Bilik persalinan Itzy,
Itzy p.o.v
" Bila kita nak keluar dari sini?" Soal Yuna perlahan sambil tangannya masih bermain dengan smartphone miliknya. Kepalanya diletakkan di atas paha ryujin yang juga sedang bermain telefon. Mereka menunggu giliran untuk persembahan mereka.
" Tunggu sampai sampah masyarajat tu habis perform. Menyampah nak tengok performance diaorang. Hebat memanglah hebat. Tapi masalahnya suka membuli." Balas Lia pula. Chaeryeong masih dimekapkan oleh Yeji. Hari ni mereka akan perform 3 persembahan. Mafia In The Morning, Sorry Not Sorry dengan Loco. Baju mereka akan bertukar ketika persembahan Loco nanti.
" Okey. Siap pun.. Yang lain dah siap mekap kan?" Mereka hanya mengangguk sahaja tanpa niat untuk menjawab soalan Yeji. Malas nak jawab. Kesemua mereka leka dengan telefon bimbit masing-masing sebelum pintu bilik persalinan mereka dibuka seseorang dari luar. Serentak 5 perempuan itu memandang ke arah pintu. Alahai.. Masalah kenapa muncul sekarang?
" Ji. Appa suruh Ji balik rumah sekarang. Ada sesuatu dia nak cakap." Minhyun muncu di depan pintu bilik mereka itu bersama Hyunjin. Yeji mengambil earphone di dalam beg yang dibawanya sebelum menyumbat di dalam telinga. Dia menghantar mesej kepada Hyunjin. Hyunjin mengeluarkan telefonnya apabila mendengar nada dering yeji mesej kepadanya.
LightFury Yeji
Bagitahu Orang tua
tu, dia nak mati pun
yeji takkan pernah
kisah.Ji, kenapa sampai macam
ni sekali? Dia tu appa kita tau.Yelah? Sebab dulu Ji tak
pernah rasa dilayan selayaknya
seperti anak perempuan.
Lebih dilayan macam sampah." Ji, jangan sampai macam ni.. Appa nak sangat jumpa Ji. Ji tak nak jumpa dia untuk kali terakhir ke?" Yeji menggelengkan kepalanya. Earphone di telinga sebenarnya dah rosak. Dia sengaja letak kat telinga sebab malas melayan abang-abangnya itu.
" Jawapan Ji tetap sama. Banyak manapun abang pujuk, Ji takkan balik neraka tu!" Kata Yeji tegas. Kedua-duanya hanya mengangguk pasrah dengan kedegilan adik mereka. Yeji masih tetap dengan keputusannya itu. Dia takkan lagi jumpa bapa segala kejahatan itu.
" Itzy. Masa untuk bersedia. Silakan tunggu di backstage." Kata seorang perempuan yang merupakan salah seorang staf untuk persembahan mereka kali ni. Mereka semua bersedia dengan peralatan masing-masing. Earpiece disumbat di dalam telinga. Mic dibetulkan supaya berselari dengan kedudukan mulut. Lia beberapa kali berdehem bagi memastikan suaranya normal.
" Aku pasti korang takkan dapat menang lawan kitaorang." Suara Yeonju kedengaran. Yeji tersenyum sinis memandang lelaki itu.
" Kita tengok siapa juara sebenarnya nanti." Balas Yeji tenang. Txt menuju ke tempat duduk mereka. Itzy hanya memandang toya. Mereka naik ke pentas apabila nama mereka dipanggil oleh Pengacara majlis.
" Good luck semua." Yeji berbisik pada ahlinya sebelum mereka berdia di tempat masing-masing. Yuna yang akan mula dulu. Dia sedikit gelabah namun cuba sedaya upaya menenangkan dirinya sendiri.
Tepukan gemuruh penonton serta jeritannya membuatkan 5 ahli itzy tersenyum lebar. Tak sia-sia selama ni mereka berlatih. Mereka menundukkkan badan perlahan sebelum pergi ke backstage. Mereka berpelukan 5 orang dengan senyuman paling lebar menghiasi wajah masing-masing.
" Chaery, kenapa nangis? Rasa nak nangis jugalah kalau macam ni.. Janganlah nangis..." Kata Lia perlahan. Chaeryeong tersenyum sebelum mengelap air matanya laju.
" Gembira sangat. Chaery rasa kita buat lagi bagus dari Txt." Ucap Chaeryeong perlahan. Ryujin mengangguk bersetuju dengan kata-kata rakan seusia dengannya itu. Mereka sekali lagi berpelukan. Gembira sangat mereka dipertemukan.
--------
Yeji p.o.v
Telefon di tangan diputar-putarkan tanpa berhenti. Dia duduk di luar dewan sekejap dengan alasan ingin mengambil udara segar. Lagipun pengunguman pemenang belum dimulai lagi. Sedang dia mengelamun, seseorang duduk di sebelahnya dan menghulurkan satu tin air.
" Kenapa Senior benci ayah senior?" Soal Ryujin perlahan. Yeji menyambut air itu namun tak menjawab soalan ryujin. Dia senyap menguis kakinya di tanah. Mereka masih pakai pakaian yang sama cuma sekarang bersama jaket tebal.
" Masih panggil senior lagi? Bukan kau kat rumah panggil Yeji je ke?" Soal Yeji semula. Ryujin tergelak kecil.
" Sekolah lain, rumah lain. Kang panggil yeji je, ada juga kena campak atas bangunan dengan peminat senior yeji nanti.." Balas Ryujin selepas habis tergelak. Tin yang sudah kosng diletakkan di tepi sebelum dia mendongakkan kepalanya. Salji. Salji turun nampaknya. Yeji juga turut memandang atas dan mengambil sebutir salji yang jatuh di pahanya. Sejuk je..
" Nak tahu tak dulu? Ada seorang budak kecil ni suka sangat main salji. Sampai satu hari tu, tengah dia main salji dia nampak ada titisan darah dekat salah satu orang salji yang dia buat. Sebab nak tahu, dia cari punca darah tu sampai dia nampak ibu dia terlantar kat atas tanah dengan tak bernyawa lagi. Dia nangis minta ayah dia telefon polis, tapi dia pula yang kena marah. Sejak tu, dia mula dipukul dengan ayah dia hanya sebab dia tahu ibu dia dah mati ketika itu." Cerita Yeji perlahan. Ryujin mengerutkan dahi. Cerita dongeng mana pula ni? Kemudian, baru dia tersedar, yeji ceritakan kenapa dia benci ayahnya. Tiba-tiba,
" Kenapa senior dengan ryu kat luar? Masuklah.. Sejuk ni. Oh ye, kita dapat mara ke peringkat separuh akhir senior! Kita akan lawan gidle masa peringkat terakhir nanti!" Jerit Yuna. Kedua-duanya tersenyum sebelum masuk mengambil tempat duduk di dalam dewan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
CHANGE
RandomYUNA DAN CHAERYEONG TELAH MENYAHUT CABARAN QUENKA DAN KINGKA SEKOLAH MEREKA UNTUK MEMASUKI PERTANDINGAN KPOP DANCE. MASALAH TERBESAR YANG MEREKA HADAPI KETIKA ITU BUKANLAH TARIAN ATAU RAP ATAU VOCAL NAMUN MASALAHNYA ADALAH AHLI MEREKA. PERTANDINGAN...