❀♥︎𝗕𝗬𝗧|*_♡𝙿𝚁𝙾𝙻𝙾𝙶𝚄𝙴✅

23 1 0
                                    

2016

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



2016

     Percutian ke Pulau Langkawi bersama keluarganya bertukar menjadi tragedi buat dirinya. Kenapa harus dia yang menerima ujian seberat ini pada usia yang muda.

     Nur Dafinah Khalisyah, seorang gadis yang berusia awal 18 tahun. Diuji dengan kehilangan beberapa orang ahli keluarganya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

     Akibat kemalangan tersebut, bapanya Encik Mustapha dan adik bongsunya iaitu Nur Dhaliyah Khalisyah berusia 10 tahun. Ditempatkan di wad kecemasan di Hospital Sultanah Maliha langkawi.

     Disebabkan kemalangan itu juga, Dhaliyah mengalami kecederaan parah dibahagian tulang tunjangnya sehingga ke otak. Manakala Encik Mustapha cedera parah diseluruh kepala dan menyebabkan darah beku serta tengkuknya patah.

     Kejadian yang mengerikan itu telah meninggalkan impak yang besar didalam hidup Dafinah. Alhamdulilah, kecederaan yang dialaminya tidaklah begitu teruk. Dia hanya mengalami tengkuk patah dan cedera dibahagian bahu akibat tusukan cermin kereta yang pecah berderai mengena kulit mereka berlima.


"Angah..." Dia sedang duduk termenung di luar wad.

     Tiba-tiba ada seorang lelaki yang berpakaian serba putih bersama seorang kanak-kanak linkungan usia 10 tahun sedang menghampirinya. Kanak-kanak itu sedang memegang erat tangan lelaki tersebut seakan tidak akan melepaskannya walaupun seketika.

     Tanpa menjawab panggilan itu, wajahnya diangkat untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil namanya. Tiba-tiba jantungnya seakan terhenti buat seketika.

     Apakah yang sedang berlaku? Adakah aku sedang bermimpi? "Ya Allah, abah!" semakin lama semakin menjauh mereka berjalan. "Icha sayang angah!" Jerit kanak-kanak itu pada Dafinah. Semakin lama pandangannya semakin kabur dek kerana tangisan tanpa henti.

"Abah, icha tunggu angah... To-tolong jangan tinggal angah..." jerit nya lalu tersedar.
Rupanya Dafinah sedang bermimpi semasa terlelap.


"Allahuakbar! Aku mimpi rupanya. Tapi kenapa aku rasa macam abah dengan icha nak bagitahu aku something? Ya Allah, selamatkan lah ahli keluarga ku". Pinta nya sambil meraup muka dan menghapus sisa tangisan tadi.


     AKU turun dari katil setelah sehari suntuk hanya duduk berbaring dan berehat sambil menunggu doktor yang setia memeriksa aku dari kelmarin.

     Aku berjalan menuju ke wad kecemasan yang menempatkan abah dan adik ku. Sambil menunggu di ruang menunggu. Kelihatan ahli keluarga yang lain pun tiba. Pakngah dan makngah, Maksu dan paksu juga datang berserta dengan anak masing-masing.

Bahagia Yang Teragung (PG13) Sec RomanceWhere stories live. Discover now