak dapat datang. Dia kirim salam je kat Appa..." Balas Lia perlahan. Tangannya masih memegang tangan lemah ayahnya.

      " Lia tidur sini malam ni ye? Jangan balik lagi... Esok kita boleh sarapan sama-sama. Lia takde sekolah kan esok?" Pujuk Scoups perlahan. Lia agak teragak-agak untuk setuju tapi dia tak sanggup melihat adiknya yang berharap kakaknya akan tidur di rumah ini pada malam ini. Akhirnya, dia mengangguk perlahan sebelum mengukir senyuman manis. Nasib dia duduk seorang diri, jadi dia tak susahkan sesiapa sebab dia tak balik malam.

----------

Rumah Keluarga Hwang,

Yeji p.o.v

      " Itu sahaja wasiat yang ditulis Puan Hwang. Yeji akan mewarisi separuh harta Keluarga Hwang. Hyunjin dan Minhyun akan mendapat 15% masing masing dan Tuan Hwang takkan mendapat apa apa..." kata peguam Puan Hwang sebelum memasukkan kertas wasiat itu kendalam fail semula dan memberinya kepada Yeji.

       " Apa? Kenapa budak ni boleh dapat separuh dan saya tak dapat apa apa? Kamu memanipulasikan wasiat tu ke?" Marah Tuan Hwang mendengar wasiat itu. Yeji mencebik perlahan.

     " Ceh. Mungkin Omma dah tahu yang Appa akan bunuh Omma jadi dia awal awal dah serahkan harta dia kat anak anak dia." Balas Yeji. Baru je Tuan Hwang nak marah akan anaknya, dua puteranya menatapnya dengan tatapan tajam. Terus terdiam lelaki itu.

     " Saya takde masa nak memnipulasikan wasiat ni Tuan Hwang. Saya ada lagi banyak masa dari nak manipulasikan wasiat Puan Hwang ni..."  jawab peguam itu selamba. Ketika dia baru nak keluar, beberapa anggota polis datang ke rumah itu.

      " Tuan Hwang? Sila ikut kami ke balai polis. Kami ada soalan yang perlu ditanyakan berkenaan dengan kematian Puan Hwang." Tuan Hwang memandang Yeji yang tersenyum jahat dengan wajah tak percaya.

     " Boom! Bye bye Appa... Semoga berbahagia di dalam penjara." Ucap Yeji dengan bibir yang masih mengukir senyuman jahat.

      " Kamu! Anak tak guna!" Tiada guna dia bercakap sekarang. Tangannya digari dan dia dibawa ke balai polis. Rumah itu sekarang kepunyaan Yeji. Rumah itu diletakkan di bawah namanya.

     " Kami berdua nak minta maaf adik. Kami tak percayakan kau waktu kau kata Appa bunuh Omma dulu. Maaf... Sekarang baru kami tahu siapa salah dan siapa betul." Kata Minhyun perlahan. Yeji menggeleng tanda tak mengapa sebelum tersenyum.

     " Takpe. Ji faham. Siapalah nak percaya cakap budak umur 10 tahun kan? Abang duduklah kat rumah ni. Ji tak duduk kat sini kot. Ji duduk dengan kawan kawan Ji." Kata Yeji sebelum bangun dari duduknya.

     " Ji pasti? Rumah ni bawa nama Ji." Soal Hyunjin perlahan dan Yeji mengangguk.

      " Asalkan abang tak juallah. Rumah ni masih penuh dengan kenangan Omma... Bila.bila free nanti Ji baliklah sini... Ji balik dulu. Kalau ada masa free, kita boleh jumpa lagi." Kata Yeji sebelum bangun. Hyunjin dan Minhyun menghantarnya sampai keluar rumah. Hyunjin akan tetap tinggal dengan stray kids manakala Minhyun akan tinggal di rumah itu. Lagipun rumah itu dekat dengan tempat kerjanya. Senang dia nak pergi kerja.

      Dalam perjalanan balik ke rumah, Yeji sempat singgah di Rumah Penyimpan Abu. Dia tersenyum kecil melihat gambar ibunya yang tersenyum ceria bersama anak anaknya di salah sebuah almari di situ.

      " Appa dah ditangkap Omma. Sekarang Omma boleh rehat dengan tenang. Yeji dah jumpa kawan kawan sejati. Omma jangan risaukan anak Omma ni ye. Yeji akan sentiasa senyum dan happy...  I love you Omma...."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CHANGEWhere stories live. Discover now