"Assalamualaikum..." kedengaran suara halus seperti suara anak kecil perempuan yang memberi salam.Dafinah menjenguk ke luar tingkap tapi kelibat atau bayangan orang yang memberi salam tidak kelihatan.
"Huarggh...!" Tempik suatu suara comel yang ingin mengejutkan Dafinah.
Rupa-rupanya itu suara milik Zarra. Iaitu anak kepada Ziyaad.
"Ehh... apa makhluk halus ni buat kat sini? Bukan ke ada kat kampung?" Bisik hati Dafinah. Tapi sekurang-kurangnya terubat juga sedikit rindu pada anak kecil itu.
"Ya Allah... Arra! Kenapa buat kakak terkejut sayang?" Soal Dafinah pada Zarra
"Hehe... saje jew Arra nak buat suprise untuk kakak... heheh. Kakak suka tak? Terkejut tak ?hahaha..." soal si Zarra pada Dafinah pula
"Hahaa... mestilah akak terkejut! Rindu nya dekat Arra sayang" jawab Dafinah sambil membongkok sedikit posisi badan nya dan mengelus lembut kepala Zarra.
Disisi nya terlihat Ziyaad yang tersenyum penuh makna melihat mereka berdua.
"Aku harap kau terima tawaran aku Khalisyah. Demi untuk kebaikan semua pihak.""Tapi kenapa saya yang awak pilih? Sedangkan kita baru kenal beberapa bulan lepas." Soal Dafinah. Dia hairan kenapa Ziyaad memilih dia untuk menjadi teman hidup.
"kita sama-sama untung. Kalau kita kahwin, aku boleh lindungi kau and family kau. Sebagai balasan nya kau tolong jagakan Zarra untuk aku sebab aku tak percayakan siapa-siapa."
Dafinah terdiam seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Kau jangan risau perkahwinan ni bukan atas dasar cinta. Aku ada sediakan kontrak perjanjian perkahwinan ni. If kau dah setuju, just sign je okey!"
Dafinah terkejut dan melepaskan nafas lega apabila Ziyaad mengatakan hal itu.
"Hmm... baik!"
✨————————-✨
Keesokannya Dafinah pergi ke hutan tempat dimana kakak nya disembunyikan. Seperti perjanjian nya dengan si penculik dia harus datang berseorangan tanpa pengetahuan pihak polis ataupun sesiapa.
Sepuluh minit sebelum Dafinah berangkat. Dia menerima sebuah beg bimbit dari Ziyaad yang berisi wang seperti yang diminta oleh si penculik.
Tanpa pengetahuan Dafinah. Ziyaad telah mengambil selangkah lebih pantas darinya. Di beg bimbit tersebut telah diletakkan sebuah cip penjejak.
Ianya diletakkan supaya rancangan Ziyaad untuk perangkap sekumpulan penculik yang menculik bakal kakak iparnya itu tumbang dan tumpas ditangan pihak berkuasa.
Dalam pada masa yang sama sebenarnya dia bimbang kan keselamatan Dafinah. Dia takkan biarkan sesiapa pun melukakan cinta hati nya. Kehadiran Dafinah telah membuka pintu hatinya untuk merasai ketulusan cinta.
"Bismillah... Ya Allah lindungilah aku dari manusia-manusia yang ingin menzalimi ku..."
Dengan langkah kaki kanan. Dafinah kuatkan semangatnya untuk bersemuka dengan penculik kakaknya itu. Hatinya semakin berdebar-debar.
AKU terus menelusuri setiap pokok-pokok yang menjadi penghalang sampai ke penghujung jalan. Aku ternampak sebuah rumah usang yang berada di tengah laluan.
Hati terasa sungguh berdebar. Kedengaran suara orang mengerang menahan kesakitan.
"Arghh! Sakit!"
"tu macam suara Aris!" Bisik hati Dafinah
Dafinah menapak perlahan-lahan mendekati rumah tersebut. Dia mengintai ke celah tingkap untuk memastikan adakah betul sangkaan nya.
Sangkaan nya tepat. Kakak nya kini sedang ditampar oleh seorang wanita. Badan Damaris kelihatan sedang lemah. Dia tidak berdaya untuk melawan wanita tersebut.
"Ya Allah Aris!" Dafinah mampu menjerit didalam hati nya kerana tidak mahu dirinya diketahui oleh mereka semua.
Dia masih lagi memerhati apakah yang wanita itu ingin lakukan terhadap kakaknya. Dafinah masih lagi mengintai dan merakam apa terjadi menggunakan telefon pintarnya.
Dia tidak lagi mampu bertahan dengan pukulan-pukulan yang diterima oleh wanita yang dikenali nya.
"Akhirnya aku tewas ya Allah. Tunjukkan ku jalan Mu ya Rabb..."
Damaris hampir tewas apabila dirinya yang hampir separuh nyawa dipukul dengan menggunakan sebatang kayu oleh seorang wanita yang dikenali nya.
"Kalau kau tak nak tanda tangan dokumen ni... Semua keluarga kau akan hancur!" Dengan suara yang meninggi dan tangan nya yang hendak menghayun kayu ke arah Damaris.
"MAKNGAH!" Dafinah menjerit sambil berlari ke arah Damaris dan melindungi kakaknya itu.
"DEBUKK!" Akhirnya Dafinah yang tewas. Kayu yang terkena darah dari kepala Dafinah telah dicampak. Makngah terkejut lalu cuba melarikan diri bersama konco-konco nya.
Tapi tidak berjaya kerana Ziyaad dan rakan-rakan nya telah mengepung tempat kejadian.
"Angahh! Bangun! Ngah! Jangan tinggalkan along!" Rintih Damaris yang masih lemah disisi Dafinah.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Teragung (PG13) Sec Romance
RandomSTART:- HIATUS END:- TITLE:- ☞ Bahagia Yang TerAgung♥︎ "𝘛𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘶𝘢𝘯! 𝘛𝘰-𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨...𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘥𝘦 𝘩𝘢𝘬 𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘶𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢!" - 𝙉𝙪𝙧 𝘿afinah 𝙆𝙝𝙖𝙡𝙞𝙨yah " 𝘚𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘢𝘬𝘶...