BYT 07✅

4 0 0
                                    


SETELAH lima bulan aku sah menjadi isteri Ziyaad. Aku bersyukur dia melayan kami sekeluarga dengan baik sekali. Kalau dulu Zarra panggil aku dengan panggilan kakak. Sekarang telah bertukar kepada ibu. Walaupun dia bukan anak kandung aku. Aku sangat menyayanginya seperti anak ku sendiri.

DAFINAH berjalan menuruni tangga menuju ke dapur. Kedengaran enjin kereta berbunyi dari luar rumah.

"Aipp! Bunyi enjin kereta? Takkan dah balik kut?". Soal Dafinah kehairanan. Spontan matanya melirik ke arah jam yang berada didinding dapur. Jarum jam menunjukkan ke angka satu tengahari.

"Ouhh... Patutlaa! Eh tapikan? Dia cakap ada lunch kat luor. Bakpe yang dia balik rumoh nye?". Soal aku dalam hati. Hairan bin ajaib.

"Arhh! Biar arhh... Baik aku masok! Siang (kesian) anak aku lapo".

Tanpa menghiraukan kepulangan Ziyaad aku meneruskan masakan ku seperti biasa. Macam ni lah kehidupan ku sejak rasmi bergelar isteri walaupun di atas kertas. Masing-masing buat hal sendiri.

Sedang ralit Dafinah memotong sayur di tepi singki. Ada seseorang sedang memerhatikan setiap gerak geri Dafinah di dapur. Ziyaad memandang isterinya dengan pandangan lemah. Sedang dia duduk bersandar di pintu masuk dapur. Tiba-tiba dia terbatuk dan tanpa sengaja mengejutkan Dafinah yang sedang memotong sayur.

"Auwhh... Pedihnya!". Jerit Dafinah. Dia berpaling melihat ke arah belakangnya. Kelihatan Ziyaad sedang berlari menuju kearahnya.

"Khalish! Awak okeyh tak?". Tanya Ziyaad sambil menggapai tangan isterinya. Ternyata jari Dafinah terluka. Agaknya terkejut bila terdengar orang batuk.

"Aa.. aa... haa saya okeyh!". Apahal boleh jadi gugup pulak aku ni. Relax Fina dia cuma risau kau sakit je okeyh. Bukan sebab dia sayangkan kau!

Selesai mencuci luka di jari Dafinah. Ziyaad terus membalut luka isterinya supaya tidak terkena kuman.

"Thank you!". Kata aku pada suamiku.

"Most welcome!". Sahut Ziyaad sambil melemparkan senyuman yang sangat manis pada sang isteri

"awak masak apa je tu?" soal Ziyaad. Matanya asyik melirik pada kelincahan jari montel isterinya.

"arghh! cutenya..." kata Ziyaad dalam hati

"hmm.. saya masak simple-simple je. Kenapa?" jawab Dafinah sambil tangannya lincah mengacau lauk ayam masak merah diatas dapur.

"wahh! sedapnya!" sahut Ziyaad dengan rasa yang sangat teruja. Mana tak nya, itu lauk kegemarannya.

"wah terujanya suara awak... Kenapa teruja sangat?" jawab Dafinah sambil mencedokkan lauk tersebut ke dalam mangkuk vintage berbunga ungu itu.

"ehh. kenapa diam?" soal Dafinah setelah persoalannya tidak dijawab. Kini mata Dafinah hanya fokus pada wajah suaminya. Kenapa suaminya tiba-tiba diam dan kelihatan air mukanya sedikit keruh.

"ehh... dah kenapa pulak mamat ni nampak macam sedih je?" soal Dafinah dalam hati

"hmm. tu lauk terakhir arwah mommy saya buatkan untuk saya plus tu lauk favourite saya.." jawab ZIyaad. Tanpa disedari airmatanya mengalir.

Dafinah yang melihatkan keadaan suaminya begitu terus mendekatinya dan mengusap pipi Ziyaad yang basah sedari tadi. Ziyaad terkejut dengan tingkah isterinya yang berani mendekati dirinya dan menyentuhnya.

"ehh... sorry" ucap Dafinah yang baru menyedari tindakannya itu.

"Allah.. malunya aku, kau ni dah kenapa Fina... Aduhhh!"

Ziyaad masih lagi didalam keadaan termenung. Air mukanya masih lagi kelihatan sedih, mungkin dirinya masih merindui sosok seorang ibu. Yalah, anak mana yang tak merindukan ibu yang melahirkan mereka. Bagi anak-anak ibu itu adalah nyawa mereka.

"Allah takkan menguji umatnya melebihi kemampuan mereka"

"dah jom makan, lauk dah siap dah ni. saya hidangkan awak makanan, makan and then makan ubat. Awak tak sihat ni..." ucap Dafinah sambil menyentuh dahi suaminya.

Kata-kata yang diucapkan Dafinah sangat menyentuh hatinya sebagai seorang suami. Terasa dirinya dihargai.

Selesai sahaja menjamu selera. Dafinah menemani suaminya sampai kebilik Ziyaad. Selesai mandi dan solat. Dafinah membawa air hot chocolate dan croissant diatas dulang yang ditantangnya.

"Eh macam mana dia tahu yang ni makanan dan minuman favorite aku?" Soal hati Ziyaad

"Saya mintak diri dulu, selamat menjamu selera dan semoga cepat sembuh tuan". Kata Dafinh pada Ziyaad lalu dia pun membawa dirinya keluar dari ruangan itu.

Rasa sesak dirinya apabila hanya mereka berdua yang berada didalam kamar itu. Pertama kali dia memasuki ruangan itu, ternyata suaminya seorang yang citarasa tinggi. Bilik yang berkonsepkan moden dan kontemporari.

Bahagia Yang Teragung (PG13) Sec RomanceWhere stories live. Discover now