BAB 4

194 24 0
                                    

Yeji p.o.v

    " Tadi sebelum petang Unnie dah hantar borang pendaftaran tu atas meja cikgu. Banyak juga kumpulan masuk. Gidle dengan txt pun ada." Kata yeji ketika mereka berjalan pulang ke rumah. Kesemua mereka penat hari ni. Semuanya sebab gidle dan bf tak guna Diaorang tu. Nasib je ryujin tak bunuh seorang demi seorang betul-betul.

   " Baguslah tu. Itzy eh nama group kita? Sedap nama tu. Pandai senior pilih." Kata lia pula. Ryujin di sebelahnya mengangguk-angguk sahaja. Mereka sudah tiba di rumah. Namun belum sempat mereka nak masuk rumah, mereka ditegur sekumpulan perempuan yang sangat dikenali. Aik? Boyfriend kesayangan takde sekali ke?

   " Oh? Jadi satu kumpulan jadi duduk satu rumah? Mesti yang lain tu sebelum ni duduk bawah jambatan." Ryujin memandang yeji dengan pandangan kalau aku nak bunuh Diaorang boleh tak? Yeji menggelengkan kepala perlahan. Jangan nak buat hal.

   " Apasal kau sibuk? Kitaorang ada kacau kau ke? " Tanya yuna yang berada paling dekat dengan gidle. Soojin menyentuh bahunya sebelum tangannya ditolak yuna.

    "Dah pandai budak ni menjawab. Siapa ajar?" Tanya soojin sinis. Tangannya menuju ke rambut yuna. Namun belum sempat disentuh, ryujin terlebih dahulu menghalang.

    " Aku ajar. Kenapa tak puas hati? Nak lawan?" Sinis suara ryujin membalas. Soojin menarik tangannya semula sebelum memandang soyeon. Soyeon nampak gugup juga dengan ryujin. Mana tak nya, dia juga pernah kena belasah dengan gangster sekolah ni.

    " Sementara aku masih baik ni baik korang blah. Kalau mood aku tak okey. Sorang demi sorang aku sumbat dalam longkang karang.." Ugut ryujin. Tanpa banyak cakap, gidle terus berlalu.

    " Jom masuk. Tak payah pedulikan orang gila. Nanti jadi gila juga.." Ajak yuna. Mereka semua masuk ke dalam rumah dan berkumpul di ruang tamu. Yeji mengambil tempat sebelah lia. Cermin mata lia ditarik. Nasib lepas cermin mata lia pecah, dia ada simpan cermin mata lamanya. Jadi dia gunakan cermin mata lamanya terus.

   " Kau nampaklah kalau aku tarik cermin mata ni?" Tanya yeji. Gadis choi itu mengangguk. Dia tak rabun pun. Pakai cermin mata suka-suka. Yang lain mula pelik dengan kelakuan yeji. Semua memandang yeji.

    " Sekarang ni naik bilik masing-masing. Tukar baju jalan. Unnie nak bawa korang ke satu tempat." Arah yeji. Ryujin, chaeryeong dan yuna dah naik ke atas sementara lia masih terpinga-pinga. Dia memandang yeji dengan bertanya 'untuk apa?'. Yeji tersenyum sebelum menjawab,

    " Ubah kecantikan sendiri. Kalau nak kalahkan mereka, ini langkah pertama." Kata yeji sebelum turut naik ke biliknya. Nak tukar baju sekolah juga. Tak selesa kalau pakai baju sekolah lama-lama. 

-------

Beberapa minit kemudian,

Ryujin p.o.v

 " Mana senior eunbi?" Tanya ryujin sebaik sahaja dia nampak yuna keluar dari biliknya dalam masa yang sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 " Mana senior eunbi?" Tanya ryujin sebaik sahaja dia nampak yuna keluar dari biliknya dalam masa yang sama. Dia memakai baju seperti di atas manakala yuna memakai baju ini:

CHANGEWhere stories live. Discover now