BAB 8

84 17 0
                                    

Itzy p.o.v

    AHli-ahli Itzy memandang datar ahli Gidle dan Txt di depan mereka. Pertandingan baru je habis beberapa hari yang lepas. Dan kini Gidle dan Txt mengaku kalah. Itzy memang tak boleh dikalahkan dan mereka memang hebat.

     " Kau kena tunaikan janji kau. Buangkan sifat membuli tu dari diri korang." Yuna bersuara perlahan. Walaupun perlahan, akibat kawasan rooftop tu memang sunyi sepi, suara yuna memang kedengaran kuat di situ.

     " Ya. Kitaorang takkan membuli lagi. Kitaorang janji. Lepaskan kitaorang boleh?" Mereka memandang kearah Yuna dan Chaeryeong. Mangsa buli mereka. Yuna dan Chaeryeong mengangguk. Yeji memandang tanpa perasaan. Lia dan Ryujin entah sampai kemana mereka mengelamun tu.

     " Yeji, aku minta maaf sebab betray kau dulu. Boleh kau maafkan aku? Aku tak suka yeonjun pun.. Aku cuma tak suka tengok kau happy. Hidup kau happy. Kau ada abang ahli stray kids dengan ahli Nu'est. Sebab tu aku nak tengok kau sedih je... Maafkan aku ye?" Soyeon meminta maaf dengan suara perlahan. Yeji masih mendiamkan diri. Tak nak menjawab. Matanya langsung tak memandang wajah Soyeon.

     " Aku dah maafkan kau Soyeon. Aku tak berdendam pun dengan kau. Sebab kaulah, aku kenal dengan diaorang ni. Aku kenal erti persahabatan sebenar. Thanks..." Ucap Yeji perlahan. Ryujin, Lia, Yuna dan Chaeryeong memandang leader mereka dan mengangguk. Ya. Mereka kenal satu sama lain semua kerana Gidle. Kalau Gidle tak membuli yuna dan Chaeryeong, sampai sekarang ryujin masih susah didekati. Lia akan sentiasa berseorangan dan Yeji akan sentiasa menjadi ketua pengawas tanpa rakan di sisi.

    " Lia. Balik rumah semula nak? Tu rumah lia kan?" Suara soobin kedengaran. Lia menggelengkan kepalanya perlahan. Rumahnya? Huh... Baru sekarang rumah tu jadi rumah dia? Sebelum ni rumah tu rumah siapa?

     " Aku boleh balik tapi dengan syarat mak kau keluar dari rumah aku. Selagi aku tengok perempuan perampas tu ada dalam rumah tu, selagi tu aku takkan jejak kaki kat rumah tu semula." Balas Lia. Dia dan soobin ialah adik beradik tiri. Tak ramai tahu tentang dia dan soobin. Dan yang tahu pun hanya orang terdekat je.

    " Kenapa kau bencikan ibu aku sangat? Bukannya ibu aku yang penyebab kau hilang ibu kau kan?" Soal Soobin kembali. Dia ingat bila Lia mula berkawan dengan Itzy, Lia akan memaafkan ibunya. Tapi dia silap. Lia masih membencikan ibunya walaupun wanita itu dah membesarkan mereka berdua.

    " Kenapa aku bencikan ibu kau? Sebab dia, ayah dah lupakan aku dengan kakak aku sebagai anak kandung dia. Setiap kali ada apa-apa aktiviti kat sekolah kita, ayah tak pernah datang untuk aku. Hanya untuk kau, kau dan kau! Aku? Aku ingat lagi soobin masa kita 6 tahun. Ayah dengan ibu datang untuk ambil keputusan ujian kita. Tapi diaorang lupa aku. Sampai pukul 7.00 aku duduk kat sekolah sebelum ayah baru teringat aku. Itupun sebab kakak bagitahu.. Kalau tak? Mungkin sampai sekarang aku masih duduk kat sekolah." Balas Lia kepada soalan soobin. Dia bencikan ibu tiri dan abang tirinya itu. Dia sangat bencikan mereka berdua.

    " Lia..." Soobin tak habiskan ucapannya. Ryujin di depannya mengisyaratkan supaya dia diam. Ryujin tak sanggup nak dengar lagi semua luahan Lia. Gadis yang selalu pendiam dan ceria itu rupanya ada masalah yang dipendam. Itzy sendiri tak tahu masalah dia. Hanya dia pendamkan sendiri.

     " Maaf kau tak dapat buat zaman kecil aku gembira semula soobin. Aku tak nak dengar langsung perkataan tu dari mulut kau. Dan kau kena ingat sesuatu! Aku bukan adik kau. Jangan nak memandai cakap dengan orang aku adik kau. Aku tak pernah anggap kau sebagai abang aku!" Marah Lia lagi. Kemudian dia cuba menenangkan dirinya. Sekarang dia rasa agak tenang. Sebab semua yang dia pendam dia dah lepaskan.

     " Jom Senior. Gidle, esok kita jumpa kat sekolah." Kata Lia. Dia pergi dulu diikuti Yeji di belakang. Ryujin, Yuna dan Chaeryeong juga mengikut Lia dan Yeji. Gidle pun meninggalkan txt beberapa minit kemudian. Kini hanya tinggal txt di atas rooftop itu.

Soobin p.o.v

    " Kau tak pernah cakap kau dengan Lia ada hubungan pun soobin. Aku ingat auntie Nayeon masih dengan Uncle Minhyuk.." Soal Yeonjun. Dia terkejut mendengar yang Soobin dan Lia adik beradik tiri sebenarnya. Patutlah soobin selalu risau kalau ada cikgu kata Lia tak sihat atau tak datang sekolah.

    " Taklah.. Diaorang dah bercerai dah. Mummy kahwin dengan ayah Lia lepas tu. Yang peliknya, aku tak tahu kenapa Lia tak bencikan Jinni sedangkan Jinni tu adik aku juga." Balas Soobin perlahan. Jinni atau nama panjangnya Choi Yunjin. Anak kepada Choi Seungcheol dan Im Nayeon.

     " Mungkin sebab Jinnia adik dia juga kot? Takpelah.. Mungkin dia tak maafkan kau lagi tapi lama-lama nanti dia akan dapat juga terima kau dengan auntie nayeon. Jangan risau eh.. Berbaiklah dengan dia sentiasa soobin..." Pujuk Beomgyu tak nak tengok ketua mereka bersedih. Yang lain juga mula memujuk.

    " Aku pun harap Lia dapat maafkan aku dengan mak aku."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CHANGEWhere stories live. Discover now